Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Wednesday, February 22, 2012

Huru Hara

Huru hara betul aku arini. Hangbag, makanan ngan beg pum sume tertinggal dalam keta. Kunci keta pulak suami aku terbawak g sekolah. Ingatkan dia sangkut kat tempat biasa.Puas la aku cari serata umah mak mertua aku. Sebelum nie ada jugak macam nie, tapi keta tak berkunci, so kunci pendua yang ada pada aku kat handbag. Nie keta berkunci sekali2 dengan barang2 sekali.. hwuaaaaaaaa..

Tak pasal2 father in law kena hantar aku pegi klinik bersamaan hantar aku pegi kerja. Dlm handbag ada kunci locker, hwuaaragg sekali lagi sebab stok makanan dalam tu. Tak pasal2 kena pinjam ngan bebudak opis lain.. gilo la tebiat pelupa nie..

Thursday, February 16, 2012

Sakit

Tak pernah sakit semenjak kehadiran Ahmad Faqih Hilman, malam tadi diserang food poisoning. Apalagi atas dan bawah la keluar. Semalam rasanya takde la aku makan benda bebukan. Cuma breakfat n luch benda yang sama iaitu kueh tiaw goreng. Pastu ada amik sesikit lauk kak ayu, kari ayam n sayur campur.

Masa tengah muntah tuk kali kedua, cik somi ketuk pintu toilet nak mintak urut belakang katanya. Ishh mana boleh, tengah kuar atas n bawah nie, malu la i.hehe..

Lain betul sakit bila da ada anak nie. Bukan kesakitan yang aku nak kongsikan, tapi macamana nak solve nak hadap benda nie. Risau kalau2 tengah muntah2 tu anak bangun. Takut dia takleh sabar nunggu aku abis buang.. adoyai..

Pastu pulak bila diajak ke klinik rasa macam taknak pergi sebab nak dokong dia pun da tak larat. Walau hanya ribakan dia kat peha, rasa cam bisa sangat. Biarla dok rumah, atleast cik somiku leh uruskan anak, sementara aku uruskan diri aku sdri. Sib baik start membuang lepas anak da tido. Baik pulak dia tak bangun2, da la dua hari nie dia tidor sendiri. Tak mau da didodoi skang. Mungkin dia leh rasa ibu dia dilanda kecemasan malam nie.. so dia da bersedia.. nie semua KEHENDAK YANG MAHA ESA YANG PALING SEMPURNA. Allahuakhbar!!

Semalam pukul 2.30 pagi baru tidor sampai la pukul 5 bangun mengepam. Ingat malas jugak nak mengepam, tapi kesian pulak anak ibu takde susu 'fresh' bila ditinggalkan pagi nie. Walau tak dapat banyak macam biasa mungkin sebab muntah2 n berak2, dapat jugakla untuk dia sekali minum. nanti topop ngan EBM. Bila agi nak abiskan stok tu. Nanti minggu depan da start nak makan, mesti minum susu pun da tak sebanyak sekarang.

Pagi nie bila mak mertua aku bercerita, aku main angguk2 geleng2 jek. Sampai dia nak tapaukan nasi lemak ngan kueh pun aku geleng. Mesti dia rasa lain.. nanti sik somi balik biar la dia cerita. Aku da letih sangat. Sampai opis kul 7.25, terus masuk surau rehar. Lutut goyang weh nak naik tangga. Sampai skang nie pun rasa nak tercirit agi..

