Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Adab

Sedari kecik
Dihantar ke sekolah.
Supaya jadi hamba Allah yang bertaqwa.
Supaya jadi org cerdik pandai.
Supaya tahu adab dan resam.

Sayangnya diusia aku skang 32++ aku dilabel xde adab hanya kerana xpulang tupperware kat tgn tuannya sdri tp melalui orang lain.

Tuesday, December 24, 2013

Azam 2014


Cepatnya masa berlalu..

Bulan demi bulan rasa cepat sangat..

Now da end of December..

Azam tahun lepas:

1)      Nak put down weight smpi 65kg – SUCCESS

Azam tahun 2014:

1)      Nak mengimarahkan surau taman aku. Nak ajak suami n anak aku berjemaah di surau. Kalau hajat yang nie tercapai terasa lengkap la hidup aku sebagai mukmin sejati.

2)      Nak put down weigt 60kg. Rasanya bole kalau bersambung dengan bulan puasa nanti. Sbb biasanya memang sebulan bulan puasa tu aku berat aku leh turun 5kg. Wish me luck!

3)      No 3 nie berkait ngan bulan 2 jugak. Nak menambah ahli keluarga akan anak. Doakan aku jua yea. Sebab berkait adalah hormone aku nie berkait ngan berat badan aku. Pendek cite kalau berat normal aka kurus senang la aku nak SUBUR.kahkahkah.

4)      Nak maintain and expend kan biz online aku. So far bole la wat cover duit overtime yang aku tak claims skang. Tak claims ot maknanya masa bersama keluarga BERTAMBAH. I loike spend more time with my small families!

5)      Nak pegi kursus pendidikan awal kanak2. (Yang nie perlu more meeting ngan my darling J)

Ya Allah Tuhan Semesta Alam.

Sesungguhnya Hambamu ini selalu meminta2.

Kurniakanlah kami jalan yang lurus menuju keredhaanMU.

Bimbinglah kami menjadi HAMBAMU yang sejati demi mengejar SYURGAMU.

Monday, December 23, 2013

MERAJUK

Arini aku nak nulis pasal aku merajuk. Merajuk ngan bukan calang2 orang tau. Orang yang aku sayang222. Mak Mertua aku daaa..
 
Jarang yea aku nak merajuk ngan mak nie. Biasa aku terima je gurau senda dorang. Ntah ngape arini sentimental value aku tinggi plak. Sampai menitis air mataa..hahaha.
 
Cerita nya berkait dengan kek nie:
 
 
Meh aku cerita pasal kek nie dulu. Alkisahnya semalam adik ipar aku celebrate 7th anniversary dorang. Pahtu buat la makan2 sikit anak beranak bertemakan seafood. Pahtu kek pulak ditaruknya nama kami sekali. Dah nama pun seafood kan, aku pun apalagi taram la banyak22 seafood tu smpi untuk kek pun dah xde space. Nak mintak tapau rasa malu n tak patut yang amat sbb xkuar se sen pun tuk event nie.
 
Ingatkan malam tadi nak datang balik makan kek, sekali diberitakan dorang nak outing la pulak jadi pospone la semangat nak makan kek bahagian aku tu pagi nie.
 
Jadi pagi nie sesampai je kat sana dengan semangat yang berkobar2 nya aku pun dengan selamba nya bukak peti ais dorang macam peti ais umah aku kerna nak makan kek punya pasaiii..kahkahkah.
 
Sekali dengan niat bergurau mak mertua aku sound kek tu da diasing. (Dalam kepala otak aku mcm xde dah la bahagian aku.. da abis.. aku da xleh makan.. yang aku nampak ada tu untuk orang lain). Masa tu terus tersentap, otomatik tgn aku stop dari dok kais2 saki baki kek kat ateh pelapik dia. Terus aku blah dari rumah tu, tapi sempat salam ngan hubby aku. Aku takut kalau aku tunggu ada mata yang sempat melihat airmata di pagi hari nie..kwang2222
 
*Nota bulu kaki..
(Sesudah sampai di opis aku baru terfikir mungkin mak mertua aku da siap asingkan untuk aku. Sbb masa nak masuk kete tadi hubby aku ada nak hulur satu tupperware berisi kek, tapi masa tu hati aku tgh sakit, jadi i'm juz say i don't want, nnti tengahari kang saya makann).
 
