Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Power Supply Rosak..

Aku tidak dapat upload@story pasal diet aku buat masa nie diatas sebab diatas. Bukan itu sahaja kerja2 untuk bulan June juga aku kena key in sekali lagi, nasib baik my lovely hubby sudi temankan walaupun esok kena mengajar..Nanti pc aku dah ok balik aku story mory balik yea..

Thank for my opismate sudi meminjamkan pc nya untuk kegunaan aku sehari dua nie. Kalu tak lebih baik duk umah dari datang keje, PC xde keje tak jalan wehh..hehehe

Monday, June 28, 2010

Habit aku (tak suka bergaduh)

Dimana-mana saja aku berada aku memang tidak suka 'PERGADUHAN'. Baik mencari gaduh dengan orang, orang cari gaduh dengan aku dan sewaktu dengannya. Satu yang selalu aku perhatikan, kalau aku rasa orang sekeliling especially yang selalu berurusan dengan aku 'quite' atau 'weird' aku mula rasa lain macam..

Mulalah mencari-cari apa yang telah aku buat sampai dorang bersikap begitu. Dan penyelesaiannya, tak kira lah dorang bersalah ke atau lebih2 lagi aku yang bersalah aku akan dahului dengan meminta maaf dengan orang yang terlibat..

Ok tak peribadi aku macam nie? Sesekali ada jugak 'syaitan' menghasut untuk pedulikan mereka dan selalunya 'syaitan' itu akan tewas dengan aku sebab dah memang dari azali sifat aku cenghini..Semoga aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam setiap apa yang telah dan bakal aku lalui..

Kudud bad mood ngan aku..

Arini balik office kul 3 petang sebab nak ke KTM Tampin beli tiket ketapi ma. Tempat tidur bawah dah penuh, ma tak nak tido kat atas, so amik tiket kelas 3 je. Cerita nie takde kena mengena dengan tajuk diatas pong, saja update senang lain kali leh tengok..

Emm..sebenarnya dari minggu lepas lagi aku tengok kudud macam nak tak nak bercakap ngan aku..Tak tau kenapa, so arini tak elok kalau aku terus diamkan dan pendamkan..kami satu ofis..dan kerjanya dan kerjaku banyak berkait..tak elok untuk work environment..

Bermula dengan menghantar e-mail bertanya tentang kenapa dia bersikap begitu dengan aku dan aku akhiri dengan huluran maaf jika ada tingkahlaku aku yang telah menyakitkan hati dia..Pastu masa lunch sengaja aku turun lambat sikit kesurau untuk dapat bercakap dan bertanya dengan dia, pun jawapannya sama..TAK DE PAPE..so apa aku nak buat sekarang? kita tengok esok pulak..

Hari ketigabelas diet

Menu arini:

Air :Lebih 3 Liter
Sarapan :Ayam blackpaper with brokoli
Makan Tengahari :ikan goreng dan sayur goreng
Makan Malam :Daging burger dan telor

Arini dapat message dari Eila yang mengenalkan diet nie pada kami. Dia kata tak ada penurunan selepas 2 minggu induction malah ada naik 0.5kg. Dia cuma makan 3sudu nasi dan 3 sudu mee kuah. Moralnya, InsyaAllah kami takkan amik karbohidrat selagi tak dapat berat yang kami target. Lagipun bagi kami tak amik karbohidrat lagi tak pe kot, dah bertaun hadap benda tu..ye ke? leh caya ke? hehe..

Sunday, June 27, 2010

Hari keduabelas diet

Taraa.. nie menu untuk arini:

Air :Lebih 3 Liter
Sarapan :Ayam goreng with hotdog blackpaper
Makan Tengahari :Daging masak lemak cili padi dan rebung
Makan Malam :Ketam masak tomyam dan paru sambal

Arini berjaya mengeluarkan idea sendiri untuk sarapan pagi. Penyediannya simple sahaja dan cepat dimasak. Nie cara-cara untuk memasak menu Ayam Goreng Blackpaper:

1) Lumurkan ayam yang dipotong kecik dengan blackpaper dan sedikit garam
2) Panaskan sedikit marjerin (Natural) dan goreng ayam dan hotdog sehingga separuh masak
3) Masukkan sedikit air dan kacang buncis (sayur terpulang pada anda)
4) Akhir sekali masukkan tomato yang dihiris nipis dan tutup api dan sedia untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA UNTUK PENGAMAL DIET ATKINS. Tak sempat nak snap gambar sebab terlalu excited untuk makan. Dan apa kata suami: SEDAP..