Wednesday, February 15, 2012

Menu Faqih

sue msa kita p kuantan 3d2n last month kita bwk frozen porridge. isi dlm cooler beg then smpi hotel terus msuk fridge. tp msa p cameron kita bwk beras kisar then msk kt sna sbb apartment tu ble msk2..sayur pun beli kt sna je..heeeee...time balqis baby kita p bandung cuma bwk biskut & roti je sbb minah tu hantu biskutroti...

erk..haritu ok je thn 3 hari..bubur campur sayuran+ikan. kita time travel pun dok bwk pump. so mmg utilise fridge hotel. kalo rajin bwk warmer skali sng nk pnskn bubur. kalo lagi rajin bwk la rice cooker kecik. ngeeee..msk je kt hotel. beras kisar siap2 kt umah

Tuesday, February 14, 2012

Menu Faqih

kt buat carrot campur kentang...rebus patus blend pastu masak atas dapur sikit bagi dia pekat..

*From farah

Kata2

Bila kita penat mjga hti orang sdgkn dri sndri sakit dan pedih,mintalah kpd Allah agar dkuatkn hti kita,dtingkatkn ksabaran kta,dlapangkn fkiran kta..Subhanallah..

Thursday, February 9, 2012

Ilmu

Jangan jadi Abu Lahab 'sambut' Maulid - keadaan ini samalah jika kita sibuk menyusukan anak tapi solat tak dijaga, sedangkan air susu sendiri yg membesarkannya, renung2kanlah.... peringatan utk diri sendiri juga

Tuesday, February 7, 2012

PANDUAN MAKANAN PELENGKAP BAYI 6 BULAN KE ATAS

KUMPULAN BIJIRIN

■Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
■Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

■Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
■Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
■Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

■Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
■Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
■ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.

ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

■Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku.
■Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

■Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan ■Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
1.Putih telur
2.Kacang
3.Makanan laut
4.Gandum
5.Buah limau

■ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.
Garam, Gula dan Bahan Perasa

■TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
■Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan ■Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
■ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
■Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
■Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
■Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.

Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN Minggu 1 Tekstur ■
Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)

Kekerapan
■1x pada 2-3 hari pertama
■2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
■Kanji/beras + SI
Minggu 2-4 Tekstur

Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan ■
2-3x sehari

Contoh makanan
■Bijirin beras + SI
■Kentang lecek halus
■Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
■Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein ■Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
■Tauhu lembut (tidak berperisa)
■Kacang pis (lecek)
■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (hancur)
7 BULAN Minggu 1 Tekstur ■
Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut

Kekerapan ■3-4x sehari
Contoh makanan ■Kanji/beras + SI
■Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
■Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
■Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein ■Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
■Tauhu lembut (tidak berperisa)
■Kacang pis (lecek)
■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut) ■Roti lembut
■Biskut bayi (tanpa gula)
■Buah-buahan (pisang, betik)
■Lobak merah
■Keju
9-11 BULAN Minggu 1 Tekstur ■
Lembut, cincang ataupun potong kecil

Kekerapan ■
3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan ■
Nasi lembik

■Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI

Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)

■Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
■Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
■Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)

Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu

Sumber protein ■
Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)


Tauhu lembut


Kacang pis

■Hati ayam (hancur)
■Ayam (lembut dan dihancurkan)
■Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
■Daging lembut (cincang)
■Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

7 signs your child loves you

1. Your newborn stares into your eyes
He's actually working hard to memorise your face. He doesn't understand anything else about the world, but he knows you're important.

2. Your baby thinks about you even when you're not around
Between eight and 12 months old, he'll start to scrunch his face and look around when you leave the room, and he'll smile when you return.

3. Your toddler throws wicked tantrums
Nope, those screaming fits don't mean he's stopped loving you. He couldn't show he was so hurt and angry if he didn't trust you so deeply.

4. Your toddler runs to you for comfort when he falls down or feels sad
Children this age may not truly understand the meaning of "I love you," but their actions speak louder than words.

5. Your preschooler gives you a flower picked from the garden
Or a finger-painted heart, a sparkly stone or another gift.

6. Your preschooler wants your approval
He'll start to be more cooperative around the house and he'll look for chances to impress. "Look at me!" will become a catchphrase.

7. Your school-age child trusts you with secrets
This could be his first crush or his most embarrassing moment. You're his confidante, even if he shies away from your hugs in public.

