Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Cool down..

Hmppphhh.. da tak marah dah..

Aku dengar dua cite @ pengalaman yang sama dari bebudak opis aku. Dan memang boleh pakai cite budak berdua nieh..

Sama macam aku, dorang face benda yang sama iaitu babysitter @ PIL bawak anak dorang keluar.

Dorang bole time dengan senang hati, kenapa tidak aku..??

Betul jugak kata dorang nie, semakin anak aku banyak keluar (bersiar2 dan sebagainya dengan atuk ngan nenek dia) semakin la anak aku berkembang mindanya. Jadi patutnya aku kena berterima kasih dengan dorang, bukannya hampir hilang kawalan macam tadi.. ishhh.. tak patutnya aku.

Anak2 dorang pun kalau dibawa keluar tidak diberitahu jugak. Sumenya based on trust.

Jadi.. aku tak perlu isau2 agi. Bukan bermakna aku lepas tangan, tapi da memang ku tinggalkan anak aku di waktu siang hari. Waktu siang hari yang bermakna juga sesuai tuk bawa budak berjalan2. Bole amik angin luar, takde la terkelupuk dalam umah je.

Lega..

Dah lega sikit kemarahan tadi lepas bergelak ketawa ngan budak2 opis nie. Dorang nie sume adalah penawar marah aku upenya..hehe..

Tengah Marah!!

Arghhh.. aku tengah marah nie. Hmmpphhh sudah puas ku tarik dan hembus nafas, marah nie belum ilang2 lagi. Tension aku dengan PIL aku nieh.

Arini faqih tak sihat, selsema dia. Bulan May nie da bape kali selsema menyerang. Itu tak pe la mungkin ujian tuk dia. Yang aku marah sangat, wat kuar anak aku time ujan cengini, da la tengah tak sihat. Pastu nak gtau aku jauh sekali. Sib baik terdetik dihati nak balik tengahari.

Sampai2 umah kete takde, ingatkan FIL aku je yang keluar, upenya yang MIL pun cbuk nak ngikut. Siap bawak sekali anak aku pulak tu.

Nape la dorang nie xleh tipon aku sebelum kuar, bukan kena bayar pun telefon rumah ke opis nie. Kalau nak mintak tolong boleh pulak telefin anytime.

Nape la dorang tak reti nak mintak izin ibu n ayah faqih sebelum bawak budak tu keluar. Kang kalu jadi pape, sape yang nak dipersalahkan. Nauzubillah.

Arini lantak la, aku nak cakap gak ngan PIL berdua nie. Tapi cakap baik2 la. Aku kan menantu yang baik!!

Sayang ker??

Sayang apa macam tu..

Salah sebab terbangun lambat je..

Tapi merajuk bagai..

NOKTAH!

BenciMU disaat ini.

HAHA..

Menu campak2..

Owhh pagi nie memang stress tuk aku.. Bubur da masak, turn nak masuk sayur tengok sayur kosong dlm peti ais. Ku sambar cheesedale dan ku taruk dalam bubur nasi tu bersama2 oat. Bila dirasa bubur tu, emmm cdapppp.. tapi tak tau cukup berkhasiat tak tuk my beloved son..emmm khasiat tolak belakang arini, yang pasti ada bekalan tuk dia pagi dan petang nieh. Enjoy the meal dear!!

Tuesday, May 29, 2012

Doa dan Harapan


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... jadikan rumahtangga kami seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Siti Hajar, sebahagia Yusuf dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis dan sesuci Muhammad dan Khadijah serta isteri yang lain. Murahkan rezeki kami. Limpahi kesihatan yang baik buat kami. Dekatkan kami kepada kebaikan, jauhi kami daripada keburukan. Kurniakan kami rasa cinta dari dunia hingga ke syurga... Amin

Friday, May 25, 2012

Hari Ibu 13 May 2012

Emm.. seminggu lebih sudah berlalu, bari hari nie sempat nak post benda nie. Walau inilah kali pertama menyambut hari ibu sesudah bergelar ibu, tiada sambutan istimewa diadakan. Sebabnya aku teringat my mom kat kampung. Takut kalau aku kat sini di jamu yang enak2 sedangkan my mom kat sana sebaliknya.

