Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Monday, April 30, 2012

Terselamat dari MAUT..

Kami terselamat dari maut. Kami bertiga iaitu hubby, anak n diriku. Peristiwa nie berlaku pada hari sabtu petang minggu lepas.

Masa tu sepupu hubby tengah kuarkan piring astro kat atas bumbung tuk digantikan dengan arial tv biasa. Entah macam mana piring astro tu terlepas dari tangan dia. Bayangkan piring astro yang berat tu jatuh dari ketinggian bumbung rumah 2 tingkat. Bunyi macam menakutkan sangat. Sampai jiran sebelah pun kuar nak tengok apa yang berlaku.

Mujur masa tu hubby aku kuar kejap pegi kedai cari skru n aku pulak baru je kuar dari pagar rumah wat jenjln faqih ke rumah sebelah. Kalau la hubby aku tak pegi kedai mmg kami bertiga dok berlonggok kat tempat piring tu jatuh!!..

Semuanya dari ALLAH taala, mengerakkan hati kami supaya menjauhi tempat tersebut.
Syukur padaMU YA ALLAH..

Saturday, April 28, 2012

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya..

Diantara pesanan Luqmanul Hakim kepada ... anaknya..

1. Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiran mu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka pelihara pandangan mu.
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jaga lidah mu.
4. Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jaga akhlak mu.
5. Ingatlah kepada Allah.
6. Lupakan baik budi mu kepada orang lain.
7. Lupakan segala kesalahan orang lain terhadap diri mu.
8. Ingatlah kepada mati.

Jauhi TV

Baru saja beli buku Dr. Danial Zainal Abidin ini dengan harga RM28.00 di Kedai Buku
Marwilis PKNS Shah Alam. Saya terus lompat membaca ke Bab 6 m/s 112 yang bertajuk
 " Menjauhi Bahaya Televisyen".

Dalam Bab 6 itu 8 sub-topik dihurai oleh Dr. Danial tentang BAHAYANYA KESAN TV ke
atas kanak-kanak :-
1)Kesan TV ke atas Otak Kanak-Kanak.

2)Kesan TV ke atas Pertumbuhan Fizikal dan Emosi.

3)Kesan TV keatas pertuturan

4)Kesan TV ke atas Daya Kreativiti.

5)Kesan TV ke atas Konsentrasi.

6)Kesan TV ke atas Tidur.

7)Kesan TV ke atas Prestasi Akademik.

8)Kesan TV ke atas Jiwa dan Akhlak.

SEMUA KESANNYA ADALAH SANGAT NEGATIF! Setiap hujahan Dr. Zainal dalam sub-topik tersebut berdasarkan kajian universiti secara empirikal dan scientific oleh Pakar-pakar PHD dari negara-negara barat yang maju dan disebut nama pakar-pakar PHD itu dan nama universiti.

Jadi kepada yang dah berjaya didik anak-anak anda bawah 2 tahun dengan televisyen tu saya cukup kagum dengan kalian tapi saya lebih percaya dengan kajian Dr. Zainal berdasarkan rujukan pakar-pakar PHD seluruh dunia bahawa televisyen memberikan kesan sangat negatif pada kanak-kanak!

Biarlah orang nak kata saya kolot, tak up to date dan nak kata juga televisyen ni pun banyak kegunaannya. Tapi jawablah dengan ikhlas dari hati nurani anda, televisyen sekarang ini banyak yang baik ke atau yang buruk? Anda dengan cara anda dan saya dengan cara saya. Banyak lagi caranya nak didik anak-anak kecil bawah 3 tahun tanpa menggunakan televisyen.

Diharap my wife dan seluruh ahli keluarga memahami kenapa saya ingin mengharamkan televisyen kepada anak saya DANIYAL RIZQI berdasarkan FAKTA-FAKTA PAKAR-PAKAR di bawah ini yang saya ambil dari buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang bertajuk "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden dan beberapa website blogs bertemakan keibubapaan. Memang ada kebaikan televisyen ini tapi keburukan lebih banyak untuk kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Kita bincangkan di sini dan minta pendapat semua untuk kebaikan generasi masa depan kita.

