Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 23, 2014

Banjir 2014

Menurut my mum banjir kali lagi teruk dari tahun 1997.

Masa tu aku form 4. Syiok main air bah. Buat rakit pakai btg pisang, tong drum.

17 tahun berlalu, again banjir besar berlaku. Walaupun rumah aku memang takkan dinaiki air sebab kawasan tinggi, tapi umah kakak ke-2 hanya nampak bumbung!

Pray for them!

Wednesday, December 17, 2014

Aqiqah Athirah Sofea.

Selamat sudah!
Dibuat pada hari ke 21 kelahirannya.
Seekor kambing menjadi korban.
Semoga diterima oleh yang maha Esa.

Suro

Dapat aku makan suro setelah bertahun2 xdpt makan.

Mana taknya, benda ni kan bermusim. Bukan selalu owg buat. Ni pun sbb makcik aku kacaukan ramai2 ngan adik beradik aku.

Melantak smpi kembung2 perut bb!

Hadiah

Hadiah untuk kelahiran kali ni rata2nya BAJU.
Mgkn deme yg bg tu pun tak tahan tgk baju bb girl yg super cute. So far ada lebih 10 pasang. Tgvm uols!

Kne masuk blog ni sbb nak wat rujukan pada masa depan. Supaya bole membalas balik pada yg memberi tu.

My Neber Beg
Cousin Jaja
Cik Wahida
Cik Nor
Pok Sue Lah
Cik Ain
Cik Fatin
Mak Ngah
Tok Yam

Tuesday, November 25, 2014

Tough Job!

Susah betul nak bg nama kat dak tecik ni.

Siap mtk tlg kat adik badik bg cadangan.

Finally my hubby coming with this name:

Nik Athirah Sofea bt Mohd Diah

??

But still not confirmed yet until we register!

My gegirl??

Post by mak cu..

Memang xde keje budak ni.

Cantik lak tu dipakaikan cengitu.

This is:

Ahmad Faqih Hilman bin Mohd Diah.

Friday, November 21, 2014

Succesfull Delivered

Tgk pic dah tau aku kat mana?
Melaporkan dari Aras 3 Katil 26 Hospital Besar Melaka.

Alhamdulillah.
Allahuakhbar.
Allah Maha Besar.

Dengan sepenuh pertolongan dariNya aku selamat melahirkan anak kedua secara normal. Besar sungguh pertolongan Allah padaku seperti yang aku selalu Pinta setiap kali solat.

Aku mula sakit pada jam 5.30 ptg. Masa tu baru smpi kat rumah mak nak amek Faqih. Masa nak melangkah masuk ke rumah mak, kaki aku dah xbole langkah. Sakit kat bawah tu. Lepas relaks kejap aku bole naik dan terus ke dapur. Sementara temankan suamiku makan nasi aku cuba utk makan sekeping keropok. Kunyah sikit je aku da terasa full.

Selesai suami makan kami ke depan berborak dgn adik2 dan mak. Masa tu sakit kali ke 2 datang. Lepas tu lagi kerap. Aku terus je ajak suami balik ke rumah.

Sampai rumah aku terus ke bilik air.

Berak.
Shave apa yang patut.
Mandi puas2.

Aku buat tu sume sambil merangkak. Memang da sakit sgt bila dtg kontraksi tu. Selesai mandi, aku sempat lagi iron seluar dan kemeja suami aku dan kemas sikit2 area atas.

Dah selesai dan turun kebawah, ku cuba berbaring. Tapi xbole. Kontraksi datang bagaikan 5 mnt sekali. Bila azan magrib berkumandang, aku da nekad nak solat jugak walau da terasa sakit sgt. Selesai solat, aku capai surat Yassin. Kuhabiskan juga dalam kesakitan yang semakin kerap tu.

Selesai je, ku suruh suamiku mandi wangi2 dan solat dan selepas tu bergegas ke hospital.

