Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Ayam golek @ Tesco cheng

Selalu kami beli ayam golek kat bukit rambai, tapi kali nie saja nak merasa ayam golek kat tesco nie. Agipun harga dia jauh lebih murah seekor baru RM8.99. Berbanding ngan bukit rambai RM16.00.

Pastu kat tesco ada banyak pilihan, ada percik, blackpaper, berempah dan madu. Kebetulan hari tu ayam golek yang siap dah abis. Jadi kenalah kami tunggu 1/2 jam. Tunggu pun tunggu lah asalkan sedap dan murah. Agipun makan panas2 agi sedap.

Gambar nie aku ambil masa menuggu tu. Saja je snap gambar my hubby banyak2, dia kan skang nie makin lawa lepas berat dah turun nie..





Klinik kerajaan yang lembab nak ******..

Kami ke Klinik Kesihatan Peringgit untuk amik result medical checkup yang telah kami buat dua minggu lepas. Kami sampai kat sana pukul 2.30petang. Lepas ambik no kami tunggu sehingga ke pukul 4petang.No kami masih belum dipanggil. Pukul 4.15petang suami aku dah hilang sabar, dia terus masuk kebilik doc..Nak tahu apa kata doc tu..

Dia kata camni: 'Kami dah nak panggil nie, tunggu abis budak2 nie dulu (budak kolej kejururawatan melaka). Apalagi terus la suami aku ******. Padan muka doc ngan assistant dia tu. Macam tak reti buat keje, macam baru je kerja. Lain kali biar dorang tak wat camni lagi. Giliran tetap giliran, kalu tak baik toksah wat sistem penggiliran. Dengar macam kami tak professional, tapi sesape pun bila kesabaran dah nipis macam2 leh jadi.


Jubah pertama abang..

Sukanya ati dia dapat jubah pertama dari ayahanda tercinta..Nanti kita beli lagi yea, pakai untuk raya pun ok jugak..



Uptown Dataran Pahlawan

Semalam lepas balik dari OT, kami ke uptown dataran pahlawan. Banyak barang yang berkenan macam handbag, beg sandang lelaki, t-shirt, dan kain pasang. Manakala gerai yang mesti kami jenguk dan masuk pulak ialah gerai 'spek mata'. Tapi duit tak bawak banyak, jadi lebih banyak cuci mata dari membeli.

Kat sini 'spek mata' yang berharga RM15.00 diberi pulak percuma satu 'spek mata' yang berharga RM10.00. Maknanya untuk dua2 tu hanya perlu bayar RM25.00..Kami tak beli pun sebab barang macam tak berkualiti dan tak banyak patern baru.

Suami aku dah berkenan ngan t-shit nie..



Beg yang tak jadi beli sebab harga tak berkenan..

Brother's Sale

Semalam ke Brothers sale kat Malim. Banyak barang yang berkenan tapi kewangan tidak mengizinkan dan budget untuk kereta bulan nie pun dah habis malah sedah melebihi budget.

Tapi dek kerana dah berkenan sangat aku belilah juga benda alah nie, 'Neck Pillow'




Yang nie kami punyer..





Monday, July 26, 2010

Never give up..

Location: Food Court, Tesco Cheng.
Date:26 July 2010.
Time:6.00pm.

Me with chiken chop..


Hubby with lamb chop..


Saya: Abang ada sorang isteri je kan sekarang nie dan sampai bila2..?
Abang: Yea, buat masa sekarang dan Insyaallah sampai bila2..tapi akan datang tak siapa tahu kan..hehehe(gelak jahat)
Saya: Senang tak dapat isteri macam saya..?
Abang: Tengok keadaan, tapi alhamdulillah la..
Saya: Apa keinginan dia yang susah sangat abang nak penuhi..?
Abang: Dia nak baju raya sampai nangis2..macam tak penah dapat baju raya, padahal baru tahun nie rancang nak jimat belanja dengan tak beli baju raya..
Saya: lain-lain..?
Abang: Ye lah, tahun nie kita beli baju raya yang dah siap..puas hati!!