Now aku stress nunggu lunch hour nak balik makan kek tuuuu..

TALI PUSAT KE SUSU IBU

Jong sarat kain bertulis,
Pakaian Raja Bugis Makassar
Di Loh Mahfuz sudah tertulis,
Janji tidak dapat ditukar.

 Sesungguhnya sebagai orang Islam kita percaya kepada qada’ dan qadar. Allah memberikan kita ketentuan cuma Allah tidak bukakan maklumat itu untuk kita ketahui lebih awal. Tujuannya supaya kita tidak mudah berputus asa dengan ujiannya. Allah juga tidak menyuruh kita berserah dan bergantung kepada nasib semata-mata, walaupun semua itu sudah tertulis seperti yang diungkapkan di dalam pantun di atas.

Allah sentiasa memberikan kita rezeki pada setiap saat. Itulah kasih sayang Allah. Cuma kita tidak sedar dan adakalanya rezeki itu tidak kelihatan. Rezeki seringkali dilihat hanya yang berbentuk material.

Apabila kita dapat makanan, kita namakan rezeki.

Apabila kita dapat imbuhan dalam bentuk wang, kita namakan rezeki.

Apabila mendapat wang yang tidak disangka-sangka, kita namakan rezeki terpijak.

Pendek kata, ada banyak cara rezeki masuk ke dalam kehidupan kita. Namun, bukan itu sahaja yang dinamakan rezeki.

Wang itu sebahagian daripada rezeki, tetapi rezeki itu tidak semestinya di dalam bentuk wang. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Hakikatnya, wang juga mungkin datang bukan sebagai suatu rezeki tetapi merupakan suatu ujian kepada kita. Ramai antara kita yang menganggap musibah, tragedi dan sesuatu yang mengecewakan itu sebagai ujian sehingga kita lupa bahawa sesuatu yang tidak berpihak kepada kita juga merupakan suatu rezeki.

Bagaimana hendak membezakan yang mana rezeki dan yang mana ujian? Pada saya, mudah sahaja. Berbaik sangkalah kepada Allah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu mengapa sesuatu perkara itu terjadi kepada kita dan mengapa kita mesti mengalaminya. Lihatlah kehidupan ini dari sisi yang positif sepanjang masa.

Kembali kepada soal rezeki, tidak semestinya apabila kita memegang jawatan tinggi bererti rezeki kita besar. Ya, mungkin kita mendapat wang yang banyak, iaitu imbalan kepada tanggungjawab tinggi yang mesti dilunaskan. Persoalannya, apabila Tuhan memberi rezeki, Allah akan tanya nanti : apa yang kita buat dengan rezeki yang banyak itu?

Masih ingatkah kepada kisah Nabi Musa dan tongkatnya? Ketika Allah bertanya, wahai Musa, kamu sedang bersandar pada apa? Jawabnya, “Aku sedang bersandar kepada tongkat ini, ya Allah.” Tuhan menegur Nabi Musa, mengapa kamu bersandar kepada sesuatu yang tidak kekal?

Ya Allah, teguran itu seharusnya menjentik jiwa kita juga. Seringkali kita bersandar iaitu bergantung kepada sesuatu yang bersifat sementara. Kita terlupa bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih kekal, iaitu Allah SWT.

Ingatkan kembali kisah Nabi Musa itu. Sewaktu Nabi Musa dikejar oleh tentera Firaun dan ketika baginda terperangkap antara tentera dan Laut Merah, Allah telah memerintahkan Nabi Musa membelah laut menggunakan tongkat yang sama.

