Malam tadi kami tido dibilik bawah. Acctually bilik bawah nie tempat tido pertama faqih kat rumah nie. Bilik aku masa dalam pantang. Malam tadi kami berdua tido dalam bilik nie sebab nak temankan huby buat kerja sekolah. Lagipun bilik bawah dan masterbed room takde beza pun, dua2 besar. Cuma bilik atas ada aircond je.
Best jugak tido bilik bawah nie. Lena aku tido walau hanya berkipas. Tapi kipasnya dua yea, kipas syiling dan kipas meja. Mungkin bilik bawah nie akan jadi bilik tido kami buat masa sekarang memandangkan huby ada parttime job skang. Tugas aku cuma temankan dia. Dapat duit nanti leh sama2 enjoy. hahaha
Itu aje la keje aku kan. Yealah nak harapkan shopping pakai duit OT dah tak OT dah skang. Nak ngendeng huby aku banyak2 la pasni..huhu
Blog ini ditulis sebagai menggantikan diari..Semoga suka duka perjalanan hidupku yang ditulis disini dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk diriku sendiri dan kepada sesiapa yang sudi melayarinya..
Friday, March 15, 2013
Friday, March 1, 2013
Welcome March 2013
Sekejapnya masa berlalu, bulan march sudah membuka tirau untuk tahun 2013. March tahun nie nak pecahkan rekod sendiri. Pecahkan rekod xmo dah OT. Banyak faktor yang buatkan aku buat keputusan nie.
Antaranya, sudah malas nak kecik ati setiap kali nak amek signature tuk borang ot. Keling gile tu selalu cari pasal ngan aku. Setiap kali nak sign ot mesti dia mengomel pasal ot skang yang member2 opis aku claims. Kata dia semua orang claims smpi pukul 10 tapi pukul 7 sume orang da balik.Kalu nak mengomel pasal dorang panggillah meeting. Nie tak telinga aku yang kena tadah. Aku yang claims paling lambat sampai kul 7 nie pulak yang nak kena mengadap. BOSANNN..
Lepas tu pulak, bila benda nie aku dah tak tahan, maka terceritalah dengan bos yang kat umah tu. Sudahnya dia buat keputusan tuk aku, iaitu tak payah ot lagi. Setiap hari balik kul 5.00pm. Sabtu dan Ahad dok ghumah berehat.
Kalau diikutkan budget bulanan kami memang cukup kalau aku xot pun. Cuma kalau ada uit ot nie dapatlah aku berbelanja sakan. Tapi fikir punya fikir daripada aku dok makan hati dengar si keling tu membebel lebih baik xpayah shopping!! Hati pun senang dapat tengok anak awal sikit dari kebiasaan, dan hari minggu pula dipenuhi dengan aktiviti2 yang lebih berfaedah.

Wednesday, February 6, 2013
Tahun lepas saya sertai seminar yang diadakan oleh Islamic Parenting Network. Seminar Mengajar Anak Mudah Menghafal Al-Quran. Banyak tip dan kaedah yang dikongsikan serta keperluan untuk mengajar anak menghafal pada usia kecil. Di sini saya bukan nak bercakap mengenai perkara tu tapi saya tertarik pada satu hadis mengenai Islam akan bangkit dari Timur yang telah disebut semasa seminar tersebut.
Beberapa minggu lepas ada program di masjid negeri Shah Alam. MasyaAllah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Rasa sebak pun ada, ramai anak-anak muda yang turut serta. Para muslimat pun ramai yang berniqab. Kalau dulu, jarang sangat nak tengok muslimat yang berniqab tetapi sekarang dah ramai. Pelajar tahfiz pun dah ramai. Ramai anak-anak muda yang berjubah, berserban. Sejuk mata dan hati yang memandang. Walaupun masih ada lagi yang terpesong tapi ramai juga yang bangkit menuju jalan Allah.
Bila bercakap pasal Islam akan bangkit dari Timur. Pernah terfikir tak, negeri manakan timur itu? Saya rasa tidak menjadi hal negeri yang mana; Malaysia, Indonesia, China dsbnya. Yang pasti kita adalah orang timur, kita berada dalam kelompok negeri Timur. Jadi ayuh bangun persiapkanlah anak-anak kita untuk menagih janji Allah ini. Jadikan zuriat keturunan kita adalah sebahagian yang memegang panji-panji hitam dari timur, kalau bukan kita maka jadikanlah anak-anak sebagai umat Islam yang dinantikan dan diberkahi. Moga Allah gerakkan hati kita untuk persiapkan Timur itu. Boleh baca juga mengenai kebangkitan dari timur kat sini atau sini.
