Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

Navy dan Soldier

Kedua-dua anak dak pete ini mengalami gejala yang sama sebelum mati. Cuma soldier menunjukkan tanda2 awal seperti mulut berbuih, muntah dan mata merah. Soldier sempat dibawa ke klinik haiwan swasta pada hari pagi sabtu (28/08/2010) tapi mati pada 12.30tengaharinya. Navy pula dibawa ke klinik haiwan kerajaan pada hari isnin (30/08/2010)tapi mati pada pukul 11.00malam.

Dah takde tempat kami bergurau senda. Keduanya manja dengan kami. Apa yang aku ralat.. sehari dua sebelum dorang ada gejala H1N1 tu, aku ada sembur ridsect kat dalam longkang tempat dorang bermain..ridsect tu untuk matikan ulat gongok yang bermaharajalela kat dalam longkang tuh..mungkin ke sebab tu dorang jadi camtu?..takde sape pun tahu akan hal nie..aku sorang je..aku takut nanti kena marah dengan hubby aku..penyebab kematian kucing2 dia..

Monday, August 30, 2010

Puasa ke 20



Berbuka puasa kat rumah mak mertua arini, mgkn yg terakhir berbuka puasa bersama wahida untuk tahun nie, sebab besok pagi wahida dah nak balik KL..tahun depan kita berbuka bersama lagi ea..

Arini juga celebrate birthday mira yang ke-16 dan Ulangtahun perkahwinan mak & ayah yang ke-31 tahun..tak berapa surprise sebab yang empunya badan ikut skali masa beli kek nieh, cuma tak kasi dia tengok apa yang tertulis kat atas kek tu..

Semoga Nurul Amirah mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..dan juga semoga perkahwinan mak & ayah bahagia aman damai hingga ke hujung nyawa..

Bertuah betul diri ini mendapat kedua mertua yang terlalu baik sehinggakan kadang2 membuatkan menantu2 cari pasal dengan keduanya..maafkan aku jua jika ada terdetik dihati ini perkara yang tidak baik dikala keduanya memperkatakan sesuatu yang sesungguhnya baik dan betul tentangku..

Sunday, August 29, 2010

Puasa ke 17

Tanpa dirancang kami berbuka puasa dirumah kak long di Simpang Renggam, Johor arini..sebelum kerumahnya kami singgah di Bazar Ramadhan Simpang Renggam..Terpandangkan ayam golek, buatkan hati terus teringatkan anak2 buah yang seramai 4 orang tu..Dorang memang sukakan ayam..Ayam golek kat sini harganya sama je dengan yang kat melaka tapi saiz ayam berbeza iaitu lebih 2kg..Kira berbaloi la kuarkan RM16.00 untuk seekor..

Selepas beli juadah yang lain, dan hari pun masih awal lagi, kami ke Kawasan Perindustrian Ringgan Simpang Renggam untuk membeli kerepek dan kuih raya yang terdapat disini..Memang segala jenis kerepek dan kuih muih yang masih fresh ada dijual disini dan juga menjadi tempat wajib kami singgah setiap kali kami kesini..

Pelbagai biskut:



Ayam golek madu:

Tuesday, August 24, 2010

Puasa ke 13

Arini ingatkan tak nak masak, nak ajak hubby pegi pasar ramadhan, terasa nak makan lompat tikam dengan ayam percik. Tapi balik je dari opis tengok kat atas sinki dah ada ikan pari dan ikan patin. Maknanya kenalah masak..Nie menu untuk arini, meriah la pulak walau kami berdua je yang nak menyantapnya..

Air epal hijau dengan asam boi:


Kueh nie beli:



Ikan pari bakar:


Ikan patin masak asam pedas:


Air asam:


Udang bakar:


Buah betik, limau sungkist dan tamar:

Friday, August 20, 2010

Selsema

Aku stat selsema 5 Aug sampai leni tak ok..nape? Sebab aku tak makan ubat..nape tak makan ubat? Sebab aku tak g klinik..nape tak g klinik? Sebab aku punyer medical allowance dah tinggal sikit..huhu..

Boleh tahan buruk muka aku time demam..remaks:huduh sungguh!!


Home made chiken chop

Nampak cam sedap kan..tapi tak berapa sebenarnya..sos dia pedas sangat..next time kena alter sikit there and there..baru cam rasa kat kedai..pape pun habis la kami taram tuk sahur..