Nah, apakah iktibar daripada kisah ini? Allah telah mentarbiah Nabi Musa supaya menggunakan tongkat itu sebagai alat untuk baginda dan umatnya menyelamatkan diri dan meneruskan kehidupan. Namun, jangan sesekali bergantung seratus peratus kepada alat itu. Usaha tetap usaha. Allah memerintahkan Nabi Musa memukul Laut Merah dengan tongkatnya. Bukanlah duduk termenung tepi laut tanpa melakukan apa-apa. Allah hanya akan menolong sesiapa sahaja yang menolong dirinya terlebih dahulu.

Usaha.

Doa.
Tawakkal.

Demikianlah kita dengan wang dan rezeki. Wang itu boleh jadi suatu ujian yang memporak peranda kasih sayang dan persahabatan. Adakalanya kita lebih banyak bergantung kepada Allah SWT pada saat kita tidak memiliki apa-apa. Tautan kepada tali Allah itu terasa amat akrab! Saat kita terasa bahawa rezeki kita sedang ditarik, yakinlah bahawa Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Ketika kita masih bayi, sebaik-baik sahaja kita lahir ke dunia, sumber rezeki kita yang utama dengan ibu kita diputuskan –tali pusat. Bukankah sesudah itu, kita mendapat susu lazat dari sumur bonda yang dicinta?


Berbaik sangkalah kepada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui!


Terang bulan di pintu kurung,

Cahayanya sampai di daun kayu;

Kalau Allah hendak menolong,

Angin pasang kapal pun laju.

Thursday, December 12, 2013

11/12/13

Cantik kan no tu..

Untuk aku..

Tak secantik mana lah..

Patutnya semalam ke Mahkota Medical Centre mengharapkan kepastian hasil dari medical surveillance hari sebelumnya. Tapi nampaknya kena datang lagi dua minggu untuk kepastian.

Faqih Separate Sleep

Malam tadi kami cuba tido seperate ngan faqih. Masih sebilik tapi asingkan dia tido kat bawah.

Very sporting our son tu, masuk je bilik tengok tempat tido baru terus je amek port tu. Aku yang nengok nie pulak rasa hiba. Dia tido sambil peluk baby pulak tu. Rasa macam dia dah tak sayang aku lagi.

Lepas tu ayah dia masuk tengok anak dia tido bawah, sama jugak macam aku.. PILU.
Last2 aku tengok faqih ada sebelah aku, ayah dia kerekot kat toto bawah. Aiseymann.. kami belum sedia la.. :)

Friday, November 29, 2013

KETURUNAN

keturunan yang baik menghasilkan benih yang baik"

bukan kali pertama aku dengar.
banyak kali.
dari mulut pelbagai orang....
dari orang tua sampai kawan2 sebaya.

kemudian segalanya klik dalam kepala aku.

"sekali anak terlanjur--
tujuh keturunan berjangkit sama"

tolong berhenti.
atas dasar kemanusiaan--
tolong berhenti.

begitu ramai kes yang terlepas dari aku. asalnya mau aku bantu carikan keluarga angkat kemudian tak jadi. digugurkan, diracunkan, dibuangkan.

"anak saya akan dibenci. dia tak ada tempat dalam dunia ini. sebab dia keturunan saya. dan dia akan jadi macam saya."

kawan2, adik2, kakak2, abang2, pakcik-makcik,

kalau IMAN yang sebaik2 perkara itu PUN tak dapat diwarisi--
takkanlah dosa tuhan IZINKAN dibagi2?

anak imam perangai macam iblis-- ada.
anak penyanyi jadi tahfiz-- ada.
anak ustaz buntingkan anak orang-- ada.
anak mak bapak tak pernah sembahyang jadi orang alim-- ada.

25 rasul yang kita wajib tau.
aku boleh terangkan satu persatu kisah yang datang dari nasab tidak elok.

tak payah jauh2.
pergi tanya pengkomen2 dan penyebar2 fitnah di forum sana--
"mak bapak kau keturunan bangsat ke?"

kebaikan dan kejahatan--
adalah pilihan.

