Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Penghujung Tahun 2012.

Tetiba teringat tuk pos something sempena hari terakhir 2012 today. Alhamdulillah tahun 2012 berlalu dengan macam2 peristiwa dan suka duka kehidupan BIASA.
 
And the best moment pastinya menyaksikan pembesarannya SIKECIL kami yang ditunggu2 sebelum nie. Dari badan togel tak berisi dah berisi sikit badanya, malah dah susut kembali gara2 dah melasak sana sini..
 
Lepas tu pula kediaman yang sebelum nie tiada serinya gara2 ketipisan budget udah BERSERI dengan kehadiran kitchen cabinet, tiles depan berserta bonusya AUTOGATE. Sungguh berguna sekali AUTOGATE nie selepas kehadiranya.. tidak perlu turun kereta dalam panas menteri mahupun hujan renyai..haha
 
Tahun nie juga menyaksikan naik turun hubungan aku dengan biras aku. Kekadang aku malas nak bukak email yang mengandungi email si dia.. Sebabnya bahasa yang dia gunakan sungguh menyakitkan hati. Tetapi hairannya bila kami bersua tidak pula dia berpeel seperti yang ditulisnya.. ada juga je manusia yang cengini.. sabo je la. Yang pasti dia sungguh seronok kalu aku kelihatan suam2 suku ngan inlaw2 kami. Dan ini menyebabkan aku bertambah2 curiga tentang kebaikan yang dia serlahkan pada aku sejak akhir2 ini.. YA ALLAH lindungi hambamu ini..
 
Aku juga nak cerita pasal bonus tahun nie. Ada dua bonus.. dan kalu campur ngan hubby aku jadi tiga la.. Sume da selamat masuk savings, savings yang susah nak kuarkan balik (TABUNG HAJI)..hehe. Yang tinggal kat tangan sekarang adalah bonus dari ex-boss (JJ VOUCHER).. yang nie kalu ikutkan perancangan hanya digunakan untuk membeli barang2 faqih tuk tahun depan.. Tak tau berapa jumlahnya sebab belum bukak (sebab kalu bukak mesti nak p perabiskan..hehe). 
 
Itu aje la aku nak melalut tuk post terakhir tahun baru nie :)
 
 
 

Friday, December 7, 2012

Doa2 Semanis KURMA

1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.

 2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.

 3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.

4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.

 5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

Saturday, December 1, 2012

At last.. I Got it!!

Penantian bertahun berakhir ari khamis lepas.. siap sudah kabinet dapor aku.. sangat suke..

Hooker and Cooker yang best.. xbau la umah sye lepas nie..

Sepatutnya ada oven baru disitu, tapi cancel sbb oven ELBA baru raya puasa tahun nie kami beli..

Kabinet dapur nie masih ada tuk letakkan barang2 letrik yg selalu diguna..

Kat bawah nie belum tau lagi nak pasang atau tak raknya..

Tak sabar mau masak2 yg heavy!!


pelayaran king khadijah
Masakkan pertama guna dapur baru.. telor mata kerbau

Wednesday, November 28, 2012

Tangan Faqih masa umo (1Tahun 3 Bulan)

Masa nak membuat benda alah, meroyan kejap anak aku.. Mana la tak meroyan memula kena celup ngan air ais.. pastu lilin.. ulang lagi langkah tu smpi berkali2.. last2 ini la hasilnya..


Memaku dinding

Semalam walaupun ari bekerja, somiku mcm wat derk je dengan kepenatanku. Balik je umah ajak p kedai hardware nak cari paku simen katanya. Ingatkan nak beli je, upenya pas amik anak terus nak memaku dinding..

Cik abe tengah memaku..

Siap suda..


Memaku kat tangga pulak..


 
 

Kat tangga macam xde warna je :(..haha

Dia suda malas.. mood nak balik kelate meronta katanya.. nunggu ibu coti lmbt sangat..

Alahai..

Monday, November 19, 2012

Aliah Qistina @ 1 Tahun 1 Bulan 20 Hari

Pandai tunjuk GG nieh..

Add caption
Umi dia kata gigi qistina jongang.. Pada aku bukan jonggang tapi lebih pada gigi dia besar tu yang nampak macam jongang..

Untuk qistina..

Anak susuan ibu..

Walau nampak Ibu dan Umi sekejap baik sekejap tak
Sayang ibu pada qistina tetap SAMA
Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat
dalam segenap bidang yang dikau ceburi
Amin..