Hari kesebelas diet

Nie menu arini:

Senaman :tak sempat bersenam ada tetamu
Air :Lebih 3 Liter
Sarapan :2 Hotdog
Makan Tengahari :Ayam masak merah dan sayur campur
Makan Malam :Ikan tongkol masak asam

Arini menghadiri walimatulurus kat rumah makcik, jadi kendarat. Suami lambat sikit sebab ada kursus kat sekolah. Nasib baik ada mak mertua dan adik ipar yang sporting, jadi ketiadaan suami tidak kurasa sangat. Tapi ramai pulak orang bertanya sebab ketiadaannya sama macam ketiadaan aku semasa rewang semalam.

Sebelum pukul 7 dah sampai rumah selepas mengemas mana yang patut, tinggalkan kerja yang senang2 untuk pakcik sekeluarga. Kesian pakcik dan makcik kepenatan..

Hari kesepuluh diet

Nie menu untuk hari nie:

Senaman :1000 kalori
Air :Lebih 3 Liter
Sarapan : Dada ayam kukus blackpaper with brokoli
Makan Tengahari :Ikan tongkol masak asam dan sayur goreng
Makan Malam :Telor rebus dan sedikit sambal

Aktiviti malam sungguh pack arini, sementara menanti kak long dan ma tiba dari johor, aku dan suami ke rumah makcik selepas solat isyak. Terlajak sikit dari waktu sebenar sebab suami nak berehat sekejap sebab dari tengahari menguruskan daging lembu kat sana. Untuk malam nie makcik sediakan nasi lemak untuk tetamu dia. Aku dan suami hanya mengambil telor rebus dan sedikit sambal untuk menu malam. Kiranya diet still on walaupun temptation kat kenduri kawin nie macam2 kan.

Thursday, June 24, 2010

Tesco Cheng

Hari nie Tesco Cheng dibuka. Berada di lokasi yang sangat strategik membuatkan kawasan berdekatan pun terkena habuan jammed nya. Kebetulan pula barang-barang dapur banyak dah habis, jadi nie la masanya untuk membeli belah.

Kali kedua shopping barang dapur semasa mengikuti program diet. So, barang-barang yang dibeli pun mencerminkan 'kedietan' kami. Tiada langsung jajan dan air kotak serta seumpamanya. Yang ada hanyalah sayur-sayuran, ayam, dua jenis ikan (selar dan Tongkol). Manakala untuk emergency request aku beli sup cendawan campbell (ntah betul ke tak aku eja nie).

Tak dapat nak beli axion dan kapas muka sebab orang ramai sangat. Hubby aku tak selesa kalau ramai orang camtu. Terpaksa la lain kali pergi lagi..

Hari kesembilan diet

Nie menu aku untuk hari nie:

Air : Lebih 3 Liter
Sarapan: Telor dadar dan timun
Makan Tengahari: Goreng kubis bertelor dan msk lemak cili padi udang
Makan Malam: Sup cendawan

Untuk hari yang kesembilan nie apa yang aku tak puas hati adalah aku masih mengambil makanan manis..Karbohidrat lain aku tak kisah langsung kalau tak ambik, tapi kalau buah atau kuih memang tak boleh, kena jugak amik, tu sebab slow kot penurunannya..Apa-apa pun ada lagi 2 kg nak aku turunkan dalam masa introduction nie..So dalam masa 5 hari nie aku kena turunkan 2kg, Hope my dream come true!!

Emm, arini aku sempat snap hubby aku tengah cium plastic roti, tak dapat makan dapat cium pun jadi la yea sayang..

Wednesday, June 23, 2010

Hari kelapan diet

Nie menu untuk hari ini:

Air :Lebih 3 Liter
Sarapan :Tuna salad
Makan Tengahari :Sayur kubis goreng
Makan Malam :Sup bebola sayur

Kalau ikutkan kelab diet, semua adik beradik bebola tak leh amik sebab mengandungi karbohidrat, tapi aku tengok kat ingredient dia baru 0.46carb kira boleh la lagi untuk diet aku..