Kesan Dendam

~kesan dendam;
1.hati jadi sakit
2.minda jadi negatif
3.bdn mudah sakit
4.hubungan tergugat
5.ketandusan hidayah

Sume ciri2 ada kat biras aku..patutla ayat2 dia mcm takde perasaan hormat langsung..
Nak je aku letak kat wall FB, tp mesti dia igt aku nak bitau satu dunia pangai dia sama macam yang aku buat aritu..padahal aku sikit pun xde niat nak sindir dia..ianya datang dari dlm minda aku..

Sume orang kata jangan layan, jangan kawan dengan orang cam dia..aku nak buat tapi tak terbuat dan tak reti nak buat..sian nengok muka dia..hilang geram aku..ke dia ada guna2 aku?!..hehehe..kan aku dah melalut..

Suami aku dah sihat..

Alhamdulillah pagi nie suami aku dah boleh buang najis macam biasa..seminggu jugak dia sakit perut tak leh buang air besar..

Itupun selepas ke 2 buah klinik dan last skali spital melaka ari senin lepas..dan dengan ini juga abis lah sudah medical allowance aku tuk tahun nie..takpe lah asal dia sihat..

Ada satu malam tu, mungkin dah tak tahan sangat dan kejut aku, aku tak bangun2 dia merintih panggil nama mak dia camni: Makkk..sakit makkk...

Sayu nya rasa hati aku..terus aku bangkit dari katil cari dia kat luar..Bukan aku taknak bangun, tapi badan aku letih sangat..mata leh bukak tapi anggota badan xleh bergerak..

Mungkin sebab aku dah dua minggu lebih selsema semenjak dia ke Penang aritu..tambahan pulak kena berjaga malam skangg tuk jaga dia..

Apapun sume dah setel..Syukran..syukran..

Wednesday, August 11, 2010

Keta aku hilang..?!

Semalam kami ke Masjid Tun Khalil Yaakob untuk solat terawih malam pertama..Mula tu seronok plan macam2..tapi kesudahannya sedikit muram..terimalah hakikat kita hanya merancang kan..DIA yang menentukan..

Ceritanya bermula apabila kami berpakat untuk hanya mengerjakan solat terawih 8 rakaat shj, lepas itu balik dan buat solat witir kat rumah. Tapi masa hubby aku cakap tu aku ingat kalau masjid tu buat lebih dari 8 rakaat lah (20 rakaat). Tau2 je lepas 8 rakaat tu, Imam tu terus buat solat witir. Aku apalagi carry on je lah xyah sambung kat rumah..

Lum abis imam baca doa aku dah terpacak kat tempat letak keta, tapi aku tengok tempat kami letak keta tu dah kosong. Terkejut gila aku..tapi macam tak percaya pulak keta aku hilang..Puas mencari didalam yang memang sempit sebab masjid tengah renovate..pencarian aku sampai ke luar pagar tapi keta aku memang xde..

Masa aku berura-ura nak mintak pertolongan aku terlihat lambaian seseoarang iaitu suamiku dari luar pagar..tapi kenapa muka dia masam..tak tunggu aku pulak tu lepas lambai terus blah je menghala ke jalanraya..aku ekori dia dari jauh dan nampaklah keta aku dah siap parking kat tepi jalan..

Bila tengok je muka hubby aku masam tahulah aku, aku dah wat salah malam nie, sib baiklah aku lum mintak maaf sempena ramadhan nie..Salah aku ialah aku dah mungkir janji..kan kami dah janji untuk wat 8 rakaat pastu wat solat witir kat rumah..hehe..sorry la bang, saya terexcited lah, maklumlah malam pertama kan..

Suami aku marah bukan apa, kalau dia tahu aku terus solat witir dia pun sama leh carry on, tapi dia dah keluar tapi aku belum kuar2 lagi, nak masuk balik dah segan..itu yang dia marah tu..hehe..kelakau la permulaan ramadhan aku tahun nie..

Monday, August 9, 2010

Emosi terbalik..

Aku pernah terbaca berkenaan emosi terbalik ini daripada sebuah majalah tak silap aku 'mingguan wanita'..

Biasanya orang yang mempunyai karakter ini dipengaruhi oleh ibu bapa yang mendidiknya.Dan aku rasa biras aku nie mempunyai emosi terbalik nie..