Mood Arini

Ibu kat opis..
Ayah kat rumah diduga selsema dan demam..
Anak kat umah mak xde selera nak makan..
Kat luar hujan dengan lebatnya..
AKU rasa macam nak BALIK AJE.

Wednesday, November 14, 2012

Renovation (Part 3)

Nak wat lanskap sendiri, hope cantik lah. This is our garden at beginning..


Nak kena letak air pancut, batu2 yang wane putih, buai yang jugak wane putih dan bunga dlm pasu yang jugak wane putih..

Renovation (Part 2)

Tiles depan dan autogate:
 
Tarikh dibuat : 15 - 18 October 2012
 





 

Renovation (Part 1)

Musim cuti sekolah bermula minggu nie. Sepanjang cuti sekolah nie banyak program di atur en. somi. Antaranya mengecat rumah, mendeco rumah, membuat lanskap, tanam pokok, dan part paling best tukang jaga rumah sbb sepanjang dua ke tiga minggu pertama nie dapur kami tengah direnovate tuk pasang kitchen cabinet.

Tengah mengemop selepas ruang tamu siap dicat

Melaka Wonderland

We went there for second time but this is first time for our son.

Date going : 11 Nov 2012

Masa : 9.00am - 12.00pm

We are the 1st being here today

ayyyoo never just sit down after walking


This is lizard 'faqih said'

Wif 'mondok'
Orang lain sume tak bawak makanan sbb tak leh wat masuk, tapi kami dgn bangganya wat masuk!! haha. Caranya letak makanan tu sume dlm beg yg mengandungi baju..huhuhu..

Puas dapat masuk dalam tu dengan makanan yang dimasak sendiri. Actually sandwich je, nak beli dlm tu mahal woo.. Memang la ada duit, tapi kalu leh tahan perut tu baiklah beli kat luar je, puas ati mahal tapi banyak!!

Monday, November 5, 2012

Unique

sdg asyik mengulit rencana2 fb, menyusur dan menyelinap di perbincangan2 pages yang tercipta atas topik2 baik yang hebat mahu pun yang bodoh2--
aku terserempak dengan satu page di mana para ibu bapa berbual tentang pencapaian anak.

aku suka page2 yang tidak private.
sbb aku suka pasang mata dan telinga--
...
tengok dan bikin observasi pada bagaimana manusia dewasa ini berfikir.

hehe.
you'd be SURPRISED with what you find.
segala ekstrim ada.
hujah paling bodoh, hujah paling magnificent, hujah paling osstat pesbuk, hujah paling islamik, hujah paling horrific.

semua ada.

tapi yang menarik perhatian aku adalah komen2 dan perbincangan para ibu dan bapa tentang anak2 mereka yang masih belum melakukan apa yang sepatutnya berdasarkan carta pencapaian standard dunia.

"anak saya umur sekian2 masih belum sekian2"
"tumpang tanya, kenapa anak saya masih tak mahu sekian2, sdgkan kazen dia sudah sekian2?"
"oh no mommiesssss, baby saya still tak mau sekian2... waiii?"

honestly.
aku faham perkataan 'concern'.
believe you me-- I UNDERSTAND.

juna sepatutnya dah bergolek dan menyarap.
tapi haram.
xde kilas2 pun tanda dia mau.

maka of course.
aku faham perkataan 'concern'.
cuma aku pilih untuk tak merasanya.

MUNGKIN kerana aku pernah merasa apa yang aku pernah rasa-- kerana itu aku tak peduli milestone itu semua.
having your child, risked to face death,
MAY make you appreciate life MORE than anything else.

bagi aku,
selagi dia masih bernafas, tersenyum dan hidup--
itu sudah cukup.

aku tak boleh cakap banyak2 tentang ini.
sebab aku pasti ramai yang akan marah.
apa pun, maafkan aku.

tapi aku PERLU buka mata2 kita.

all babies are unique.
they all are.
they are miracles worth seeing.

so PLEASE dear parents,
dont be the FIRST jerk in your childrens' lives to judge them. let them take own sweet time. STOP COMPARING your children. raising children is NEVER a competition.

sedih.
kesian.

you judge EVERY step they take.
when they love you for EVERYTHING you are.

Wednesday, October 31, 2012

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

 

1. Tidak mengambil sarapan pagiApabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
 
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
 
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!

Tuesday, October 30, 2012

aIDILAdha 2012

Aidiladha tahun nie sepatutnya kami beraya kat kelantan. Memang turn raya sana this year. Tapi disebabkan nak neutralkan balik turn raya yang berkecamuk tahun lepas, so terpaksalah tahun nie beraya di sini. Insyaallah pasni ikut giliran sepatutnya, xde nak ngelat2 lagi..