*Moral of the story, keep trying to get what u want and never give up until u get it!!

Saturday, July 24, 2010

Swimming time..

Seperti yang dirancang dari minggu lepas, kami ke Kompleks Renang Markas Garison untuk aktiviti renang.



Kat kem terendak nie ada dua kolam renang. Yang kami pergi arini Kolam Renang Olimpik..



Kat sini kolamnya besar, tapi kena bayar sikit..



Hanya gambar kolam jek aku leh paparkan kat sini, sebab 'king' dalam pakaian renangnya sangatlah awwww..








Make up BHC 6340

Arini hubby aku bermurah hati nak tolong service keta aku. Ini juga first time keta aku diservis di negeri melaka selepas aku mengambil alih semula pembayaran setiap bulan. Tapi aku tak dapat nak ikut ke bengkel sebab memenuhi tuntutan bos untuk aku menghadirkan diri ke opis arini.

Yang bestnya arini bukan servis biasa je, tapi siap tukar tayar agi, tapi tayar second hand je lah. Thank you my dear. Pas dah service nie dah takde bunyi 'pontianak bertempik' agi. Hubby aku kata ada benda yang 'lust' dorang dah ketatkan sebab tu bunyi dah ilang. Kat bengkel tu juga hubby aku ada berkenan satu sport rim, nak tukar tadi sok baru gov masuk gaji. So dia janji minggu depan kalu sport rim tu masih lum dijual, dia akan belikan tuk aku...hehe..sonoknya..

Dah siap servis dan tukar tayar, keta aku dihantar cuci luar dan dalam serta bahagian enjin dan bawah keta. Untuk cuci nie aku yang bayar sikit sebab cuma RM25.00 untuk sume kerja2 tuh.





Dah kilat balik..lalalala..


Thanks my dear..tersenyum bangga bila melihat 'hasil kerjanya' arini membuatkan isterinya tersenyum sampai ke telinga..


*Projek mega ujung taun nie adalah nak tukar kusyen dan cat balik keta aku..wane?!

Thursday, July 22, 2010

Blueberry dah ok..

Petang semalam kedai handphone call cakap handphone aku dah ready to take it. So semalam pas maghrib pergi bintang @ kedai hp tuk ambik handphone aku. Pas check sume yang aku complaint, alhamdulillah sume dorang dah betulkan, so skang keypad pun cam handphone baru je. Tapi bila aku mintak untuk try charger, charger takleh pakai, so untuk nak jimat masa kedai tu kasi aku charger baru jek. Kira oklah amik masa dua minggu je untuk siapkan.





Sunday, July 18, 2010

Swimming class..

My swimming class will be started on 25 July 2010. We meet the coach at swimming pool today when he had swimming class for children. I thought he juz teach for children, but after we had chat with him, than we know swimming class for adult also got.

Fees for this class only RM8.00 per 2 hour. So i hope after this class i can swimming use a right technique..

Weekend with full of activity....

10.00am (Juz wakeup-allready get permission from my hubby not wakeup me until i wakeup myself )

12pm-Go to my mother in law house to send back broadband to my sister in law

2pm-Go back home, Zuhur prayer and prepare to swimming pool

2.15pm-Take one of my hubby student and send to Terendak Hospital for dressing.

2.45pm-Send back him to house and we proceed to swimming pool.

3.00pm-5.00pm-Swimming time

5.15pm-Out from Kem Terendak and take lunch+coffee break at Restoren Nasi Uduk, Sungai Udang

6.15pm-Proceed to Mydin MITC @ drop by at MITC Mosque for Asar Prayer

6.45pm-Shopping time (Item must buy:Swimming suit for women@me-Done!!)

7.45pm-Maghrib prayer and dinner@Radix's Fried Chiken

8.15pm-Proceed to my office.