Sedih la aku arini bila member aku perli aku banyak makan makanan yang berkalori, camana nak kurus katanya..baik makan je segala-gala asal berdikit. Yang pasti aku pernah kurus dengan cara nie tu yang buat aku percaya aku boleh buat macam yang lepas.

Kita tengok je lah dua bulan dari sekarang, cakap tak guna.. tembak tak kena..

Tuesday, June 22, 2010

Suami pun sama..

Hari ahad yang lepas iaitu tanggal 20 June 2010, suamiku menyatakan hasrat untuk turut sama berdiet bersamaku..Tiada paksaan malah pelawa pun tidak dari aku, sebab bukan prinsip aku nak mengatur-atur hidup orang. Lebih-lebih dia adalah suamiku. Tapi kalau keinginan ini datang dari diri dia sendiri, aku apa lagi semestinya menjadi penyokong setia untuknya.

Berat yang ditimbang pada hari itu 106kg. Nak dijadikan cerita, hari ini 22 June 2010 suamiku menyatakan hasrat untuk membatalkan diet kerana tidak sanggup menghadapi cabaran hari ketiga yang semestinya menunya sama, cuma ditukar cara masaknya. Selepas mandi hari ini, suamiku mengajak untuk menimbang beratnya sebelum dia kepasar malam. Dan hasilnya memang tidak kami jangka. Berat terkini 104kg. Maknanya 4 kilo dalam masa 3 hari.

Dengan ini juga suami aku membatalkan hasrat untuk tidak berdiet dan bersemangat kembali untuk meneruskan diet hingga mencapai berat ideal.. semoga mendapat berat yang abang idam-idamkan..

Hari ketujuh diet

Nie menu aku:

Senaman : 1000 kalori
Air : Lebih 3 Liter
Sarapan : 1 keping daging burger, 1hotdog dan salad
Makan Tengahari : Sayur goreng udang
Minum Petang : Goreng pisang
Makan Malam : Sup ayam

Arini boleh tahanlah, follow the tips, cuma minum petang kantoi..Seminggu berlalu, pagi tadi aku timbang berat aku. Alhamdulillah berkurang 3kilo. Nie yang buatkan semangat aku makin berkobar-kobar untuk meneruskan apa yang dah aku tempuh selama seminggu ini.

Monday, June 21, 2010

Hari keenam diet

Nie menu untuk hari nie:

Air :Lebih 3 Liter
Sarapan (Sahur) :2 keping daging burger dan salad
Makan Malam(Berbuka):2 ketul ayam (goreng&panggang)
:3biji mangga
:1tauhu sumbat, 1satar

Diet sambil berpuasa kalau tidak kena caranya memang terpesong..Contohnya macam aku arini, masa bersahur kemain lagi mengikut 'tema'..tapi bila berbuka semuanya ndak lebih2 agi bila dibawa meround pasar malam..

Antara yang sempat kusambar arini tapi ada yang tak sempat makan pun, sup ayam (letak dlm fridge ready for tomorrow),tauhu sumbat, ayam goreng, hotdog goreng(beli jugak walau kat lam fridge kemain banyak stok)ayam dan hati ayam percik dan last item is satar.

Fuhh..banyak kan..esok tak tau nak puasa ke tak sebab rasa cam 'bulan' nak mengambang je nie..

Sunday, June 20, 2010

Hari kelima diet

Nie menu hari kelima aku diet:

Senaman : tiada
Air : Lebih 3 Liter
Sarapan : Sup Yong Tau Foo
Makan Tengahari : Omelette dan Cocktail hotdog
Makan Malam : Tomyam campur

*Arini walaupun berada dilokasi berbeza iaitu KL dan Melaka, menu untuk aku berdiet masih boleh diketagori dalam lingkungan yang selamat. Maknanya aku berjaya menepis pelawaan ataupun godaan dari pelbagai pihak untuk tidak menjamah makanan yang tidak sepatutnya..

