Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

Mimpi

Malam tadi mimpi jumpa ngan arwah ayah. Mungkin sebab malam tadi dengan rendah diri aku sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin dan doa semoga ayah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman.

Umur aku sekarang da 31 tahun. Ayah meninggal masa umur aku 6 tahun. Bermakna dah 25 tahun ayah meninggalkan kami. Aku harap nie bukan kali terakhir aku berjumpa arwah. Seronok sangat malam tadi. Walaupun tanpa sepatah kata, masa nak ikat kain kapan je dia bangun menoleh kearah aku, tapi cukup untuk meleraikan rindu aku selama nie.

Semoga ayah tenang di sana. Amin..

Thursday, September 27, 2012

Sayang nak makan

Sayang nak makan benda alah nie..


Dah dekat 3 bulan lebih dapat coklat nie.. dapat dari suami untuk sebuah kemaafan (hihi).. yang lelain da maka, yang main nie tak termakan lagi.. sayang sangat nak makan.. cane nieh.. skang nie masih kat dlm fridge kat opis nie, nak simpan kat umah tkt hubby kecik ati xmkn coklat yang dia hadiahkan..

Tuesday, September 25, 2012

Trip to PD

Minggu lepas 17 Sept 2012 senyap2 kami ber3 ke PD. Nape senyap2 weh?? mesti orang query kan.. sebabnya kalau uar2 kan mesti de orang nak ikut. Kat umah mertua ku skang nie de orang yang 24h dok umah. Pastu ble dengar nak berjalan, mula la nak ngikut..

Jadi, disebabkan mahu percutian tuk kami je, benda nie terpaksa dibuat senyap2..

Enjoy this moment very much!!

Sampai2 je terus landing anak bujang ibu nie..

Ayah nak amik gambar pun dia tak heran, asyik dok tgk scren tv besar

Kami cari hotel yg ada kolam renang, so we made it!!

Banyak habiskan masa kat sini.. enjoy sangat sbb air dia tak sejuk sangat.

Tengok tu asyik dok main air.

Nak datang lagi kesini

Ada jugak gambar aku kat sini..hehe

Tuesday, August 28, 2012

Mee Jawa

Telah berjaya memasak mee jawa request by mr hubby..




Nie tuk berbuka kali terakhir di melaka tahun nie..

Kerja Lelaki..

Nie hasil kerja suami saya sebelum kesekolah pagi nie..


Sangat SUPERB.. pada pandangan saya.. Pagi nie sedikit kalut sebab anak dan ibunya tak sihat.. Mana nak masak sahur, mana nak kelek anak, mana nak masak bubur tuk anak..

Nasib baik cik suami hanya nak telor separuh masak dan burger untuk sahur puasa enam hari kedua arini.. Aku pulak biasa la cukup dengan susu dan buah tembikai je..

Itulah DIA.. sangat pengemas orangnya.. tapi pada satu2 masa je.. masa lain emmm...dan kebanyakannya aku la tukang kemasnya..kalau tak kepala aku jugak yang pening rumah bersepah..

Monday, August 13, 2012

Ahmad Faqih Hilman 1st Befday..

Arini genap setahun mengikut bulan islam anak bujang saya. Epy 1st befday cayam.. Semoga kamu sentiasa dipayungi limpahan rahmat dari yang MAHA ESA. Semalam majlis doa selamat dan sembahyang jemaah selamat diadakan.. Terima kasih pada ayah yang sudi membaca doa dan meimami kami semalam.. Semalam juga ayah declare nak 'cheat day' kekonon tuk celebrate befday anak la.. Yang jadi mangsanya ibu la yang kena jadi tukang masaknya..hihi..

Tapi takpe demi ayah, ibu sanggup tak tido tengahari dan petang semalam.. Bermula dari 1 tengahari sampai 6 petang ibu bertungkus lumus kat dapur. Alhamdulillah dapat buah sebiji cheese cake, nasi lemak, mee goreng, ayam golek dan sotong goreng kunyit..

Ayam Golek
Sotong Goreng Kunyit

Kuah Ayam Golek

Sambal Nasi Lemak

Mee Goreng

Nasi Lemak

Oreo Cheese Cake

2 Buah Hati Saya..

Lamb Chop

My first lamb chop.. sedapppppppp..

Nie bahan2 nya..

5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1/2 sudu makan jintan kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih dengan minyak hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick atau pembakar elektrik…

Cedappp