Penelitian kajian oleh Dr. Patti Valkenburg dan Dr. Tom van de Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-kanak di Leiden, Belanda mendapati bahawa televisyen membantutkan rangsangan kreativiti dan perkembangan daya imaginasi kanak-kanak. Malah, kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah 2 tahun.

The Journal of Pediatrics juga mengatakan bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan akan memberi kesan kepada kemahiran bahasa yang buruk. Bayi ini juga akan lambat mempelajari bahasa berbanding bayi normal lain. Bayi juga mudah menjadi agresif ketika umurnya 3 tahun. Malah mereka agak sukar dibentuk kerana lebih suka melakukan aktiviti sendiri dan kekok bergaul dengan orang lain.

Kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 16 tahun tersebut mendapati bahawa televisyen boleh menyebabkan penurunan yang ketara terhadap kemampuan imaginasi kreatif kanak-kanak. Lantaran itu Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan supaya TV diharamkan bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun.


Buatlah banyak-banyak kajian dan pembacaan untuk anak-anak anda. Jangan malas membaca, malas berbincang, malas berjumpa pakar-pakar parenting skills dan jangan ikut nafsu semata-mata mudahkan kerja bagi anak-anak tengok tv supaya dia leka tak ganggu kita rehat kerana kesannya yang negatif akan membawa sampai ke hari akhirat kelak!

Friend story

Syukur Alhamdulillah Lauzah dh masuk 1 tahun harini..Segala Puji Bg Allah..perjalanan penyusuan baby Lauzah secara exclusif tanpa setitik pun susu formula selama setahun ini dimudahkan..syukur kerana sy telah berjaya melepasi FASA PERTAMA penyusuan susu ibu (6 bulan-diploma) dan kini FASA KEDUA penyusuan ...susu ibu (12bln-degree)..mcm mimpi dan tak sangka sy mampu berjaya sampai tahap ni..hari ini sy dh berjaya menggenggam Degree In Breastfeeding.. moga berjaya selama yang boleh..target lps ni 18bln witout any FM..aminnn moga dimudahkan perjalan ini..syukur pd Yg Esa juga kerana beri kesempatan utk sy berkongsi rezeki dgn 4 org anak2 yg comel dan bijak..moga kesemua anak2 yg minum susu mama akan menjadi anak yg soleh/solehah, menjadi manusia yg berjaya dan sentiasa memberi manfaat pd umat manusia..aminnnn..skrg sy dgn rasminya merupakan mama kepada 6 org anak (4 girls, 2 boys).. PERINGATAN UTK SEMUA!!!!! Album ini merupakan catatan harian perjalanan saya sebagai seorang ibu bekerjaya yg menjayakan penyusuan secara exclusive..album ini saya create khas utk semua yg bergelar ibu dan bakal ibu yg penuh semangat utk menyusukan bayi mereka sepenuhnya dgn susu ibu..moga kalian menjadikan apa yg saya miliki skrg sbg motivasi dan penyuntik semangat utk berjaya..ini bukti segala usaha dan semangat sy utk beri yg tbaik utk anak2..saya benar2 ikhlas kerana Allah Taala tiada sedikit pun terdetik di hati saya utk menunjuk2 atau riak dgn kurniaan Ilahi..ingat apa yg saya miliki ni bkn hanya dgn memetik jari atau goyang kaki kerna kejayaan dlm exclusive BF takkan hadir tanpa usaha,ketekunan,fikiran yg positif dan semangat yang menebal..sy sgt2 sedih bile ade yg membenci usaha saya ini dan menuduh sy riak..apa pun sy dh maafkan si polan moga Allah juga kurniakan apa yg saya perolehi kepada si polan tersebut..ingatla semua Allah dah janji yg setiap usaha msti ada ganjarannya dan Allah tak pernah berdusta..pesanan utk semua dan diri saya..

Maintainkan production susu

1. Terus jalani rutin harian mengepam seperti biasa..jgn sesekali skip atau kurangkn sesi yg dh biasa kita buat..

 2. Minum air secukupnya, mkn mcm biasa lupakn seketika keinginan utk berdiet..

 3. Jdkn Power Pumping sbg amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu..

 4. Amalkn zikir Ya Matin..

 5. Pastikan anak hanya DF di rumah, tak perlu bg ebm bila kita dirumah..

 6. Susukn anak sekerap mungkin walaupun dia mkin besar, pastikn menyusu anak dgn kerap di waktu mlm jika tidak bgn utk mengepam..ini kerana waktu mlm paras hormon prolaktin sgt tinggi so biasakn diri utk beri signal utk trrus produce susu..