Baju raya sebelum disarung..hihi


Baju raya selepas disarung..hoho

Tahun nie satu ekor lembu kami sekeluarga korbankan. 7 bahagian iaitu Angah, Sue, Qistina, Wahida, Syahida, Wani, Faqih.. semoga ibadat kami diterima dan diberkati.. 

Tuesday, October 23, 2012

i MaDe It..

Bg sy..suami yg beristerikan wanita yg menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu lebih menghargai pengorbanan seorg IBU..trust me! kerna dia saksi kepayahan dan betapa besarnya pengorbanan sorg ibu tak kira sama ada bekerjaya atau tidak dlm memberi yg terbaik utk benih cintanya..ini yg cuba sy sampaikn pd masyarakat..terutama di awal kelahiran, walau masih dlm keletihan bersabung nyawa utk melahirkn seorg manusia, si ibu akn ttp setia bersengkang mata dan bangkit mengenyangkn si anak yg kelaparan..sbb tu seperti yg pernah sy katakan menyusukan anak dan memberi susu kpd anak satu perkara yg sgt berbeza walaupun maksudnya seakan sama..kerna melalui susu ibu..kita sbg ibu bkn hanya memenuhi keperluan fizikal anak sebaliknya menyalurkn kasih syg yg tiada tolok bandingnya!!!

Ayuh papa, ayah, baba, daddy sahut cabaran sy utk jd sorg manusia yg menghargai sorg IBU dgn memberi sokongan yg kuat pd kekasihmu agar memastikn zuriat kalian hanya minum susu ibu dlm tahun pertama kelahiran..

Jom mama, ibu, emak, mummy sahut cabaran su utk jd sorg ibu yg sempurna..tanamkn dlm diri, panjatkn doa pd Ilahi, usaha sehabis boleh, kuatkn semangat diri utk berusaha menyusukn sendiri zuriat kalian..percayalah kalian juga mampu melakukannya..satu hari nanti kalian pasti tersenyum bangga bile melihat perkenbangan si anak yg cergas dan cerdas..ya kalian berhak berbangga kerna setiap daging dan titis darah yg mengalir dlm tubuh mereka merupakan hasil sepenuhnya dr titisan emas bernama SUSU IBU!

1 Tahun 1 Bulan 15 Hari

Genap 1 Tahun 1 Bulan 15 Hari bersamaan 9 October 2012, anakanda tercinta AHMAD FAQIH HILAM BIN MOHD DIAH mula berjalan. Berjalan yang bukan bertatih yea, tapi terus berjalan laju macam ada orang kejar dia..hihi


Maka berakhir lah penantian kami selama nie iaitu nak tengok faqih berjalan. Sebelum rasa stress jugak bila terdengar dan melihat sendiri rakan sebayanya malah lebih muda dari dia da boleh berjalan. Ditambah lagi dengan setiap pertanyaan 'da berjalan belum' setiap kalu bertemuan dengan orang..

Da meniarap, da merangkak, da berjalan, da bercakap.. lepas nie apa yea??? Kita tunggu dan lihat saje, n hope develop according to his actual ages..

Alhamdulillah.. syukur pada ALLAH.

Thursday, October 11, 2012

Doa

Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia (Nur Suriani binti Samsuddin). Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.

Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.

Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.

aku redha dan aku berserah

Wednesday, October 10, 2012

Hanya PadaMU Aku Bermohon

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Aku mohon padaMU YA ALLAH..
Sabarkanlah dan tetapkan lah hatiku..

dan..

Kalau ini percaturan hidup yang telah ENGKAU tetapkan untukku..
Tabahkanlah hatiku YA ALLAH..

dan..

Kalau setakat ini sahaja jodohku dengan NUR SURIANI BINTI SAMSUDDIN..
Aku terima YA ALLAH..

cuma..

Aku pohon KAU kuatkanlah hatiku YA ALLAH..
Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMU YA ALLAH..
Sesungguhnya YA ALLAH..

Aku amat menyayangi kedua mertuaku dengan sepenuh raga..
Aku amat menyayangi kesemua adik2 iparku sepenuh jiwa..

Satukanlah kami sehingga keakhir hayat YA ALLAH..

Jauhkanlah kami dari sengketa  dan perbalahan dan salah faham..
Jauhkanlah kami dari hasad dan dengki..