10.00pm-Go to petronas bukit rambai and go home.

Weekdays with full of activity make me so tired but happy..Atleast today i start my day at 10.00am not like normal day at 5.00am.

Thursday, July 15, 2010

Weight lost abang..

Semalam g poliklinik peringgit wat medical checkup abang, masa timbang terkejut bila misi kata kat misi yang menulis kat kad berat Mohd Diah 95kg..

Aku yang tolong jaga makan minum dia pong terkezut..tuan empunya badan apatah agi..So, kiranya 3 minggu 11kg dia turun..syukur alhamdulillah..

Tuesday, July 13, 2010

Tak mengaku

Bukan senang nak suh mamat tu mengaku apa yang dia buat. Tapi pepagi xperasan dah kantoikan diri sendiri..mungkin Allah Taala nak tunjuk..

Kalu dia tak buat nape pepagi lagi dah terpacul kat opis..biasa punch card pak guard yang jadi mangsa. Alih2 arini datang awal lak..awal dari sume orang, padahal sebelum nie 8 lebih baru terpacul, tu pun kalau bos ada, kalau bos tak ada lagi la..

Datang awal nak fixkan tenet connection lah tu, tak tahu aku dah leh pakai malam tadi dengan bantuan dak bad, pastu aku sengaja watkan macam dia wat balik.. Sah2 kalu dia tak fixkan, tenet xleh pakai pagi nie.. Nie dan2 jek suh aku try tenet leh on ke tak..dasar penipu bangang agi bodoh..

Pastu kalu dia taknak mengaku agi dan bukan dia yang fixkan lik tenet pagi nie, nape la serangkai kunci opis dia ada kat atas server..takkan tu tempat dia simpan kunci kot..kantoi agi..

Hahaha..dapat jugak aku tangkap lahabau lahanat nie walaupun dia tetap tak ngaku..Puas ati aku..

Monday, July 12, 2010

Ingatkan Pasar Malam..

Semalam pergi Mahkota Parade untuk cari tempat makan ' Western Food'..Masa nak parking kat belakang MP terlihat ada orang tengah pasang khemah jualan dan juga ada khemah yang sudah siap dipasang bersama-sama dengan barang jualan masing2.

Sebelum masuk ke MP, kitaorang jenjalan dulu kat area situ, saja meninjau mana tahu ada benda menarik yang boleh dibeli. Jalan punya jalan, tengok punya tengok, kami bersembang dengan salah seorang penjual kat situ, dan terbuka la cerita yang ini bukan pasar malam tapi inilah 'UPTOWN DATARAN PAHLAWAN'..hehe, tak sia2 ronda2 kami malam nie.

Sebelum nie dengar2 cerita pasal uptown nie, skang dah jejakkan kaki, lain kali boleh la bawak adik beradik aku kesini. Ingatkan kat melaka memalam takde tempat nak bawak berjalan, upenya ada..sama macam KL, Shah Alam dan Klang..

Waktu operasi:

Jumaat, Sabtu dan Ahad
(6.00 Petang hingga 2.00 Pagi)

Gambar tak dapat nak snap sebab tak bawak kamera dan niat dihati hanya nak jalan-jalan cari makan, rupa-rupanya jalan-jalan jumpa uptown..Okey lah tuh!!

Ada orang dengki?!

Hari jumaat lepas masa aku datang balik ke opis pada sebelah malam jam 7.15mlm aku dapati Internet Connection xleh pakai. Padahal sebelum aku tinggalkan opis internet takde masalah. Aku tetap teruskan kerja seperti biasa, sebab kerja melambak. Tapi kesian kat suami yang menemani aku boring xleh access internet cam biasa.

Pastu arini masa aku masuk kerja pagi tadi elok la pulak internet nie. Dan bila aku masuk balik malam nie, the samething happen. Cari punya cari, dan tipon badrul aku dapat sedikit klue untuk aku settlekan problem nie. Dan Alhamdulillah internet boleh beroperasi cam biasa, cam pagi tadi, cam sebelum aku balik.

