Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 31, 2012

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

 

1. Tidak mengambil sarapan pagiApabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
 
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
 
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!

Tuesday, October 30, 2012

aIDILAdha 2012

Aidiladha tahun nie sepatutnya kami beraya kat kelantan. Memang turn raya sana this year. Tapi disebabkan nak neutralkan balik turn raya yang berkecamuk tahun lepas, so terpaksalah tahun nie beraya di sini. Insyaallah pasni ikut giliran sepatutnya, xde nak ngelat2 lagi..


Baju raya sebelum disarung..hihi


Baju raya selepas disarung..hoho

Tahun nie satu ekor lembu kami sekeluarga korbankan. 7 bahagian iaitu Angah, Sue, Qistina, Wahida, Syahida, Wani, Faqih.. semoga ibadat kami diterima dan diberkati.. 

Tuesday, October 23, 2012

i MaDe It..

Bg sy..suami yg beristerikan wanita yg menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu lebih menghargai pengorbanan seorg IBU..trust me! kerna dia saksi kepayahan dan betapa besarnya pengorbanan sorg ibu tak kira sama ada bekerjaya atau tidak dlm memberi yg terbaik utk benih cintanya..ini yg cuba sy sampaikn pd masyarakat..terutama di awal kelahiran, walau masih dlm keletihan bersabung nyawa utk melahirkn seorg manusia, si ibu akn ttp setia bersengkang mata dan bangkit mengenyangkn si anak yg kelaparan..sbb tu seperti yg pernah sy katakan menyusukan anak dan memberi susu kpd anak satu perkara yg sgt berbeza walaupun maksudnya seakan sama..kerna melalui susu ibu..kita sbg ibu bkn hanya memenuhi keperluan fizikal anak sebaliknya menyalurkn kasih syg yg tiada tolok bandingnya!!!

Ayuh papa, ayah, baba, daddy sahut cabaran sy utk jd sorg manusia yg menghargai sorg IBU dgn memberi sokongan yg kuat pd kekasihmu agar memastikn zuriat kalian hanya minum susu ibu dlm tahun pertama kelahiran..

Jom mama, ibu, emak, mummy sahut cabaran su utk jd sorg ibu yg sempurna..tanamkn dlm diri, panjatkn doa pd Ilahi, usaha sehabis boleh, kuatkn semangat diri utk berusaha menyusukn sendiri zuriat kalian..percayalah kalian juga mampu melakukannya..satu hari nanti kalian pasti tersenyum bangga bile melihat perkenbangan si anak yg cergas dan cerdas..ya kalian berhak berbangga kerna setiap daging dan titis darah yg mengalir dlm tubuh mereka merupakan hasil sepenuhnya dr titisan emas bernama SUSU IBU!

1 Tahun 1 Bulan 15 Hari

Genap 1 Tahun 1 Bulan 15 Hari bersamaan 9 October 2012, anakanda tercinta AHMAD FAQIH HILAM BIN MOHD DIAH mula berjalan. Berjalan yang bukan bertatih yea, tapi terus berjalan laju macam ada orang kejar dia..hihi


Maka berakhir lah penantian kami selama nie iaitu nak tengok faqih berjalan. Sebelum rasa stress jugak bila terdengar dan melihat sendiri rakan sebayanya malah lebih muda dari dia da boleh berjalan. Ditambah lagi dengan setiap pertanyaan 'da berjalan belum' setiap kalu bertemuan dengan orang..

Da meniarap, da merangkak, da berjalan, da bercakap.. lepas nie apa yea??? Kita tunggu dan lihat saje, n hope develop according to his actual ages..

Alhamdulillah.. syukur pada ALLAH.

Thursday, October 11, 2012

Doa

Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia (Nur Suriani binti Samsuddin). Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.

Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.

Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.

aku redha dan aku berserah

Wednesday, October 10, 2012

Hanya PadaMU Aku Bermohon

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Aku mohon padaMU YA ALLAH..
Sabarkanlah dan tetapkan lah hatiku..

dan..

Kalau ini percaturan hidup yang telah ENGKAU tetapkan untukku..
Tabahkanlah hatiku YA ALLAH..

dan..

Kalau setakat ini sahaja jodohku dengan NUR SURIANI BINTI SAMSUDDIN..
Aku terima YA ALLAH..

cuma..

Aku pohon KAU kuatkanlah hatiku YA ALLAH..
Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMU YA ALLAH..
Sesungguhnya YA ALLAH..

Aku amat menyayangi kedua mertuaku dengan sepenuh raga..
Aku amat menyayangi kesemua adik2 iparku sepenuh jiwa..

Satukanlah kami sehingga keakhir hayat YA ALLAH..

Jauhkanlah kami dari sengketa  dan perbalahan dan salah faham..
Jauhkanlah kami dari hasad dan dengki..

Amin Ya Rabbal alamin..

Friday, October 5, 2012

Maggi Pattaya

Yesterday i make express maggi pattaya for my hubby. Enjoy.. see the picture
 yay!!

Maggi Pattaya Express
How to make this dishes?? very easy..