Kaki 1

Semalam ada chance ngadu ngan mil pasal anak dia goyang faqih pakai kaki..hehe.. mil cakap xpenah dia nengok budak2 tu wat cmtu kat depan dia. Aku harap mil aku berkata jujur la. Senang sikit ati aku. Tapi aku suka dgn adik ipar aku yang nie, bila ditegor dengan senang ati diterima. Takde membentak2. Sooo epy balikk..

Monday, February 6, 2012

Kaki


Nie la bouncer anak aku.. cantik kan.. kami tak beli pun, nie hadiah dari adik ipar yang dipanggil cik syida oleh faqih nanti..

Bouncer tu dibeli sedari usia faqih 3 hari. Yang tak sedapnya semalam aku terserempak ngan cik syida faqih ayungkan dia pakai kaki!! Arrrrrgghhh..tension nya aku..

Walaupun da tego semalam n dia pun leh time tapi aku tetap tak sedap ati.. Mana tau kat belakang aku dorang memang treat faqih camtu..

Adik Ipar

Akhir2 nie aku tengok si wani ni makin kurang ajar pulak ngan aku.. Pantang aku tegor sikit mula tarik muka masam n hentak2 pintu. Ishhh kalau adik aku nie da lama aku hentak kedinding. Kurang ajar betul. Mak pulak macam menagnkan dia. Nak pujuk aku pun agak2 la. Jangan la cakap budak tu kecik agi. Budak tu da umur 19tahun mak oii. Da bole berfikir buruk baik sesuatu benda. Cane yea nak tangani budak gila nie. Aku panggil budak gila sebab apa tau, sebab dia nie kalau arini tarik muka, esok aku datang da manis balik muka dia. Dia ingat aku nie kengkawan dia sesuka ati dia je nak buat kakak ipar. emmm.. berfikir lagi.. jangan la susu aku merundum sebab fikirkan benda nie..

Thursday, February 2, 2012

Keliru

Aku da mula keliru betul ke tindakan aku untuk tidak benarkan faqih tidur dalam buai nie. Semuanya lepas aku mintak feedback dari kengkawan di opis nie. Nampak macam aku pentingkan diri sendiri pulak. Emm.. tengok la nanti aku fikir masak2 dulu sebelum announce kat mil aku...

Macam jauh je

Macam jauh je meja aku dgn meja ko. Siap suh aku amik sdri agi yea cn aku. Apa la salahnya dalam pada ko kehulu kehilir tu ko letak je cn tu atas meja aku. Bukan pakai minyak pun ko wat cmtu. Dapat pahala agi ada.. Nape la ada orang berkira macam ko nie..

Arrgghhh..

Semalam.. balik je dari kerja aku disurprise kan dengan buaiyan anak aku yang dah siap tergantung..mana datang buaiyan nieh??!!

Aduh.. nape la sume orang kat umah tu buat macam faqih nie takde mak bapak. Sesuka dorang je buat itu ini. Boleh tak hormati keputusan ktaorang yang tak mau anak berondai. Susah sangat ke kalau takde buaiyan tu. Nape baru sekarang beli lepas faqih da biasa tanpa buaiyan selama 5 bulan 1 minggu nie.

Aritu belikan walker. Yes i have to thanks to all of u oll becoz belikan my son walker. Tapi sape suruh??!! nape pandai2 belikan.. Sedari dia lahir lagi kami da sepakat untuk tidak biasakan dia dengan walker n buai. And kami da mention awal2 agi da..

So bukan salah kami yea kalau walker tu hanya wat perhiasan kat umah tu. Kalau tak tahan nak nengok kasi la kat sape2.

Dan satu lagi buai tu macam yang aku cakap semalam AKU TAK NAK FAQIH TIDUR DALAM BUAI. Dan keputusan nie muktamad. Terima kasih suamiku kerana memahami isterimu ini. Sorry sometimes i look rude when i speak to your parents. It does't mean im not love them.