Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Monday, December 30, 2013

Adab

Sedari kecik
Dihantar ke sekolah.
Supaya jadi hamba Allah yang bertaqwa.
Supaya jadi org cerdik pandai.
Supaya tahu adab dan resam.

Sayangnya diusia aku skang 32++ aku dilabel xde adab hanya kerana xpulang tupperware kat tgn tuannya sdri tp melalui orang lain.

Tuesday, December 24, 2013

Azam 2014


Cepatnya masa berlalu..

Bulan demi bulan rasa cepat sangat..

Now da end of December..

Azam tahun lepas:

1)      Nak put down weight smpi 65kg – SUCCESS

Azam tahun 2014:

1)      Nak mengimarahkan surau taman aku. Nak ajak suami n anak aku berjemaah di surau. Kalau hajat yang nie tercapai terasa lengkap la hidup aku sebagai mukmin sejati.

2)      Nak put down weigt 60kg. Rasanya bole kalau bersambung dengan bulan puasa nanti. Sbb biasanya memang sebulan bulan puasa tu aku berat aku leh turun 5kg. Wish me luck!

3)      No 3 nie berkait ngan bulan 2 jugak. Nak menambah ahli keluarga akan anak. Doakan aku jua yea. Sebab berkait adalah hormone aku nie berkait ngan berat badan aku. Pendek cite kalau berat normal aka kurus senang la aku nak SUBUR.kahkahkah.

4)      Nak maintain and expend kan biz online aku. So far bole la wat cover duit overtime yang aku tak claims skang. Tak claims ot maknanya masa bersama keluarga BERTAMBAH. I loike spend more time with my small families!

5)      Nak pegi kursus pendidikan awal kanak2. (Yang nie perlu more meeting ngan my darling J)

Ya Allah Tuhan Semesta Alam.

Sesungguhnya Hambamu ini selalu meminta2.

Kurniakanlah kami jalan yang lurus menuju keredhaanMU.

Bimbinglah kami menjadi HAMBAMU yang sejati demi mengejar SYURGAMU.

Monday, December 23, 2013

MERAJUK

Arini aku nak nulis pasal aku merajuk. Merajuk ngan bukan calang2 orang tau. Orang yang aku sayang222. Mak Mertua aku daaa..
 
Jarang yea aku nak merajuk ngan mak nie. Biasa aku terima je gurau senda dorang. Ntah ngape arini sentimental value aku tinggi plak. Sampai menitis air mataa..hahaha.
 
Cerita nya berkait dengan kek nie:
 
 
Meh aku cerita pasal kek nie dulu. Alkisahnya semalam adik ipar aku celebrate 7th anniversary dorang. Pahtu buat la makan2 sikit anak beranak bertemakan seafood. Pahtu kek pulak ditaruknya nama kami sekali. Dah nama pun seafood kan, aku pun apalagi taram la banyak22 seafood tu smpi untuk kek pun dah xde space. Nak mintak tapau rasa malu n tak patut yang amat sbb xkuar se sen pun tuk event nie.
 
Ingatkan malam tadi nak datang balik makan kek, sekali diberitakan dorang nak outing la pulak jadi pospone la semangat nak makan kek bahagian aku tu pagi nie.
 
Jadi pagi nie sesampai je kat sana dengan semangat yang berkobar2 nya aku pun dengan selamba nya bukak peti ais dorang macam peti ais umah aku kerna nak makan kek punya pasaiii..kahkahkah.
 
Sekali dengan niat bergurau mak mertua aku sound kek tu da diasing. (Dalam kepala otak aku mcm xde dah la bahagian aku.. da abis.. aku da xleh makan.. yang aku nampak ada tu untuk orang lain). Masa tu terus tersentap, otomatik tgn aku stop dari dok kais2 saki baki kek kat ateh pelapik dia. Terus aku blah dari rumah tu, tapi sempat salam ngan hubby aku. Aku takut kalau aku tunggu ada mata yang sempat melihat airmata di pagi hari nie..kwang2222
 
*Nota bulu kaki..
(Sesudah sampai di opis aku baru terfikir mungkin mak mertua aku da siap asingkan untuk aku. Sbb masa nak masuk kete tadi hubby aku ada nak hulur satu tupperware berisi kek, tapi masa tu hati aku tgh sakit, jadi i'm juz say i don't want, nnti tengahari kang saya makann).
 
Now aku stress nunggu lunch hour nak balik makan kek tuuuu..

TALI PUSAT KE SUSU IBU

Jong sarat kain bertulis,
Pakaian Raja Bugis Makassar
Di Loh Mahfuz sudah tertulis,
Janji tidak dapat ditukar.

 Sesungguhnya sebagai orang Islam kita percaya kepada qada’ dan qadar. Allah memberikan kita ketentuan cuma Allah tidak bukakan maklumat itu untuk kita ketahui lebih awal. Tujuannya supaya kita tidak mudah berputus asa dengan ujiannya. Allah juga tidak menyuruh kita berserah dan bergantung kepada nasib semata-mata, walaupun semua itu sudah tertulis seperti yang diungkapkan di dalam pantun di atas.