Amin Ya Rabbal alamin..

Friday, October 5, 2012

Maggi Pattaya

Yesterday i make express maggi pattaya for my hubby. Enjoy.. see the picture
 yay!!

Maggi Pattaya Express
How to make this dishes?? very easy..

Friday, September 28, 2012

Mimpi

Malam tadi mimpi jumpa ngan arwah ayah. Mungkin sebab malam tadi dengan rendah diri aku sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin dan doa semoga ayah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman.

Umur aku sekarang da 31 tahun. Ayah meninggal masa umur aku 6 tahun. Bermakna dah 25 tahun ayah meninggalkan kami. Aku harap nie bukan kali terakhir aku berjumpa arwah. Seronok sangat malam tadi. Walaupun tanpa sepatah kata, masa nak ikat kain kapan je dia bangun menoleh kearah aku, tapi cukup untuk meleraikan rindu aku selama nie.

Semoga ayah tenang di sana. Amin..

Thursday, September 27, 2012

Sayang nak makan

Sayang nak makan benda alah nie..


Dah dekat 3 bulan lebih dapat coklat nie.. dapat dari suami untuk sebuah kemaafan (hihi).. yang lelain da maka, yang main nie tak termakan lagi.. sayang sangat nak makan.. cane nieh.. skang nie masih kat dlm fridge kat opis nie, nak simpan kat umah tkt hubby kecik ati xmkn coklat yang dia hadiahkan..

Tuesday, September 25, 2012

Trip to PD

Minggu lepas 17 Sept 2012 senyap2 kami ber3 ke PD. Nape senyap2 weh?? mesti orang query kan.. sebabnya kalau uar2 kan mesti de orang nak ikut. Kat umah mertua ku skang nie de orang yang 24h dok umah. Pastu ble dengar nak berjalan, mula la nak ngikut..

Jadi, disebabkan mahu percutian tuk kami je, benda nie terpaksa dibuat senyap2..

Enjoy this moment very much!!

Sampai2 je terus landing anak bujang ibu nie..

Ayah nak amik gambar pun dia tak heran, asyik dok tgk scren tv besar

Kami cari hotel yg ada kolam renang, so we made it!!

Banyak habiskan masa kat sini.. enjoy sangat sbb air dia tak sejuk sangat.

Tengok tu asyik dok main air.

Nak datang lagi kesini

Ada jugak gambar aku kat sini..hehe

Tuesday, August 28, 2012

Mee Jawa

Telah berjaya memasak mee jawa request by mr hubby..




Nie tuk berbuka kali terakhir di melaka tahun nie..

Kerja Lelaki..

Nie hasil kerja suami saya sebelum kesekolah pagi nie..


Sangat SUPERB.. pada pandangan saya.. Pagi nie sedikit kalut sebab anak dan ibunya tak sihat.. Mana nak masak sahur, mana nak kelek anak, mana nak masak bubur tuk anak..

Nasib baik cik suami hanya nak telor separuh masak dan burger untuk sahur puasa enam hari kedua arini.. Aku pulak biasa la cukup dengan susu dan buah tembikai je..

Itulah DIA.. sangat pengemas orangnya.. tapi pada satu2 masa je.. masa lain emmm...dan kebanyakannya aku la tukang kemasnya..kalau tak kepala aku jugak yang pening rumah bersepah..

Monday, August 13, 2012

Ahmad Faqih Hilman 1st Befday..

Arini genap setahun mengikut bulan islam anak bujang saya. Epy 1st befday cayam.. Semoga kamu sentiasa dipayungi limpahan rahmat dari yang MAHA ESA. Semalam majlis doa selamat dan sembahyang jemaah selamat diadakan.. Terima kasih pada ayah yang sudi membaca doa dan meimami kami semalam.. Semalam juga ayah declare nak 'cheat day' kekonon tuk celebrate befday anak la.. Yang jadi mangsanya ibu la yang kena jadi tukang masaknya..hihi..

Tapi takpe demi ayah, ibu sanggup tak tido tengahari dan petang semalam.. Bermula dari 1 tengahari sampai 6 petang ibu bertungkus lumus kat dapur. Alhamdulillah dapat buah sebiji cheese cake, nasi lemak, mee goreng, ayam golek dan sotong goreng kunyit..

Ayam Golek
Sotong Goreng Kunyit

Kuah Ayam Golek

Sambal Nasi Lemak

Mee Goreng

Nasi Lemak

Oreo Cheese Cake

2 Buah Hati Saya..