Nanti aku search la, camana nak handle orang yang macam nie..

Beban ini kupikul sendiri..

Beban nie aku kena pikul sensorang sebab suamiku dan keluarga sebelah suami sudah tidak mengizinkan aku berhubung dengan dia lagi..Tapi aku kesian kan dia..sampai bila dia nak menarik diri dari kami semua..Hidup dengan suami je..Itupun sebab kami yang sabarkan suaminya..kalau tak dah lama dorang divorce..Itupun dia kata kami yang galakkan suami dia tinggalkannya..Memang gila perempuan nie..

Suami mana yang tahan kalau semua hal rumahtangga nak diceritakan pada Mak dan Ayah, kengkawan dan orang sekeliling, masa tengah baik berpeluk sakan depan orang, bila bergaduh satu dunia nak diberitahunya..Tapi bila cerita dah terbongkar aku dituduhnya menjaja cerita..Dia tak ingat bukan aku sorang tempat dia diajak bercerita..Nasib baik aku ada saksi, dan semua saksi @ pendengar cerita dia berpihak pada aku..Itupun dikatanya aku pandai bermain kata..

Kalau aku pandai bermain kata, suka menjaja cerita kenapa kau masih cari aku setiap kali kau ada masalah dengan suami kau..Kenapa masih ada sms berbaur ugutan kau hantar pada mak dan ayah..sekarang nie dorang masih menyimpan semua sms yang kau hantar tu..Sabar dorang ada hadnya..sekali lagi kau buat pasal dorang akan tunjukkan kat suamikau apa yang kau buat selama nie..dan juga apa yang kau dah buat pada aku..

Aku menjadi menantu kesayangan mak ayah bukan dengan taktik kotor macam kau..aku menjadi diri aku sendiri..Menjadi kakak ipar kesayangan adik2 pun dengan cara yang sama..bukan dengan wang ringgit..bukan dengan harta benda..kerana aku bukan orang berduit macam kau..

Kemaafan sebelum bermulanya Ramadhan..

Bermula hari nie aku sudah mula mengirimkan kata maaf untuk adik beradik ku, adik2 ipar, mak dan ayah mertua dan last sekali esok untuk Ma yang melahirkan aku dan Suamiku.. Saja untuk aku memilih hari terakhir untuk mereka berdua kerana mana tahu sebelum esok aku ada melakukan kesalahan lagi..

Tahun ini SMS dan Email menjadi pengantara antara aku dan mereka semua..

Dan tahun ini juga aku berazam untuk memulihkan kembali hubungan aku dan biras sebelah suamiku..Tambahan pula sebelum nie iaitu sebelum pertemuan kami hujung minggu lepas kami sudah mula hendak berbual-bual, walau tidak serancak seperti hubungan biras yang lain..aku gembira..

Dan hari nie juga aku ada menghantar sms kepadanya yang berbunyi ' Sempena Ramadhan lusa, kkt nak pohon kemaafaan diatas segala kesalahan yg telah kkt buat, samada sengaja atau tidak sengaja..semoga Ramadhan yang kita akan jalani nanti mendapat keberkatan dariNya'..

Tidak lama kemudian sms balasan kuterima darinya iaitu 'ITS HARD TO FORGIVE WHAT U HAVE DONE TO ME'..

Ingin sekali aku menelofon birasku ini tetapi panggilan aku tidak berjawab, dan sms aku yang berbunyi ' I NEED EXPLANATION WHAT I HAVE DONE TO YOU' juga tidak dibalasnya..

Aku sebenarnya kesiankan dia..Hidup hanya dengan suami..Mak ayah sendiri sudah membuangnya..apatah lagi adik beradik..semuanya sudah menjauhkan diri..Ini semua bukan sebab orang lain, ini sebab mulut dia sendiri..dan yang menjadi mangsa aku..sebab aku walau macam mana orang marah sekalipun aku tetap akan datang dekat orang tu sampai dia ok dengan aku..gila ke aku..Apa aku kena buat sekarang..?!

YA ALLAH YA TUHANKU, LEMBUTKAN LAH HATI DIA UNTUK MENERIMA AKU..

Friday, August 6, 2010

Sehari dirimu tiada..

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski baru satu hari tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Thursday, August 5, 2010

Suami ke penang..