Jadi hanya sebiji kek yang berjaya dibeli oleh cik somi. Itupun aku rasa macam bersalah sangat masa menikmatinya. Tapi kesian pulak kat my mom in law kalu aku buat muka monyok!! Serba salah, tapi berlalu suda ari aku 'terbelah dua' tu..hehe..

Thank you en usband..

My mom in law and Me and AFH

Wednesday, May 23, 2012

AFH @ LCCT




Amik cik wida kat Terminal LCC. Lama jugak cik wida bercuti tuk kali pertama selepas bergelar Inspektor nie. Tapi jauh la dari Baling ke Melaka nie. Sian cik wida dari Baling stesen bas Butterworth. Dari stesen bas ke airport Bayan Lepas naik feri pulak. Pastu naik flight. Sampai kat LCC naik keta pulak (kami amik). Da macam Pak Malau nak balik kampung dah..hehe.

Besok nak balik Baling dah. Taip naik bas je. Jadi takyah transit banyak tempat. But for sure lama la, 10 jam kot baru sampai baling. Semoga selamat sampai dan menjalankan tugas kembali.

Ahmad Faqih Hilman vs Aliah Qistina

Biar gambar dibawah nie menceritakan segalanya..

Cehh.. faqih cam berlagak je muka dia..

Malas la layan gegirl.. kata faqih..huhu

Jom ayah kita swim..

Satu2 nya anak buah belah hubby aku. Dilahirkan prem sebulan selepas kelahiran faqih. Sekarang da lapan bulan usia dia. Semoga dia membesar dengan sempurna.

Hari Guru 16 May 2012

16 May setiap tahun memang kami nanti2 kan. Lebih2 lagi aku walau aku bukan cikgu..hehe. Tahun nie lagi la excited nak sambut hari guru sebab da ada faqih. Sorry yea memang kami yang teruja dan tak sabar nunggu CIKGU KAMI balik sekolah. Nak tengok hadiah apa dia dapat tahun nie.

Tapi tahun nie pelik sikit. Kena sabar menunggu sampai ke petang. Sebab tak muat nak angkut pakai motor katanya. Jadi sume hadiah di bawak balik oleh kawan dia kat krubung. Jadi belah petang baru ke sana dan amik hadiah2 tu sume.

Memang berbaloi2.. taraaa.. nie la antara hadiah2nya..


Jug air 2 set, Beg kembara, Towel muka 2 helai..

Hamper!!

Yeahh.. dapat bukak hadiah ayah..

Tengok tu AFH da tak sabar..

Nie hadiah hubby aku tuk tukar2 dgn cikgu2 yang lain, sape yang dapat nie beruntung!!

Makaroni sup

makaroni sup...

rebus ayam.....n masukkn makaroni,

biar je ats dapur...

choppkn bwg putih

lam kuali , tumiskn bwg tu garing n kuning...

ambil bwg jer,mnk bole simpn or buang...

masa adunn makroni n sup tu gelegk, masukkn bwg tu...

biarlh ats dapur sampai makroni kembg n lembut...

siap utk dmkn...

bole buat sambl kicap,

n tabur bwg goreng, n daun sup...

lupe lg,

lam sup letak bagai,sesayur yg suke...

mmg terbaik...

Thursday, May 10, 2012

Nasihat

Cup Cakes

untuk 3 paper cup besar (kuantiti kecil)
1/2 cawan tepung superfine
2 sudubesar gula kastor (ikut manis anda mahu)
1/4 sudubesar baking powder (hujung sudu jer)
1/4 cawan susu segar (tpi saya guner fm campur air)
1 biji telur
1 1/2 sudubesar butter
1 sudubesar plain yogurt
sedikit aisin vanilla

cara nyer pukul telur,butter,gula hinggakembang..masuk susu..pukul lagi,then last masuk tepung,baking powder,aisinvanilla dan buah stoberi yg didadu...mix semua hingga rata..bakar 15minit 180C