Daripada penceritaan dan clue badrul aku rasa ada orang dengki dengan kami. Mungkin dengki sebab takleh ot memalam macam aku. Dan mungkin juga dorang tu takut rahsia dorang, claims ot tipu (maksud aku claims ot tapi dorang tarak pun kat opis) terbongkar. Ye lah tetiap malam aku dan suami je ada kat opis nie, tapi ada juga orang claims ot selain aku. Dorang takut aku akan jadi saksi.

Dalam hal claims ot nie, sebenarnya aku dah malas selepas pembongkaran yang aku dan sitti lakukan dulu menindas aku balik. Dulu masa aku memula masuk, aku bongkarkan hal ot nie dengan niat nak membetulkan keadaan..Rupa-rupanya kat sini memang dah tak terbetul, konsep yang betul disalahkan dan yang salah dibetulkan yang dorang amalkan..

Entahlah sampai bila keadaan nie akan berlarutan..tunggu la sehingga BRI diterajui oleh orang betul2 tulus dan ikhlas dalam pekerjaan..

Penyewa baru..

Rumah aku dekat Bandar Baru Klang dah ada penyewa. Dorang akan start duduk in August, tapi dah bayar deposit satu bulan sewa bersama deposit api dan air hari ahad lepas. Alhamdulillah penantian ini berakhir jua. Dan berakhir jua dalam bulan ini, bulan JULAI. My lucky month..

Dorang yang menyewa nie adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin, kerja kat Kuala Lumpur. BBK dengan KL ikutkan tak jauh sangat bagi yang tidak gemar dengan hiruk pikuk kota metropolitan tu. Dulu pun suami aku pernah ulang alik dari BBK ke KL masa dia bekerja di Mid Valley Bangsar sebagai System Engineer tu. Dan aku pun selalu menemaninya di hujung minggu sambil melepak kat MPH Bookstore dalam Mid Valley tu.

Harap2 dorang akan menyewa lama la dengan kami. Dah dekat 5 bulan dah rumah tu tak berpenghuni. Semenjak adik aku pindah kerja kat kelantan..

Dan harap2 juga dorang akan jaga rumah pertama kami itu dengan baik seperti menjaga rumah sendiri.

Pintu masuk, gambar dari dalam:


Ruang tamu:


Pintu gerbang yang memisahkan dapur dengan ruang tamu (Purple: Kitchen Green: Hall):

Tuesday, July 6, 2010

Blueberry masuk workshop..

My blueberry masuk workshop sebab xleh charge dan keypad 'del' xleh pakai..Nampaknya tak dapat la aku nak upload gambar masa celebrate birthday hari ahad lepas..Kedai tu kata amik masa paling awal 2 minggu dan paling lama 1 bulan untuk disiapkan..Tapi kalau nak cepat kena anto sendiri kat pusat servis dia di peringgit. Hubby bagi pilihan kat aku..So pikir punyer pikir aku suh jer kedai tu uruskan. Saje nak nyusahkan dorang, masa nak beli kelmarin kemain janji macam2..dah rosak cenghini macam2 alasan xmo wat keje yea..amik ko..

Dulu masa member2 kata jangan beli brand 'CSL' aku degil..skang time la akibatnya..Tapi takpe jugak bukan mahal pun yang aku beli aritu, saje nak test brand nie..dah pakai skali cenghini cukuplah..Next time xde la aku beli agi..

Monday, July 5, 2010

Selamat Hari Lahir ke-29

Hari lahir kembali lagi, dan seperti tahun2 sebelumnya masih disambut kami berdua..Tak kisah lah berdua pun, asal kami bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan ini..Semoga Rahmat dan Keberkatan dan Rezeki sentiasa mencurahi kami..