Saya baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel. Setiap pagi ketika usia yanng masih kecil, ibu baginda akan membawa baginda naik satu bukit dan menunjukkan Kota Konstantinopel di seberang Laut Selat Bophorus. Kata ibunya, "Itulah adalah Kota Konstantinopel, Rasulullah pernah bersabda; Ia akan ditakluki oleh raja yang terbaik, askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik. Kamulah raja/pemerintah itu." Kata-kata semangat ini ditanam oleh ibunya, walau hakikat sebenar ibunya tidak pernah tahu siapa yang Rasulullah maksudkan. Semua berlaku dengan izin Allah, dengan mengerakkan hati seorang ibu dan bapa untuk membentuk pemerintah yang terbaik, maka secara langsung membentuk askar terbaik dan rakyat yang terbaik.
Jadi tidak mustahil jika kita atau zuriat keturunan kita adalah kelompok Timur yang Rasulullah maksudkan. Semua atas kehendakNya. Seperti "Law of Attractions", kita menarik kehidupan kita mengikut apa yang kita fikirkan. Begitu juga yang terjadi dalam kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, ibunya menarik kehidupan dan keinginan itu dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh seterusnya membentuk natijah dengan kehendak Allah S.W.T.
Walau apapun, jihad kita sekarang adalah membentuk anak-anak kita, generasi kita untuk menjadi Umat Islam yang dinanti dan diberkahi. Jika tidak, generasi dan zuriat kita akan turut hanyut dalam arus fitnah dajjal..Nauzubillahiminzalik. Allah memberi pilihan, kita yang memilih yang benar atau batil. Semoga kita sama-sama berjihad, bermujahadah untuk mencapai kemenangan akhirat. Sememangnya bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal harganya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita keranaNya. Moga zuriat keturunan kita, adalah zuriat yang mendirikan solat dan yang berjuang di jalan Allah. Semoga kita semua dapat berkampung di syurga nanti. Amin, amin Ya Rabbal Alamin..
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Beberapa minggu lepas ada program di masjid negeri Shah Alam. MasyaAllah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Rasa sebak pun ada, ramai anak-anak muda yang turut serta. Para muslimat pun ramai yang berniqab. Kalau dulu, jarang sangat nak tengok muslimat yang berniqab tetapi sekarang dah ramai. Pelajar tahfiz pun dah ramai. Ramai anak-anak muda yang berjubah, berserban. Sejuk mata dan hati yang memandang. Walaupun masih ada lagi yang terpesong tapi ramai juga yang bangkit menuju jalan Allah.
Bila bercakap pasal Islam akan bangkit dari Timur. Pernah terfikir tak, negeri manakan timur itu? Saya rasa tidak menjadi hal negeri yang mana; Malaysia, Indonesia, China dsbnya. Yang pasti kita adalah orang timur, kita berada dalam kelompok negeri Timur. Jadi ayuh bangun persiapkanlah anak-anak kita untuk menagih janji Allah ini. Jadikan zuriat keturunan kita adalah sebahagian yang memegang panji-panji hitam dari timur, kalau bukan kita maka jadikanlah anak-anak sebagai umat Islam yang dinantikan dan diberkahi. Moga Allah gerakkan hati kita untuk persiapkan Timur itu. Boleh baca juga mengenai kebangkitan dari timur kat sini atau sini.
Saya baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel. Setiap pagi ketika usia yanng masih kecil, ibu baginda akan membawa baginda naik satu bukit dan menunjukkan Kota Konstantinopel di seberang Laut Selat Bophorus. Kata ibunya, "Itulah adalah Kota Konstantinopel, Rasulullah pernah bersabda; Ia akan ditakluki oleh raja yang terbaik, askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik. Kamulah raja/pemerintah itu." Kata-kata semangat ini ditanam oleh ibunya, walau hakikat sebenar ibunya tidak pernah tahu siapa yang Rasulullah maksudkan. Semua berlaku dengan izin Allah, dengan mengerakkan hati seorang ibu dan bapa untuk membentuk pemerintah yang terbaik, maka secara langsung membentuk askar terbaik dan rakyat yang terbaik.