Tuesday, November 19, 2013

On Our 9th Anniversary

Marriage is a school where you get the certificate before you start.
A school where you will never graduate.
A school without a break or a free period.
A school where no one is allowed to drop out.
A school which you will have to attend every day of your life.
A school where there is no sick leave or holidays.
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love,
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance,
4. The windows made of understanding.
5. The furniture made of blessings.
6. The roof made of faith.
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be.
Never go to sleep before completing your assignments for the day.
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together.
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school).
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue.
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear.
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day.
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject.
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it.
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all.
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam.
It is you who should attend and it is you who will pass.
Its your choice today:” build it or break it”.

Saturday, November 16, 2013

Sakit lagi

Anaknda beta diduga lg. Demam, batuk, selsema. Tiga tu cukup buatkan faqih collapse. Semalam ingat nak pegi keje, tp ble smpi umah makwe dia, menangis sakan xsmpi ati aku nak tinggalkan. Last2 keje kat opis aku tinggalkan.

Tuesday, November 12, 2013

OTAK PENAT

Nak pegi Bandar Baru Klang ..nak jenjalan kat AEON Bukit Tinggi Shopping Centre .. pahtu nak makan kat Big Plate Restaurant .. pahtu sambung jenjalan kat SACC Mall.. pahtu rehat2 kat umah Lailatul Akhmar Zainuddin.. melampau tak permintaan nie Mohd Diah Zainuddin.. **Otak penat nak rehat!

Wednesday, October 30, 2013

Kepada Pelanggan yang dihormati, TAHNIAH!

Kepada Pelanggan yang dihormati, TAHNIAH kerana anda telah menjadi sebahagian daripada berjuta-juta orang yang telah mengubah cara pembelian kepada Online.

Tidak ada kesesakan lalu lintas.
Menjimatkan wang minyak kenderaan.
Tidak ada masalah parking.
Tidak perlu mengheret barang kesana dan kesini.
Tidak perlu beratur atau menunggu untuk membayar.

Saya sayang awakkk


Awakkk..
Saya sayang awakkk
Sayang saya macam mula2 kita kenal erti kasih saying sepasang kekasih
Bertambah2 sayang bila kita complete kan each other.
TAPI..
Jangan Tanya saya ‘saya saying awk ke tak’ masa kita gaduh yea..
Sebab..
Dah sah2 jawapannya ‘takkkk’ ekekekk…
Saya menulis nie pasa hari ke-3 awak tinggalkan kami..
Hari nie awak akan kembali ke rumah..
Welcome home abang...
Thank you for the past
Thank you for yesterday
Thank you for the future
We Love You!

Thursday, October 24, 2013

Our 9th Weddings Anniversary

Marriage is a school where you get the certificate before you start.
A school where you will never graduate.
A school without a break or a free period.
A school where no one is allowed to drop out.
A school which you will have to attend every day of your life.
A school where there is no sick leave or holidays.
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love,
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance,
4. The windows made of understanding.
5. The furniture made of blessings.
6. The roof made of faith.
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be.
Never go to sleep before completing your assignments for the day.
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together.
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school).
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue.
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear.
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day.
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject.
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it.
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all.
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam.
It is you who should attend and it is you who will pass.
Its your choice today:” build it or break it”.

Sunday, October 20, 2013

Qurban

Tahun ni smbt raya haji kat kelantan. Amek satu bahagian qurban.

Betul2 ikut sunnah. Kami mkn daging qurban betul2 amek rasa je. Xde selera walau daging goreng kunyit, tulang masak singgang mmg pujaan hatiku!

Dugaan

Dugaan dibulan zulhijjah. Bermula dgn faqih demam sebelum raya dan masih kat melaka masa tu. Balik kelantan sambung lagi diikuti dgn muntah2 pulak smpi otway nak blk melaka pun aku bermandi muntah faqih smpi 3x salin bju kat jalanan.

Ayahnya pulak raya pertama kena selsema smpi skang on off demam.

Aku pulak dah mula selsema pg smlm. Bersin smpi terkencing dlm suar!

Didoakan aku, suami dan faqih kembali sihat spt sediakala yea uols. Al fatihah.

Befday Ahmad Faqih Hilman

Masya Allah, busy nya aku! Baru nak update cite ttg befday faqih. Jom layan gambar je la. Dah xkuasa nak menaip kat tipon neh! Huhu

Teat avent vs ok baby.