 7. Buat tandem pumping atau satu sesi extra jika anda skip 1 sesi di ofis..

 8. Pastikan ttp pam at least sekali waktu cuti weekend..

 9. Nak berjaya dlm BF kene selalu positif, yakin yg kita mampu utk prodce susu yg cukup utk anak..

Friday, April 27, 2012

Nak Jugak

Semua tengok faqih cium ibu tadi. Pakwe, Makwe n Mak usu. Makwe cakap, alahai pandainya cucu makwe. Ok la..

Lepas tu ada tambahan lagi dari Makwe :jap lagi buat kat pakwe pulak yea..

aaa.. yang nie tak suke sikit. Bole tak ciuman faqih tu ekslusif tuk ibu ngan ayah je.

Fullstop.

Bangga lagi!!

Tengahari tadi, balik rumah BS. Tengok faqih tengah tadah doa, (orang arab tengah berdoa lepas baca khutbah jumaat (On TV)). Masa tu mak baru lepas basuhkan berak dia.

Aku amik n pakaikan dia pampers. Lepas tu kami bergolek2 kat toto. Masa bergolek2 tu, anak ibu datang dekat muka n letakkan mulut dia kat depan muka ibu dan sedut (cium la). MACAM TAK CAYA. Cakap kat dia rindu kat ibu ea.. DIA buat lagi. Pastu kucuba cakap sekali, kalau sayang cium sekali lagi. DIA BUAT!!. Bangga nya aku jadi ibu AHMAD FAQIH HILMAN.

Tak sabar nak balik petang nie, nak cite ngan hubby n nak suh AFH buat lagi!!.

Aliah Qistina Story

day one...hidup x anak aku...

muka die mcm mana

day four ...heard she get jaundise, inside me frust, milk still not coming out

day 7...aqiqah for her, n was told that jaundise going down...

day 8...for the first time i seen her...so touch, hair wire,plus she naked bcz of jaundise,

cry bcoz, delay produce milk, n guilty bcoz, x jaga dri when she are inside...

day 11...transferred to next cubical, monitor tolerance to outside

day 20...transferred to cort

day 28.. transfered to ward

day 35...for the first time she enter our house, n for the first night we are three...

Aliah Qistina

 

BS Cuti

Seminggu minggu lepas my mil merangkap babysitter aku cuti. Mereka ke Baling melawat anak mereka yang ditugaskan kat sana. Jadi seminggu tu la aku kena cari orang untuk jaga anak aku semasa ketiadaan dorang.

Alhamdulillah dengan hanya sekali call, my mum sudi jaga anak aku buat sementara tu. Jadi pada 17 April bermula la tugas sementara my mum menjaga anak aku. Risau jugak memikirkan penerimaan faqih terhadap orang baru yang menjaganya nie, sebab faqih nie ada stranger anxiety.

Aritu memang aku tak senang duduk la kat opis, sekejap2 tipon my mum menanya keadaan anak. Tipon pertama tengah makan, kedua tengah tido, pastu tengahari aku balik. Petang pun sama, kali pertama call tengah tido, kali kedua tengah main ngan ayah dia. So, dalam cuak2 tu berjaya jugak la my mum jaga faqih dengan jayanya. Jaya yang bermakna jaga faqih tanpa ada tangisan berianya.

Hari kedua pun sama, sampaila hari ke-4, maka tamat la suda PERKHIDMATAN my mum menjaga cucunya..hehe..

UPAH?? hehe.. walaupun tidak meminta, kami bagi jugakla sebab suda niat begitu. Selain handbag, radio n jam tangan ada juga 4 keping 50 hinggit tuk kegunaan my mum di kampung nanti. Hope dia gembira n dari perbualan telefon kami selepas my mum tiba di kampung macam dia seronok menjaga faqih n siap offer kalau takde orang jaga lagi kemudian hari juz call dia. THANK YOU MA.


My mum and Aleesa my niece

Bangga!!

