Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 20, 2012

Persediaan puasa ibu menyusu

•Melewatkan sahur
•Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
•Moreh
•Memerah susu di awal hari
•Berdoa
•Bertawakal Kebaikan menyusu buat ibu
•Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
•Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
•Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
•Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
•Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
•Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak Kebaikan susu ibu kepada bayi
•Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
•Mengurangkan masalah alahan
•Mengurangkan masalah sistem penghadaman
•Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
•Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
•Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula) Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat
•Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
•Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
•Merapatkan hubungan kekeluargaan
•Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
•Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
•Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

Kasut


Tension aku pasal kasut anak aku pun nak ngadu ngan laki aku. Tak puas hati cakap la depan2 la..

Citenya gini, anak aku nie tgh belajar nak menapak.. orang yang jaga dia nie nak pakaikan dia kasut. Aku tak kasi sebab daripada pembacaan aku pakai kasut sedari awal nie tak bagus sebabnya kalau tapak kaki dia tak contact terus ngan lantai, nnti lambat merasa. Nie daripada pembacaan aku la. Of course la aku kena ikut apa yang aku baca, nama lagi anak pertama kan, mana ada experience lagi.

This is what i found:

When their babies start standing and cruising, many parents wonder if shoes are necessary. Until your baby is walking around outdoors regularly, most experts don't think so. Going barefoot not only can help strengthen your child's arches and leg muscles but can also make it easier for your baby to balance when her shoeless feet are free to feel all the textures of what she's walking on.

Friday, March 16, 2012

Menu baru

Semalam dapat menu baru dari member kolej eila.

Nie bahan dan cara membuatnya.

Aku kena rekod nie sbb takut lupa tuk next baby..hehe..

Bahan2:

1)Beras 2 Sudu Besar (Direndam selama 1/2 Jam)
2)Isi Ayam Cincang 1 Sudu
3)Karot Cincang 1 Sudu
4)Kentang Cincang 1 Sudu

Cara2:

Beras yang direndam diramas seberapa halus yang boleh. Lepas tu dimasak bersama-sama bahan lain selama 1/2 Jam. Padamkan api dan lenyek sehingga menjadi bubur yang tidak terlalu kasat untuk baby berumur 6-12 bulan.

Tuesday, March 6, 2012

Bengang

Bengang betul aku malam tadi. Sumenya bermula dari blackout kat taman kami. Satu taman berhelap dari pukul 6 petang. Lepas da tunggu sekejap tapi letrik masih belum pulih dan faqih pun da merengek kepanasan, kami pun buat keputusan tuk tido kat umah mertuaku.

Dah dapat tempat yang best faqih pun tido la ikut waktu biasa dia. Lepas tu dalam kul 10 dia terbangun. Sebabnya bising bunyi tv terpasang kuat macam takde baby tido kat umah tu. Malas la aku nak bising kan, agipun sedar diri kami menumpang kat umah tu malam nie.

Memula dorang amik faqih tuk memain ngan dia. Aku pulak sebab mata dah mengantuk orang da amik anak ingat nak tido la kejap. Tak sedar terlelap berejam, sedar2 jek tengok rumah senyap sunyi, cari faqih pulak takde.

Pastu ce jengah dalam bilik mertua aku yang pintunya tak pernah bertutup. Tengok2 tergolek anak aku atas katil ngan nenek dia. Atuk dia pulak tergolek kat bawah. Akupun amik la si faqih.

Menyesalnya aku tido kat sini malam nie. Aku tak rela anak aku tido ngan dorang. Rasa macam aku nie cuai sangat. Anak sorang pun orang boleh amik sesuka ati lagi. Rasanya sekejap je aku terlalai dengan tertidur. Tak bole ke masa faqih merengek nak tido tu kejutkan aku cakap faqih nak tido. Nie tak amik kesempatan nak tido ngan cucu.

Dah lama da dorang nak amik faqih tido ngan dorang. Aku tak kasik. Sebabnya bukan aku kedekut, tapi aku tahu hukumnya lalai tanggungjawab pada anak. Esok2 faqih da besar dia akan query nape biarkan dia tido ngan nenek, ibu ada nape dia tak tido dengan ibu.

Pagi tadi da tak tahan, aku cakap jugak dengan keduanya. Tu pun lepas atuk faqih macam perli2 aku ada orang curi faqih dalam bilik. Bukan curi aku cakap, tapi aku tak nak lalai dalam tanggungjawab besarkan faqih. Taknak faqih besar nanti query aku nape biarkan dia tido ngan nenek, mana ibu masa tu, bersuka ria??!!