Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 24, 2013

Cuti JEREBU

Hari ni seluruh sekolah di Selangor, Wilayah dan Melaka  dapat cuti peristiwa.. Keadaan jerebu sangat kritikal so PM nasihatkan sekolah ditutup.. jadi anak-anak sila duduk rumah diam-diam.. bukan pegi jenjalan sana sini ok?
Orang umah aku yang bercuti arini pun xmo jaga anak. Bila da tengahari baru message:

pelayaran king khadijah

Nie yang buat saya sayang sayang sayang sayang awak nie..heeeeeeeeee
 
Sebab PM tak bagi cuti kat orang tua macam haku.. so kenalah jugak masuk office.. masuk office rasa tenang je.. sebab kena aircond kan.. sejuk jer.. rasa nak amik bantal sambung tido.. heheh..

Thursday, June 20, 2013

Meja Kerja Baru

Nie meja kerja baru aku aka tempat aku siapkan homework..


 
Tempat lama masih ada, tapi terpaksa ditinggalkan sebab econ dlm bilik tu buatkan bil letrik kami cecah RM100.00++ bulan nie..heeee
 
Mana tak tingginya, dalam bilik tu econ pakai 1.5 kose kuda. Pakai lak dari kul 8.00pm hingga 5.00am. Nak set timer, remotenya ntah kemana, penangan anak2 buah aku datang ritu. Jadi bilik lama nie kekal jadi bilik tetamu. Tidak akan dikacau lagi. Tapi rasanya bulan pose nie kena guna balik bilik nie, sebab nak buat biskut raya. Memandangkan lokasinya kat ground floor, senang nak pantau tido faqih. Kalu menangis pun leh dengar, kat sebelah dapur tu je.
 
Tempat baru nie kose kuda econya hanya 1.0 je. Lokasi tempat baru nie pulak dalam master bed room. Senang sambil kerja boleh pantau pergerakkan 'budak' berdua tu tido. Haha..
 
Atas meja tu kalau perasan ada set speaker. Sebabnya sebelum kedatangan meja nie, speaker tu memang ada kat situ. Tapi atas lemari. Sebenarnya lokasi meja baru nie tempat kami letakkan almari tuk letak speaker dan laptop tuk tonton wayang. Nah sekarang walau almari dah berganti ngan meja, kena kekalkan jugak speaker tu tuk kami menonton wayang nanti. Nie sume atas permintaan 'rakan kongsi' aka my hubby. Dia kata bole nak alih almari tu, tapi speakernya kekalkan. Sebab hobby kami menonton wayang kat rumah masih bersisa, walau sudah ada 'pengacau' sekarang nie. Hahaha..

Wednesday, June 12, 2013

Pumping

Emmm.. heaven ker bila da tak mengepam nie??

Bole laaa..

Time mengepam dulu2.. selalu nengok jam, 9.30am, 12.30pm dan 4.30pm.

Tu sume waktu2 mengepam saye la tu..

Nak bekpes pun xsenang selagi xpum.

Skang da tak mengepam, masa2 tu sume saya isikan dengan wat keje2 Overtime.

Keje overtime yang sepatutnya saya settlekan kat rumah, saya sudahkan kat opis separuh2. So that kat rumah xde la asyik mengadap keje je, anak pun mintak dibelai juge. Lebey2 lagu sudah pandai bercakap sekarang. Kalu tengah buat keje pun, kalau dia memanggil, memang saya tinggalkan keje2 tuk datang kat dia. Tu belum ayah dia panggil lagi, memang saya baling je keje2 tuuuu..hhihihi.

Monday, June 10, 2013

Stop PUMPING

Arini sedeyy datang opis tanpa beg pum.

emmm.. sayu je rasa hati.

rasa nak pulang je amek.

Tekad dihati dah malas dah nak mengepam, nak bagi direct je.

TAPI..

da in the line, rasa sedey yang teramatt..

Nie baru bercerai susu dengan pum nie, belum lagi bercerai susu dengan faqih..

Ya ALLAH tabahkanlah hatiku..

Tunjukkanlah aku jalan yang kau redhaii..