Jadi tidak mustahil jika kita atau zuriat keturunan kita adalah kelompok Timur yang Rasulullah maksudkan. Semua atas kehendakNya. Seperti "Law of Attractions", kita menarik kehidupan kita mengikut apa yang kita fikirkan. Begitu juga yang terjadi dalam kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, ibunya menarik kehidupan dan keinginan itu dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh seterusnya membentuk natijah dengan kehendak Allah S.W.T.
Walau apapun, jihad kita sekarang adalah membentuk anak-anak kita, generasi kita untuk menjadi Umat Islam yang dinanti dan diberkahi. Jika tidak, generasi dan zuriat kita akan turut hanyut dalam arus fitnah dajjal..Nauzubillahiminzalik. Allah memberi pilihan, kita yang memilih yang benar atau batil. Semoga kita sama-sama berjihad, bermujahadah untuk mencapai kemenangan akhirat. Sememangnya bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal harganya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita keranaNya. Moga zuriat keturunan kita, adalah zuriat yang mendirikan solat dan yang berjuang di jalan Allah. Semoga kita semua dapat berkampung di syurga nanti. Amin, amin Ya Rabbal Alamin..
LAMA!!
Sedar tak sedar da sebulan berlalu dalam tahun 2013!!
MasyaAllah, lamanya tak update blog. Ada banyak perkara nak cerita tapi luang waktu tak mengizinkan. Bila ada masa terluang, otak pula tak ada idea untuk menyusun kata.

Monday, December 31, 2012
Penghujung Tahun 2012.
Tetiba teringat tuk pos something sempena hari terakhir 2012 today. Alhamdulillah tahun 2012 berlalu dengan macam2 peristiwa dan suka duka kehidupan BIASA.
And the best moment pastinya menyaksikan pembesarannya SIKECIL kami yang ditunggu2 sebelum nie. Dari badan togel tak berisi dah berisi sikit badanya, malah dah susut kembali gara2 dah melasak sana sini..
Lepas tu pula kediaman yang sebelum nie tiada serinya gara2 ketipisan budget udah BERSERI dengan kehadiran kitchen cabinet, tiles depan berserta bonusya AUTOGATE. Sungguh berguna sekali AUTOGATE nie selepas kehadiranya.. tidak perlu turun kereta dalam panas menteri mahupun hujan renyai..haha
Tahun nie juga menyaksikan naik turun hubungan aku dengan biras aku. Kekadang aku malas nak bukak email yang mengandungi email si dia.. Sebabnya bahasa yang dia gunakan sungguh menyakitkan hati. Tetapi hairannya bila kami bersua tidak pula dia berpeel seperti yang ditulisnya.. ada juga je manusia yang cengini.. sabo je la. Yang pasti dia sungguh seronok kalu aku kelihatan suam2 suku ngan inlaw2 kami. Dan ini menyebabkan aku bertambah2 curiga tentang kebaikan yang dia serlahkan pada aku sejak akhir2 ini.. YA ALLAH lindungi hambamu ini..
Aku juga nak cerita pasal bonus tahun nie. Ada dua bonus.. dan kalu campur ngan hubby aku jadi tiga la.. Sume da selamat masuk savings, savings yang susah nak kuarkan balik (TABUNG HAJI)..hehe. Yang tinggal kat tangan sekarang adalah bonus dari ex-boss (JJ VOUCHER).. yang nie kalu ikutkan perancangan hanya digunakan untuk membeli barang2 faqih tuk tahun depan.. Tak tau berapa jumlahnya sebab belum bukak (sebab kalu bukak mesti nak p perabiskan..hehe).
Itu aje la aku nak melalut tuk post terakhir tahun baru nie :)
Friday, December 7, 2012
Doa2 Semanis KURMA
1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.
Saturday, December 1, 2012
At last.. I Got it!!
Penantian bertahun berakhir ari khamis lepas.. siap sudah kabinet dapor aku.. sangat suke..
![]() |
| Hooker and Cooker yang best.. xbau la umah sye lepas nie.. |
![]() |
| Sepatutnya ada oven baru disitu, tapi cancel sbb oven ELBA baru raya puasa tahun nie kami beli.. |
![]() |
| Kabinet dapur nie masih ada tuk letakkan barang2 letrik yg selalu diguna.. |
![]() |
| Kat bawah nie belum tau lagi nak pasang atau tak raknya.. |
![]() |
| Tak sabar mau masak2 yg heavy!! |
![]() |
| Masakkan pertama guna dapur baru.. telor mata kerbau |
Subscribe to:
Posts (Atom)