Terselit perasaan bangga bila pagi tadi, BS faqih nak ambik dia dari dukungan dia berpaling kebelakang tanda takmo dialih dari dukunganku. Terlalu bangga aku!!

Sayang anak ibu!!
Mungkin semua ibu2 berkerja diluar sana berperasaan begini juga, bila anak yang ditinggalkan saban hari masih meletakkan si ibu ditangga pertama dalam semua bab.

Kenapa aku berperasaan begini?? Kerana dalam kesibukan mengejar dateline kerja terselit satu perasaan halus mengatakan anak aku mungkin tidak akan serapat dia dengan BS kerana masanya denganku terlalu sedikit iaitu hanya sekejap dimalam hari dan kekadang lama sedikit pada hujung minggu. Tapi TUHAN tu MAHA kaya kan. Walau hanya seketika cuma ditambah lagi dengan penyusuan ekslusif BF, KAMI MASIH RAPAT!!.  Dan pada satu2 ketika anak itu hanya mahukan AKU!!. Syukur padaMU Ya ALLAH.

Tuesday, April 10, 2012

Motivate ME!!

I DO..


AS MUCH I CAN DO..


TO BE A GOOD WORKING MOM!!

Pic yang selalu sye tengok bila hati dilanda keharuan..

Perkataan Pertama AFH

Malam tadi budak busyuk AFH sebut perkataan nie 'ALLAH'.. tapi pelat la.. tak percaya memula, lepas tu suh dia cakap lagi. Dia sebut lagi 'ALLAH'..

Datang dua perasaan dalam jiwa aku:

SATU: anak aku da besar!!.
DUA: kami kena banyakkan ilmu akhirat.. anak sebagai tanda kebesaran ILAHI. Mungkin anak cuba sampaikan sesuatu..

Pic terbaru AFH.. 7++mth..

Thursday, April 5, 2012

Surprise!!

Dapat surprise dari mr hubby!! Terkejut sampai kol dia aku boleh cakap benda yang tidak sepatutnya. Acctually nak ucap terima kasih, tapi bole aku cakap 'eh watpe awk belikan sye nie, sye kan tgh diet nie'. Sengal tak aku..huhu

Ingatkan dia tak amik hati, upe2 nya merajuk sakan hubby aku nieh. Terpaksa la pujuk malam tadi. Sib baik tak lama, bangun pagi nie da ok dah.



alone
Pic taken before i open it, so can't see inside..

Wednesday, April 4, 2012

Voucher Buku 1Malaysia

Semalam g shopping kat popular bookstore aeon bandaraya melaka. Sempat sambar beberapa novel, kitab tuk anak n tuk ayahnya.. harus la ada tuk ayah dia, dah memang voucher tu pun mmg dia yang punyer..huhu

2 Novel IBU, 1 Kitab AYAH, 1 Kitab FAQIH..

Misi Diet 2012 bermula..

Arini selepas lebih kurang setahun lebih asyik main bedal je makan, aku akan mula berdiet!! Wish me luck sume.. Day one today macam senang je, jangan lalu kueh depan aku dah la.. lebih2 agi kueh lepak ubi.. memang aku makan jek nnti!!haha..

Kerisauan tentang production susu aku tolak tepi. Nak tunggu sampai my little caliph cecah setahun alamat baju2 sume da tak leh muat la.. Dah la skang main pakai baju ime pgnt dulu n nasib baik jugak baju2 time aku gemuk dulu masih elok. Kalau tak nak naik kerja aritu membukit duit nak kena beli baju baru. Bersama sama aku arini adalah 2 orang teman opis.

Seorang ni memang dia da sedia diet sebegini. Seorang lagi 'budak baru' nak berjinak jinak. Budak baru nie hasil pujukan n rayuan aku selama 5 bulan nieh. Baru skang terbukak pintu ati dia nak diet. Budak nie muka dia lawa, comel, tapi slack kat badan je. Moga2 hasrat dia tercapai iaitu sama2 kami kurus. amin..

Rajin tau budak nie.. ce tengok menu dibawah, dia yang prepare tau. Aku harap ko berjaya la dik!!
Hot dog, Telor hancur, tengkuk ayam n sayur timun n brokoli..