Hari Keempat diet

Nie menu hari keempat aku diet:

Senaman : tiada
Air : 3 Liter
Sarapan : Ayam golek
Makan Tengahari : 4 ketul ayam masak lemak cili padi
Minum Petang : Keropok lekor dan goreng pisang
Makan Malam : 8 cucuk satay dan timun (tanpa kuah)

Hari ini sedikit kucar kacir sikit diet aku, maklumlah terpaksa berdiet sambil travel dan singgah menyinggah..Kat rumah angah nasib baik dapat kutepis aiskrim dan air sunquick (sorry la angah bukan xnak jamah, tp kak kety tgh betul2 berpantang nie, laen kali kak kety jamah yea)

Saturday, June 19, 2010

Hari ketiga diet

Ini menu hari ketiga aku diet:

Senaman : 1000 Kalori (Morning)
Air : 3 Liter
Sarapan : 2 ketul daging burger dengan timun
Makan Tengahari : xmakan, masih kenyang
Makan Petang : Sebiji karipap dan 3 keping goreng pisang
(Sepatutnya aku masih xleh makan benda nie..adoiii)
Makan Malam : Ayam golek
: Buah mangga (Sepatutnya aku masih xleh makan buah)

Nie pic breakfast aku:





*Diet kali nie benar-benar menguji keimanan aku terhadap buah, sebab aku pengemar buah tidak kira buah apapun..

Friday, June 18, 2010

Tahniah sayang dan Alhamdulillah..

Tahniah sayang diatas kejayaan itu..hanya kita berdua sahaja tahu betapa bermaknanya hari ini..

Semoga terus menjadi guru yang cemerlang dimana sahaja abang mengajar..

Dan ingat ini mungkin satu perhentian..dan siapa tahu perhentian ini menjanjikan yang lebih hakiki..

Hari kedua diet

Berikut menu aku yang telah aku santap untuk hari kedua aku diet:

Senaman : 1000 Kalori (Morning)
Air : 3 Liter

Sarapan : Scrabble egg dengan timun


Makan Tengahari : Sayur Campur
: 1 Ketul ayam masak kari
: 1 ketul karipap (petang)

Makan Malam : 2 ketul daging burger
1 biji pulut bakar (xtahan godaan nie..)


Arini betul-betul menguji kekuatan aku untuk terus berdiet..Kat opis ada buat makan-makan nasib baik ada sayur campur dan ayam kari..walaupun terpaksa tipu sikit diet arini dengan memakan karipap dan popia basah aku tetap bersemangat nak teruskan diet nie. Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu yang lemah ini..

Pic menu tengahari ari kedua:

Thursday, June 17, 2010

Permulaan Diet

Semalam 16 June 2010, memulakan misi pertama mendapatkan berat ideal. Berat aku semalam 70kg, berat yang nak dihilangkan 15kg. Dulu pun aku pernah diet camnie dan berjaya, dan sekarang aku ingin memulakan sekali lagi dengan sedikit pembaharuan..

Nie menu atau makanan yang telah aku makan untuk semalam:

Senaman : Tiada
Air : 3 Liter

Sarapan : Semug Guara café
: Kek pisang se slice
: 2 Sudu nasi lemak dan sedikit ayam goreng

Makan Tengahari : Cekodok 4 ketul
: Ayam sambal 2 Ketul
: Sayur Goreng
: 1 biji Asam boi

Makan Malam : ½ ketul ayam panggang
: 2 daging burger
: 1 biji karipap



Ni pic terbaru aku..nanti selepas 2 minggu kita perubahannya yea ada ke tak ada..

Wednesday, June 16, 2010

Farisha dah pandai menulis

Dah lama tak pergi johor jengah anak-anak buah aku. Sabtu 12 June 2010 pegi sana.. Perkembangan terbaru, Farisha nak pandai tulis nama abah dia.. (NEZAM. Yang buat aku kagum sangat, tulisan dia cantik sangat tak macam budak umur 5 tahun atau sebayanya.. mungkin ikut tulisan abah dia.. Tulisan abah dia pun cantik, arkitek katakan..

Friday, June 11, 2010

Kursus di Straits Meridian Hotel, Melaka




Kursus ini diadakan bermula 8 hingga 9 June 2010. Semua AA disemua cawangan wajib menghadirinya. Walaubagaimanapun teman sepejabatku aina tidak dapat menyertai kerana anaknya ketiadaan pengasuh..