Untuk tahun nie 'Kenny Rogers Roasters' JUSCO TERBESAR MELAKA menjadi destinasi kami..Tempat nie memang kena dengan selera dan mission kami untuk terus mengawal pemgambilan karbohidrat. Tak dapat nak upload gambar sebab pc aku takleh nak detect pulak camera phone nie..apasal ntah tetiba jek..tapi petang tadi aku ada terklik something, kena adjust balik la tu..

Hadiah untuk tahun nie pulak..KASUT BATA..Tak surprise pun sebab kena pilih sendiri macam tahun2 sudah jugak, dan semestinya kalau ada kasut aku, kasut dia pun kena beli jugak...nak tau sebabnya, sebabnya adalah semenjak kami mengenali each other, kami tak pernah shopping asing2..mesti bersama-sama memilih..bersama-sama bayar dan semestinya duit bersama-sama..pelik kan tapi benar..ini yang berlaku dalam kehidupan kami sehari-hari..nanti aku update lagi antara persamaan kami..

Last day and result..

Arini hari last untuk first induction, dan mengikut 'sifu' juga kena teruskan pemakanan sebegini sehinggalah berat kita tinggal 3-5kg lagi untuk ke berat ideal..Insyaallah kami continue lebih2 agi suamiku kerana dia makin bersemangat selepas penurunan 8kg dalam dua minggu ini..KEEP IT UP yea sayang..

Tu result untuk suamiku, untuk aku?! hehe..seganlah nak announce..tapi aku beranikan jugaklah announce kat sini..nie kan cam diari aku, so suka ati akulah nak tulus pape pong walaupun berita tu tak mengembirakan..dan lebih2 lagi ini merupakan salah satu rona roni perjalanan hidup aku..

So, dengan bangganya..hahaha, selepas 2 minggu berat aku turun sebanyak 4kg..Dan aku jugak tau kenapa result aku tak segah suamiku dan orang2 berjaya yang lain..Nie sebab2nya..

1) Aku amik terlebih karbohidrat, walaupun aku tak amik nasi, mee, meehun dan sekeluarga dengannya, tapi aku suka sangat makan pisang goreng dan karipap walau hanya seketul..So bukan hanya karbohidrat yang aku amik dalam goreng pisang dan karipap tu malahan lam kueh kan ada gula dan pisang pulak manis jugak..tu la penyebab pertamanya..

2) Aku takleh tinggal buah lebih2 agi buah mempelam@pauh..sangat suka buah2 nieh..dan jugak masa induction nie aku bedal sebiji durian pada waktu malam tanpa pengetahuan suamiku..kalau dia tahu mampuss aku, sure dia suh cancell diet nieh..

Tu je la kelemahan dalam 2weeks induction nieh..So mulai dari ari kelimabelas sehingga la kehari yang aku sendiri pun tak tau lagi..inilah menu kami sehari-hari..CUBA ELAKKAN KARBOHIDRAT..tapi bukan BUAH..hehe..

Hari keempatbelas diet..

Nie menu kami untuk arini:

Air :Lebih 3 Liter
Sarapan :telor separuh masak 2biji
Makan Tengahari :ikan singgang dan sayur goreng
Makan Malam :Daging burger 2 keping

PC dah pulih sepenuhnya..

Ari jumaat lepas pc aku pulih sepenuhnya..repair by lenovo sendiri sebab pc aku still under warranty..tapi tetap tak dapat nak update blog sebab busy dengan closing...

Arini aku mulakan dengan update pasal perjalanan diet suamiku..

Berat permulaan sebelum diet adalah 106kg, sekarang selepas 2 minggu turun kepada 98kg..Satu rekod baru untuk abang sebab dah lama abang cuba berdiet dengan bersenam dan sebagainya tapi berat tak penah dapat bawah 100kg..semoga abang terus bersemangat lebih2 agi dengan pencapaian sebegini..

Nie gambar selepas turun 98kg..nampak muka semakin kurus..