Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

First Night at TBS Phase 2

Actually malam semalam lagi kami da cuba tido dirumah baru. Semalam adalah malam kedua. Malam pertama tu biasalah bagi aku kalu tido tak lena. Bukan sebab tempat tu ada 'cerita'. Tapi sebab bertukar tempat tido. So malam tadi more better. Tak macam cik somiku tido kat mana2 pun sama baginya.. tetap maintain tido 'mati'..hehe..

Alhamdulillah set bilik tido king sangat memuaskan hati kami. Berbaloi-baloi.. Dan tugas memasukkan kain baju juga almost done. Tapi tu baru baju cik somiku.. untuk kain baju aku sume masih dalam kotak.. kecuali maternity dress je masukkan kat situ.. mungkin dalam pantang nanti akan masukkan sume baju2 yang berkenaan.

Arini akan tiba perabot jati pula.. tak sabar rasanya memandangkan ini kali pertama kami mmebeli perabot sedemikian.. Hopefully dapat tahan sepanjang hayat!!..hehe..

Friday, June 17, 2011

Antara kehendak dan keperluan

Minggu nie minggu tough untuk kami suami isteri. Kami terpaksa buat pilihan yang tepat untuk kemudahan dan keselesaan di masa depan. Ceritanya bermula bila secara officialnya kami mendapat kunci untuk rumah baru ari sabtu lepas. Selepas budget dibentangkan, kami mendapati savings kami selama ini tak dapat menampung semua keperluan untuk rumah baru.

Aku tanpa berfikir panjang mencadangkan supaya kekurangan tu kami tampung dengan menjual emas yang kami beli selama ini termasuk bongkah emas yang menjadi kesayangan cik somiku. Tapi cik somi tidak bersetuju dengan alasan dia masih ada jalan lain untuk kami selesaikan masalah nie.

Selepas berbincang.. akhirnya kabinet dapur rumah baru idaman aku terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Takpe la kalau itu jalan terbaik yang dapat somi ku buat untuk masa ini. Atleast kami tidak bergolok bergadai untuk penuhi keperluan 'yang tidak perlu' bak kata dia buat masa nie.

Dan yang penting juga duit yang lebih tu dapat kami settlekan sume utang kredit kad selama nie. Semalam juga secara rasminya kami bebas dari segala hutang kredit kad dan kad2 tu jugak sudah dipotong untuk mengelakkan kami 'swipe' diwaktu 'terluang'.. ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH kerana memberi kami petunjuk dan hidayah!!

Saturday, May 21, 2011

Mertua menunaikan umrah

Tarikh Pergi: 13 May 2011
Tarikh Balik: 26 May 2011

Semua adik beradik suami melapangkan waktu untuk hantar mak n ayah ke KLIA. Termasuk jugak ibuku. Terima kasih MA sudi datang untuk hantar besanmu itu..hehe..

Nanti bekerjasama menjaga aku n baby dalam pantang nanti yea...

Rutin harian kami turut berubah, setiap hari kena jengah bebudak bertiga tu.. senang je nak jaga dorang, sume da beso2.. ari bekerja kami tido dirumah sendiri, ari cuti termasuk public holiday kami tido ngan dorang..

Hope mak n ayah mendapat umrah yang mabrur.. dan diterima oleh ALLAH TAALA.

Sebelum berangkat aritu, dah pesan dekat mak n ayah doakan aku senang bersalin dan mendapat baby yang sihat semuanya.. Semoaga ALLAH TAALA makbulkan DOA kami.. AMIN..

Tuesday, April 26, 2011

Persediaan 2

Ada satu malam tu sebelum tidur menyembang ngan cik somiku.. aku tanya nanti anak nak pakai bedak apa..?

Dia kata pakaikan 'simply ct' la.. adoyai.. memang xleh tanya soklan serius kalu time dia ngantuk.. mesti jawapannya melangkaui jangkaan..

Last day for DUPHASTONE

Arini ari terakhir kena amik duphastone yang da aku makan selama lebih kurang 22pregnancy. Ubat nie kena makan 2 kali sehari..

Lepas nie kena makan supplement lain pulak. Cik somi dah belikan produk kelapa dara kat sekolah dia.. nasib baik dalam bentuk tablet. So nanti rutin pengambilan supplement akan aku amalkan sehingga aku selamat bersalin nanti.

Saturday, April 23, 2011

Rezeki berganda

Rezeki berganda untuk keluarga mertua aku kerana bakal menimang cucu kedua selepas anak aku..INSYAALLAH.. Biras aku diberitakan mengandung 3 bulan selepas menunggu lama juga macam aku iaitu selama 5 tahun. Rezeki dari ALLAH TAALA untuk kami sekeluarga.

Semoga biras aku berjaya lalui frasa baru untuk kami ini. AMIN!!

Persediaan 1

Minggu lepas ari jumaat sempena cuti Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah kami tidur dirumah mak di Bertam. Malam tu kami diberi bantal baru.. dan kelakarnya bantal tu mak mertua aku buatkan @ beli untuk kegunaan aku masa berpantang nanti.

Aku bertanya dengan adik ipar yang bagi kami bantal tu.. kak kt berpantang kat rumah mak ker? dia kata.. yea la.. kat mana lagi takkan kat kelantan kot..hehe.

Yang kelakarnya dalam kepala kami nie belum ada pun lagi destinasi pilhan untuk aku berpantang nanti. Yang selalu ada dalam kepala aku nie hanya nak berpantang dirumah sendiri disamping ditemani ma dari kelantan. Itu sahaja..

Tapi memandangkan due aku pun dalam bulan puasa atau hari pertama raya.. aku redhakan la kalau aku dijaga oleh mak mertuaku dalam seminggu tu.. sebabnya takkan ma aku nak datang beraya kat sini kot.. conpem kena hentam ngan adik badik aku yang lain.. sebab dorang sume balik tahun nie.. aku sorang je beraya dirumah mertua..