Arini aku wat eksperiman untuk puting susu faqih. Sbbnya susah dan mahei beno teat avent yg bese faqih pakai nie. Regenya RM23 satu set.

Tadi p terco ternampak teat ok baby. Mcm sama je ukurannya. Ku cuba amek satu. Rege baru RM6.90 satu set. Kalau xngam nnti leh la letgo kat group. Wakakakaa

Mula2 smbg kat gelung teat, ok ngam. Kedian, masukkan air dlw botol pahtu letakkan gelung dan goncang. Mcm yg di duga, SUCCESS wehhh!

Lps nie mmg dah xbeli teat avent tu. Beli yg ok baby je. Selain murah, teat dia nmpk lagi jernih tau. Pahtu lembut lak utk sicomel kita nyoyot! Moh try mummy2 sume!

Biz

Dah lama aku nak bercerita ttg hobi baru aku nie. BIZ.

Mula pada 5 sept 2013 smpi lah skang date aku menulis post nie.

Mula tu senyap2 tnpa pengetahuan suami. Bukan tkt dia marah tp takut digelakkan sbb aku nie bukan kaki bisnes. Tak suka bisnes. Mmg pekerjaan terakhirlah kalau xde keje lain kat dunia nie.

Minat aku bermula semasa diangkat menjadi admin kat satu group letgo brg preloved kat fb. Mula dgn jual bju2 terpakai faqih, aku jadi seronok tgk buyer tt kan duit kat akaun bank.

Satu hari tu owner group tu postkan sedang mencari dropship untuk satu makanan sunnah. Aku berminat sbb kejenya hanya upload kat fb pastu kalau ada orang ndak inform je budak ni lepar tt kan uit. Soal penghantaran brg2 sume dorang uruskan.

Bermula dari situ lah minat aku bercambah. Skang aku nak fokuskan untuk barang2 bb spt pymajas, bb suit, bb shirt, shous, rocker dsbnya.

Perancangan kedua untuk cuti persekolahan nnti, nak lantik somiku jadi dropshiper baju jersey. Dia da tunjukkan minat tu. Aku pohon Allah permudahkan dan capaikan cita2 aku nie. Aminnn.

Tuesday, October 1, 2013

Surat untuk sue..

Assalamualaikum..

Apa khabar sue saat ini?!

Tentunya sue sedang berduka lara kan.. Di kejauhan ini, hanya doa yang mampu kak kt panjatkan moga2 segala belenggu dan masalah yang membelit sue dan angah saat ini terurai dengan smooth. Hendak menalipon, bimbang makin menambah masalah, dan dikata mengambil kesempatan pula.

Kehadiran orang ketiga dalam hidup berumahtangga amat2 kita semua kaum wanita hendak menjauhinya. Namun, jika kita dipilih untuk menjadi salah satunya, ambiklah ia sebagai dugaan yang harus kita terima dengan hati yang terbuka. Sikap menyalahkan antara satu sama lain saat ini tidak relevan rasanya. Baiklah masing2 melapangkan dada dan selesaikan sendiri tanpa campur tangan orang tua.

Cukup2 la kita menyusahkan mereka membesarkan kita sedari kecil. Cuba atasi permasalahan sendiri. Kerana rumahtangga kita, kita yang membinanya. Tanggungjawab kita untuk mengemudinya macamana.

Thursday, September 26, 2013

LAMA

Lamanya aku xhapdate blog. Kekurangan masa la wehh. Ada benda baru saya buat aka terlibat buat masa ini. Semuanya akan saya ceritakan satu persatu bila ada masa lapang nanti. Just nak buat list takut2 terlupa semuanya. Atleast ada list sebegini bole mengingatkan saya mana2 yang dah terlupa..

1) Befday Anaknda
2) Befday Kanda aka Suami
3) Biz online
4) Side Income

Tuesday, September 10, 2013

Qaseh Gold & Sole Baik Untuk Ibu Mengandung




ANDA SEDANG MENGANDUNG..??
Lemah dan tidak bertenaga??
Sedang mengalami ‘morning sickness’??
Mencari produk yg boleh membantu tumbesaran bayi yang dikandung??
Paras HB (hemoglobin) rendah??