Dalam kekalutan kami terus ke Jabatan Kecemasan. Jam pukul 7.40pm masa tu. Masa tu dah xigt sepatutnya kena terus ke bilik bersalin. Aku ditolak ke sana sementara suamiku ke parkir kereta.

Sampai kat bilik bersalin, sakit yang amat datang betul2 kat pintu masuk dorang. Aku terus dipapah ke bilik pertama.

Check Jalan baru 4cm.
Check Urine.
Salin Baju Pink.

Dan lepas tu amek rekod kesihatan.
Masa dorang amek tu aku dah kesakitan bagaikan dah 7cm.

Melihatkan kesakitan yang aku alami, nurse tempatkan aku kat bahagian check jantung bb. Tapi mesin nya tengah pakai. Maka jadilah aku bahan tanya je kat situ. Tapi dorang pelik tgk aku kesakitan yang amat sangat. Aku ditanya ada ke minum air selusuh? Memang aku xminum pape termasuklah air masak! Tekak aku kering gila! Mintak air pun dorang kata akan bg selepas kenakan drip kat aku.

Dan masa dorang tengah cucuk drip tu sakit yg teramat datang sampai bengkok jarum yg nak dikenakan kat aku. Pastu sorang doc check lg sekali jalan. Dan terus kata FULL.

Aku terus digegas ke bilik bersalin yang sebenarnya sambil kaki cuba dikepit oleh doktor. Sampai dan baring je kat bilik tu suami aku datang. Walau cuba ditahan oleh nurse, aku terus push yang pertama. Xberjaya.

Selepas dibengkok kaki, diajar bernafas aku terus push yang ke-2. Alhamdulillah anak aku dah keluar pada jam 8.30pm.

Tapi bb ada masalah. Dia da termakan najis dalam perut. Terus dihantar ke nursery. Tak sempat aku nak tgk dia lagi. Sampai la skang ni, jam dah tunjuk pukul 2.17am.

Ok, aku tido dulu.
Nnti aku nak cerita tentang pertolongan Allah yang amat besar pada aku arini.

Thursday, November 20, 2014

Like Father Like Son

Mlm td arjuna beta ngan ayah dia make it cheese cake segera. Aku memang mampu tgk je budak berdua ni sepahkan dapo. Nak larang pun takut meleleh air liur budak dlm perut ni sbb ayah dia yang mengidam. Mengidam nak masak sdri lak tu.

Da siap sebiji kek tgk faqih dok terjilat2 besi mixer tu. Tingat mak mertua aku pernah cite mcm tu la ragam hubby aku masa kecik.

Now, anak dia sendiri da menurut..

Monday, November 17, 2014

AFH mengaji

Mengaji ngan makwe je.
Nak hantar ke guru quran betul2 meraung je.
Malas aku dah utk tahun ni.
Cuba tahun 2015 lak.
Dok pening gak ni nak htr mana.

@40 weeks tomorrow

Besok dah 40w.
Cepat gak masa berlalu.
Blm ada tanda bersalin.
Cuma vaginal discharge je.
Cpt nak ke tandas.

*Keep calm*

Bayangkan buah mangga kat pokok. Kalau tarik nak petik, mesti tak dapat. Dia mesti jatuh sendiri kan...

Macam tu dengan baby. Dah cukup perkembangan dia, insya Allah akan keluar sendiri. Tak perlu paksa paksa.

Buat natural inducer- nenas, air kelapa, squat, make love (kandungan air Mani sama dengan bahan untuk induce).

Keyword penting - tenang ""

Saturday, November 1, 2014

Masak campak2

Arini pas kemas umah, peyut rasa lapau. Cik usband lak ber LDP kat ayer keroh. Jadi nak tak nak kena la masak.

Apa yg ada aku terjunkan dlm kuali. Maka jadilah 2 makanan dalam dua pinggan ni.

Ayam masak blackpaper.
Kacang goreng telor.

Thursday, October 30, 2014