Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Wednesday, June 29, 2011

First Night at TBS Phase 2

Actually malam semalam lagi kami da cuba tido dirumah baru. Semalam adalah malam kedua. Malam pertama tu biasalah bagi aku kalu tido tak lena. Bukan sebab tempat tu ada 'cerita'. Tapi sebab bertukar tempat tido. So malam tadi more better. Tak macam cik somiku tido kat mana2 pun sama baginya.. tetap maintain tido 'mati'..hehe..

Alhamdulillah set bilik tido king sangat memuaskan hati kami. Berbaloi-baloi.. Dan tugas memasukkan kain baju juga almost done. Tapi tu baru baju cik somiku.. untuk kain baju aku sume masih dalam kotak.. kecuali maternity dress je masukkan kat situ.. mungkin dalam pantang nanti akan masukkan sume baju2 yang berkenaan.

Arini akan tiba perabot jati pula.. tak sabar rasanya memandangkan ini kali pertama kami mmebeli perabot sedemikian.. Hopefully dapat tahan sepanjang hayat!!..hehe..

Friday, June 17, 2011

Antara kehendak dan keperluan

Minggu nie minggu tough untuk kami suami isteri. Kami terpaksa buat pilihan yang tepat untuk kemudahan dan keselesaan di masa depan. Ceritanya bermula bila secara officialnya kami mendapat kunci untuk rumah baru ari sabtu lepas. Selepas budget dibentangkan, kami mendapati savings kami selama ini tak dapat menampung semua keperluan untuk rumah baru.

Aku tanpa berfikir panjang mencadangkan supaya kekurangan tu kami tampung dengan menjual emas yang kami beli selama ini termasuk bongkah emas yang menjadi kesayangan cik somiku. Tapi cik somi tidak bersetuju dengan alasan dia masih ada jalan lain untuk kami selesaikan masalah nie.

Selepas berbincang.. akhirnya kabinet dapur rumah baru idaman aku terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Takpe la kalau itu jalan terbaik yang dapat somi ku buat untuk masa ini. Atleast kami tidak bergolok bergadai untuk penuhi keperluan 'yang tidak perlu' bak kata dia buat masa nie.

Dan yang penting juga duit yang lebih tu dapat kami settlekan sume utang kredit kad selama nie. Semalam juga secara rasminya kami bebas dari segala hutang kredit kad dan kad2 tu jugak sudah dipotong untuk mengelakkan kami 'swipe' diwaktu 'terluang'.. ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH kerana memberi kami petunjuk dan hidayah!!