Dapatkan QASEH GOLD ADINDA – Formulasi Makanan Sunnah SEKARANG!
Khasiat QASEH GOLD ADINDA Untuk Ibu Mengandung:
Membantu menguatkan sistem PERTAHANAN badan (sistem imun).
Membantu mengurangkan 'Morning Sickness' (alahan ibu mengandung).
Membekalkan TENAGA yang berpanjangan.
Merangsang penghasilan SUSU IBU yang banyak sejak dari mengandung.
Melawaskan masalah PEMBUANGAN yang dialami wanita mengandung
Membantu TUMBESARAN otak bayi dalam kandungan.

==>Wanita mengandung sangat perlu menitikberatkan pengambilan asid folik. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

==>Qaseh Gold Adinda yang diperkaya dengan makanan-makanan sunnah seperti Kurma dan Delima memenuhi bekalan asid folik yang diperlukan ibu mengandung setiap hari.

==>Zat Besi sangat penting untuk wanita mengandung. Kekurangan zat besi menyebabkan paras Hemoglobin menjadi rendah (kekurangan sel darah merah) atau dikenali sebagai Anemia. Qaseh Gold Adinda sangat kaya dengan unsur zat besi.

==>Qaseh Gold Adinda membekalkan prebiotic (makanan kepada probiotik) semulajadi dari Gam Arab.

==>Qaseh Gold Adinda Juga mengandungi 'potassium' yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung.
KANDUNGAN:
Madu
Kurma
Habatus Sauda’
Buah zaiton
Buah Tiin
Delima
Air Zam-zam
Gam Arab(prebiotic semulajadi)
Diadunkan dengan herba tradisi seperti Za’faran, Ginkgo & Sireh
Juga Herba Khusus untuk wanita Passiflora, Pegaga & Manjakani
PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN
100% HALAL (Produk Bumiputra ISLAM)
IMP - Islamic Manufacturing Practice

**Qaseh Gold Adinda boleh diteruskan selepas melahirkan.Malah sangat baik untuk ibu yang menyusukan kerana QGA membantu melancarkan pengeluaran Susu Ibu.
 
Harga: RM70.00 Postage: RM9.00

Telefon/sms/ wassup: 013-3817980
Facebook: Timeline: facebook.com/raja.jusoh

QASEH GOLD JUNIOR (430ML)


Qaseh Gold Junior untuk permata cinta hati anda!

Formulasi makanan Sunnah seperti:-

1. Kurma

2. Madu

3. Kismis

4. Tiin

5. Zaitun
6. Delima
7. Habbatus sauda'
8. Air zamzam
9. Gingko
10. Badam

11. Garam Bukit
12. Bayam
13. Za'faran

14. Gam Arab
15. Pegaga (Centella)

Antara Khasiat & Kebaikan UTAMA Qaseh Junior:-


1. Membantu meningkatkan TENAGA,

2. Mencerdaskan, merangsang MINDA,
3. Menyokong TUMBESARAN,
4. Menguatkan SISTEM IMUN TUBUH,
5. Membekalkan SERAT-menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit.
INSYAALLAH!

Dapatkan Qaseh Gold Junior utk permata hati anda serta Qaseh Gold Adinda & Kekanda sebagai pelengkap seisi keluarga anda!

Harga: RM60.00 Postage: RM9.00

Telefon/sms/ wassup: 013-3817980
Facebook: Timeline: facebook.com/raja.jusoh

Friday, August 23, 2013

Hajah Nik Som binti Raja Sarih (1924-2013)

Petang raya pertama bersamaan 8 August 2013, nenek saya pergi meninggalkan kita semua menemui penciptaNya. Al-fatihah untuk Hajah Nik Som binti Raja Sarih. Berusia 89 tahun, Alhamdulillah dihari baik malam Jumaat pula, nenek yang kami gelarkan 'chek' meninggal pada pukul 8.30 malam.