Allah sentiasa memberikan kita rezeki pada setiap saat. Itulah kasih sayang Allah. Cuma kita tidak sedar dan adakalanya rezeki itu tidak kelihatan. Rezeki seringkali dilihat hanya yang berbentuk material.

Apabila kita dapat makanan, kita namakan rezeki.

Apabila kita dapat imbuhan dalam bentuk wang, kita namakan rezeki.

Apabila mendapat wang yang tidak disangka-sangka, kita namakan rezeki terpijak.

Pendek kata, ada banyak cara rezeki masuk ke dalam kehidupan kita. Namun, bukan itu sahaja yang dinamakan rezeki.

Wang itu sebahagian daripada rezeki, tetapi rezeki itu tidak semestinya di dalam bentuk wang. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Hakikatnya, wang juga mungkin datang bukan sebagai suatu rezeki tetapi merupakan suatu ujian kepada kita. Ramai antara kita yang menganggap musibah, tragedi dan sesuatu yang mengecewakan itu sebagai ujian sehingga kita lupa bahawa sesuatu yang tidak berpihak kepada kita juga merupakan suatu rezeki.

Bagaimana hendak membezakan yang mana rezeki dan yang mana ujian? Pada saya, mudah sahaja. Berbaik sangkalah kepada Allah. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu mengapa sesuatu perkara itu terjadi kepada kita dan mengapa kita mesti mengalaminya. Lihatlah kehidupan ini dari sisi yang positif sepanjang masa.

Kembali kepada soal rezeki, tidak semestinya apabila kita memegang jawatan tinggi bererti rezeki kita besar. Ya, mungkin kita mendapat wang yang banyak, iaitu imbalan kepada tanggungjawab tinggi yang mesti dilunaskan. Persoalannya, apabila Tuhan memberi rezeki, Allah akan tanya nanti : apa yang kita buat dengan rezeki yang banyak itu?

Masih ingatkah kepada kisah Nabi Musa dan tongkatnya? Ketika Allah bertanya, wahai Musa, kamu sedang bersandar pada apa? Jawabnya, “Aku sedang bersandar kepada tongkat ini, ya Allah.” Tuhan menegur Nabi Musa, mengapa kamu bersandar kepada sesuatu yang tidak kekal?

Ya Allah, teguran itu seharusnya menjentik jiwa kita juga. Seringkali kita bersandar iaitu bergantung kepada sesuatu yang bersifat sementara. Kita terlupa bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih kekal, iaitu Allah SWT.

Ingatkan kembali kisah Nabi Musa itu. Sewaktu Nabi Musa dikejar oleh tentera Firaun dan ketika baginda terperangkap antara tentera dan Laut Merah, Allah telah memerintahkan Nabi Musa membelah laut menggunakan tongkat yang sama.

Nah, apakah iktibar daripada kisah ini? Allah telah mentarbiah Nabi Musa supaya menggunakan tongkat itu sebagai alat untuk baginda dan umatnya menyelamatkan diri dan meneruskan kehidupan. Namun, jangan sesekali bergantung seratus peratus kepada alat itu. Usaha tetap usaha. Allah memerintahkan Nabi Musa memukul Laut Merah dengan tongkatnya. Bukanlah duduk termenung tepi laut tanpa melakukan apa-apa. Allah hanya akan menolong sesiapa sahaja yang menolong dirinya terlebih dahulu.

Usaha.

Doa.
Tawakkal.

Demikianlah kita dengan wang dan rezeki. Wang itu boleh jadi suatu ujian yang memporak peranda kasih sayang dan persahabatan. Adakalanya kita lebih banyak bergantung kepada Allah SWT pada saat kita tidak memiliki apa-apa. Tautan kepada tali Allah itu terasa amat akrab! Saat kita terasa bahawa rezeki kita sedang ditarik, yakinlah bahawa Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Ketika kita masih bayi, sebaik-baik sahaja kita lahir ke dunia, sumber rezeki kita yang utama dengan ibu kita diputuskan –tali pusat. Bukankah sesudah itu, kita mendapat susu lazat dari sumur bonda yang dicinta?


Berbaik sangkalah kepada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui!


Terang bulan di pintu kurung,

Cahayanya sampai di daun kayu;

Kalau Allah hendak menolong,

Angin pasang kapal pun laju.

Thursday, December 12, 2013

11/12/13

Cantik kan no tu..

Untuk aku..

Tak secantik mana lah..

Patutnya semalam ke Mahkota Medical Centre mengharapkan kepastian hasil dari medical surveillance hari sebelumnya. Tapi nampaknya kena datang lagi dua minggu untuk kepastian.

Faqih Separate Sleep

Malam tadi kami cuba tido seperate ngan faqih. Masih sebilik tapi asingkan dia tido kat bawah.

Very sporting our son tu, masuk je bilik tengok tempat tido baru terus je amek port tu. Aku yang nengok nie pulak rasa hiba. Dia tido sambil peluk baby pulak tu. Rasa macam dia dah tak sayang aku lagi.

Lepas tu ayah dia masuk tengok anak dia tido bawah, sama jugak macam aku.. PILU.
Last2 aku tengok faqih ada sebelah aku, ayah dia kerekot kat toto bawah. Aiseymann.. kami belum sedia la.. :)