Pagi2 lagi dah bangun siapkan suami yang nak ke penang pagi nie. Pukul 6.45 bertolak dari rumah sebab keta nak kena isi minyak dulu sebelum dia berangkat..kalu nak harapkan aku memang tersadai la keta tu minyak xde, aku mana reti nak isi minyak..bawak tahu la..

Pukul 7.15 dah sampai sekolah dia, kuarkan barang dan aku terus mintak diri nak g opis..Sebenarnya aku tak berapa kuat nak tengok dia naik bas dan melambai-lambai kat aku..nanti aku nangis..so arini tak nak bazirkan airmata aku..aku chow dulu..

Semoga dia selamat pergi dan selamat kembali..

Wednesday, August 4, 2010

Keizinan suami..

Bercakap mengenai keizinan.. samaada keizinan daripada ibu bapa, adik beradik hatta suami seringkali mendapat reaksi yang sama dari semua pihak. Iaitu MESTI. Dahulu sebelum mendirikan rumahtangga aku sering meminta izin dari FAMA sebelum melakukan sesuatu. Dan sekarang pula sudah bergelar isteri kepada seseorang, dia pula menjadi tempat untuk aku memohon keizinan..

Sehari dua ni, banyak benda yang aku mohon dari suamiku..Bermula dari membeli kain ela dari boss, menjadi ahli tupperware, meletak dak pete diluar rumah dan yang terbaru staff outing di Terengganu.

Masa mula2 kawin dulu kami sering berbalah bila benda yang dihajati tidak tercapai..Tapi bila usia perkahwinan kami menginjak ke 6 tahun tidak lama lagi, situasi berkenaan mula berubah. Aku menyedarinya apabila menyuarakan keinginan untuk menjadi ahli tupperware baru2 ni. Bermula dari kata 'tidak boleh', diikuti pula 'suka hati' dan akhirnya sekali ayat power 'abang izinkan' dari mulutnya akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli tupperware.

Begitu juga dengan staff outing nanti. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya pagi tadi selepas sembahyang subuh berjemaah dia mengizinkan aku pergi..Tiada lagi perbalahan kerana aku kini semakin cerdik meladeninya..Tidak lagi menjadi pendesak macam budak2, tiada lagi suara tinggi untuk mencapai apa yang dihajati..Tapi diganti pula dengan rajukan manja tapi tidak lama, muka monyok tapi tidak masam dan akhirnya sekali berdiam diri tapi bercakap..

Rupa-rupanya benda tue semua menjadi perhatian suamiku dalam diam. Yea lah takkan nak tengok bini berkeadaan begini lama2 kan. lagipun benda tu semua masuk akal dan tidak keterlaluan. Sebab tu keizinan diberikan pada aku..Terima kasih 'YA TUHAN' KAU lembutkan hati suamiku..

Saturday (31 July 2010)

Aku kena 'mark' arini sebab ianya tela menjadi 'HARI INI DALAM SEJARAH NEGERI MELAKA'..

Ceritanya begini, arini aku bekerja sebab kena closing account. Maka tinggallah suamiku dan dak pete sekeluarga dirumah..

Sepanjang peninggalan aku diopis, suami ku telah melakukan kerja2 yang sudah lama ditinggalkannya iaitu semenjak kami berpindah kenegeri melaka. Masa kami diklang dulu ada jugak sekali sekala dia membantuku, mungkin sebab waktu kerja dia dulu berlainan dari disini.

Bermula dari menyapu sampah dari 3 bilik, dapur dan akhirnya ruang tamu disertai pula dengan mengemop dan akhir sekali membersihkan aquarium kesayangannya..Dan yang paling aku terkejut dia juga mengeluarkan koleksi bunga aku dari dalam stor dan menghiasi ruang tamu dengan cantik sekali. Sungguh aku berpuas hati dengan hasil kerja tangganya..

Dan arini jugak aku kena potong rambut serta merta sebab dia kata rumah kami dipenuhi dengan rambut aku.. dekat 1 kilo katanya. Dulu kemain suh aku simpan rambut skang terbalik pulak, nie baru satu hari buat kerja rumah..

Itu saja yang aku nak 'mark' kat sini..Kemudian hari bila dia kembali culas untuk menolongku, adalah jugak bukti dan pengubat hati bahawa dia pernah jugak menolong aku walaupun sekali..