Aku dapat tahun tentang pemergian chek daripada kak ngah aku. Masa tu aku baru je sampai ke rumah mak ngah (mak sedara suami sebelah ayah). Biasa kalu berjalan kat rumah baru aku check telefon, segala bunyi sms n panggilan aku biarkan, tapi malam tu, bole pula tengah makan2 sekut raya, datang rajin nak check tefon. Tengok2 ada 10 miss call dari kak ngah.

Entah kenapa, dapat je tahu tentang pemergian chek, hati aku melonjak nak balik kelantan, nak tengok wajahnya buat kali terakhir. Mulanya banyak jugak halangan dari 'sini'. Kononnya jalan kat karak jammed teruk la, pastu ada pulak kata kalu balik pun belum tentu dapat jumpa la, hari dah malam la, bahaya katanya. Tapi Alhamdulillah lepas 'meeting' berdua dalam kereta, kata sepakat diperolehi. Kata suamiku, kalau kini dia berada ditempat aku, menerima berita pemergian neneknya semasa sedang beraya di kelantan, dia pun akan bergegas balik macam yang kami sepakat lakukan sekarang.

Balik la kami malam tu, bertolak dari Melaka pukul 11.00 malam, sampai kat senawang, suami da xleh drive sbb mengantuk. Nak stop kat R&R mata aku tak mengantuk, last2 aku amik keputusan tuk sambung perjalanan kami sementara suami aku lelapkan mata kejap. Sampai kat tol sungai besi lepas bayar tol, dia terbangun. Stop tukar driver lagi. Sampai kat highway karak, kete xbanyak pun. Syukur lagii..Dan kami selamat sampai kampung pukul 5.00pg. Cukup 6 jam perjalanan. Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah.. syukur sangat2.

Balik yang sungguh bermakna, bukan aje dapat tengok wajahnya buat kali terakhir malah dapat mandikan dan kapankan dia sekali. Walau airmata macam air hujan dimusim tengkujuh xmo benti, aku berjaya juga manfaatkan kepulangan aku kali nie. PUAS rasanya. Tapi xdapat tengok jenazah waktu dimasukkan ke liang lahad, sebab faqih tetiba demam panas.

Balik dari kubur bergegas kami bertiga ke klinik 24jam. Demam faqih 39'c. OMG..Lepas tu pergi pulak stesen KTM, tukar tiket ketapi. (nnti aku cite pasal tiket ketapi nie). Balik ke rumah bergilir dukung faqih, cik abang kecik nie xmo dok langsung! Bertuah punyer budak.. Petangnya cik yam (adik ma @ chek meninggal kat rumahnya) datang, ajak kami ke perak esoknya tuk majlis bertunang nik mat anaknya. Kami surrender wehh, ponatt tak terkate.

Paginya bertolak balik melaka jam 5.00pg, sbb kuar sekali ngan rombongan ke perak. Maka rekod peribadi kami tercipta lagi, hanya 24j ada dibumi Cik Siti Wan Kembang! Syiokkk

Tuesday, August 20, 2013

Pedoman

...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin.

Wednesday, July 31, 2013

Medivest IFTAR 2013

Tahun nie Medivest Iftar diadakan di Philea Resort & Spa Ayer Keroh.
 

Ikutkan HANYA pekerja sahaja diinvite. Wajib pulak tu. Tapi aku ngan sis kat opis nie deal sdri ngan hotel nie mintak satu meja tambahan untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. Rege dewasa 72++, kanak2 40++. Maheeeeeeeeiii ya amatt. Tapi xmo pandang tu sume, sbb kalu xbawak family, nak makan sensorang pun xlalu. Lepas tu pulak sian pada yang ditinggalkan, berbuka sorang2.

Tak dapat nak amek gambar pun, sbb dok hadap makanan. Sampai lak ngam2 pukul 7, nak register bagai lagi, sib baik sempat amek makanan. Nie pic ehsan bebudak opis, amek kat fb dia. hehe


Friday, July 26, 2013

By belia benci dedah aurat

Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku,
yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, bila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.