Hari pertama aku dan kak ayu bertolak awal dari rumah iaitu kira-kira pukul 7.15am, Sampai disana pada pukul 7.45am. Dan sempatlah kami bersarapan dengan sopan kerana kelas bermula pada pukul 8.30am. Sarapan arini untuk aku hanya amik sedikit mee goreng dan buah-buahan berserta air oren untuk minuman. Pukul 5pm kelas berakhir, setengah jam awal dari yang dijadualkan..

Walaupun berkursus tetap kena datang opis sebelah petangnya atas permintaan bos.. Pukul 8pm baru balik rumah. Arrrghh penatnyaa...

Hari kedua pula, selepas mendapat review berkenaan dengan site visit dan presentation berkumpulan yang akan diadakan pada sebelah petang, minum pagi dulu sebelum seterusnya ke site visit iaitu hospital melaka. Terpaksa berjalan kaki lah pulak sebab kumpulan kitaorang taknak bawa kereta masing-masing dengan alasan hospital tu dekat je..huhhu, padan muka korang, sape suh kedekut nak bawa keta..rasakan..

Balik kehotel dihantar oleh kawan salah sorang ahli kumpulanku..nasib baik kakak nie ramai member kat spital melaka..Sebelum makan tengahari kumpulan aku sudah bersiap sedia dengan layout untuk presentation petang nie..



Waktu presentation dapatlah tengok gelagat AA site lain wat present.. ada yang kelakar, ada yang sempoi, ada yang belum bersedia dan untuk group aku alhamdulillah kira boleh la..So ini la semua namelist untuk group aku (GROUP. 3)



Selesai sudah aku berkursus selama dua hari ini. Semoga ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi selama dua hari dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pekerjaan dan kehidupan seharianku..

See you next post..

Friday, June 4, 2010

Interview

Hari ini aku menghadiri satu temuduga bertempat di Akademi Kastam Di Bukit Baru, Air Keroh Melaka. Temuduga ini untuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Biasanya bila esoknya nak hadiri interview aku tak lena tidur, tapi malam tadi lain sekali.. tidur dengan nyenyak dan hanya bangun bila dikejutkan oleh suamiku..

Sampai di AKMAL tepat jam 7.30am, dan aku berjaya mendahului calon lain untuk menjadi orang pertama untuk di interview..dan bilik untuk temuduga juga no nya Bilik 1, dan secara kebetulan juga baju yang kupakai hari ini satu-satunya baju yang berwarna hijau(dipilih oleh suamiku)...

SEMUANYA SATU.

Soalan penemuduga pula alhamdulillah semuanya dapat aku jawab..soalannya tentang slogan '1Malaysia'dan apa tugas jawatan yang aku mintak nie..

Harap2 ada la rezeki untuk aku dan keluarga..YA MUSAWWIR..

Thursday, June 3, 2010

Along Wahid Weddings (2)

I take half day today becoz got something still not done before start the journey.

We start the journey at 3.30PM. Straight to KL-BENTONG. At 7.30PM take a rest and Solat at Masjid Bentong..

8.00PM continue..arrive about 1.30AM..

Morning going to Laloh, after that straight away to Pasir Mas with my ma and Syahirah, arrive at 1.00PM.

At night wait other's relative at Pengantin Perempuan house for akad nikah. Finish about 10.300PM.

Morning take breakfast and ready for Wedding ceremony..

After that at 2.30PM go back to Melaka use Kuala Krai way and take rest a while at my ma house.

Arrive at Melaka at 3.30PM..

Task done..


Selepas bertungkus lumus bersama-sama rakan seangkatan akhirnya hari ini (3 May 2010) aku berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan setiap bulan awal dari waktu yang diperuntukkan..Well done to myself..

Biasanya akan ada masalah untuk menyelesaikan tugasan ini, tetapi bulan ini berlainan sekali.. mungkin berkat 'Ya Musawwir' yang selalu keluar dari lidahku tatkala otak mula sesak dengan pelbagai task yang diberikan..

SUBHANALLAH

ALLAHUAKHBAR