Mash Potato

Mash Potato:

kentang kupas + garam - rebus sampai lembut n lembik
pepper n kalu suke blck pepper
susu segar/skim milk...
majerin @ butter lg sedap

campur semua...
mash potato...siap

gravy :
bwg besar chop bodo2 je
garlic chop bodo2 jugk
butter /majerin
pepper + blck pepper or only pepper
kiub knorr ayam
air
2 sudu besar tpg jagung
tumis bhn chopped sampai hitam, bukan hangit tau
then masukkn yg lelain...
agak2 didih...
blendkn adunan..(kene tunggu suam)
pastu masakkan semula...
sbb nk bg bebwg n bhn mesra...
masa panaskn balik, tipu sikit dgn tambah kicap...
utk lebih hitamm...
siap

Tuesday, May 8, 2012

AFH Demam

Anak ibu demam.. tak pernah demam semenjak awak lahir ke dunia nie yea nak. Semoga kamu kuat!! Kuat melawan demam, kuat melawan sakit2 badan dan kuat segala2 nya. Seingat ibu, kamu pernah je melawan selsema, melawan sakit mata dan terkini inilah demam. Berjuang lagi yea kamu sayang.. kuatkan semangat kamu itu.

Pukul 2 pagi nie sayang, stop playing, go to bed now..
Sangat panas badan dia time nie..

Ololoo.. anak ibu tak sihat yea..
Dan ingat, ini hanya ujian kecil untukmu. Seering peningkatan umur mu nanti makin banyak cabaran dan halangan mendatang. Semoga kamu bersedia untuk mendepaninya. Kami Ibu dan Ayahmu sentiasa dibelakang selagi kudrat kami masih ada..sayang anak ibu!!


Monday, May 7, 2012

Topi Cameron Highland??

Tengok sicomel ibu bergaya ngan topi baru dia.. jangan ingat kami ke cameron highland yea.. kami beli kat tesco cheng je..hehe.

Dua2 si jantung hati ibu!!


Masa kecik2 dulu cukup kagum kalu tengok orang pakai baju negeri tu, negeri nie. Kalau ada word ' I LOVE DUBAI' tu lagi la.. Mesti dalam kepala kaya orang nieh. Pdahal skang nie baju nie kat mesia banyak!!..hehe

Friday, May 4, 2012

Rutin Harian

Dulu masa bujang, percaturan idup main hentam je. Kalau sarapan, kalau rajin ada la roti bakar bersalut telor. Kalau malas alamt kedai la jawabnya. Pastu status bujang da jadi isteri. Berubah la sikit hal makan2 nie. Tu pun sbb hubby suka makan kat rumah. Tapi kalau badan tak sihat, boleh jugaklah dia ku ajak ke kedai.

Lama memegang status isteri tanpa kehadiran anak, tahun lepas status aku berubah lagi. Kini sudah bergelar ibu pula. Lagi la berubah kan percaturan idup kita. Masa dalam pantang ritu, kekok jugak, mana nak jaga anak, mana nak kemas rumah, mana nak masak. Last2 sepanjang tempoh berpantang, tunggu je suami bawak balik makan. Rumah pulak sebelum dan selepas hubby balik sekolah dia kemaskan. Kerja aku jaga anak je.. seronok la kejap. Pastu terfikir sampai bila.. xsyok la macam nie, at least tugas masak tu aku kena buat..

Maka sedikit demi sedikit, aku mula belajar mengadjust masa. Masa baby baru 2 bulan lebih, banyak ari jugak la kantoi. Kantoi yang bermaksud kami masih makan kedai @ pasar malam or mak mertua aku bekalkan. Dalam ati tetap tekad nak masak tuk suami, pastu pulak fikir, lagi beberapa bulan baby pulak nak kena prepare makan. Bertitik tolak dari situ, aku semakin pandai menyesuaikan diri.

Sekarang nie aku berbangga dengan diri aku sendiri!!. Pagi tadi misalnya, boleh buat sarapan tuk suami, boleh buat bekal tuk anak, dan last sekali bekal tuk diri sendiri. Sebenarnya minggu nie aku berjaya bersarapan hasil dari tangan aku sendiri. Takde menyinggah mana2 kedai. Hooreyy..

Sosej bersayur tuk ayah..

Bubur nasi bersama labu tuk anak..

Mee goreng tuk ibu..