Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 20, 2013

Pedoman

...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin.

Wednesday, July 31, 2013

Medivest IFTAR 2013

Tahun nie Medivest Iftar diadakan di Philea Resort & Spa Ayer Keroh.
 

Ikutkan HANYA pekerja sahaja diinvite. Wajib pulak tu. Tapi aku ngan sis kat opis nie deal sdri ngan hotel nie mintak satu meja tambahan untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. Rege dewasa 72++, kanak2 40++. Maheeeeeeeeiii ya amatt. Tapi xmo pandang tu sume, sbb kalu xbawak family, nak makan sensorang pun xlalu. Lepas tu pulak sian pada yang ditinggalkan, berbuka sorang2.

Tak dapat nak amek gambar pun, sbb dok hadap makanan. Sampai lak ngam2 pukul 7, nak register bagai lagi, sib baik sempat amek makanan. Nie pic ehsan bebudak opis, amek kat fb dia. hehe


Friday, July 26, 2013

By belia benci dedah aurat

Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku,
yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, bila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.

Friday, July 19, 2013

Celebrate My 32nd Befday

Tahun nie pelik sikit.. banyak betul keraian untuk aku.. Terima Kasih SUAMI.

4 Julai :

~ Makan Malam Bertiga
~ Takde gambar coz belum sampai sana faqih da tido dalam kete. Naik lenguh lengan mangku dia. Tapi bestnya dak tecit nie xkacau kami.

5 Julai :

~ Makan Malam bersama family mertua
~ Juga xamek gambar sbb ada orang tak suke kita amek gambar dia dok makan, padahal bukan fokus kat dia pun.

10 Julai :

~ Bersamaan 1 Ramadhan, suami tempah sebijik kek dari  http://www.yati-bakery.blogspot.com

~ Yang last nie ada gambar2 nya. Sebab buat kat rumah dan kami ber3 je.

Add caption





"Happy 32th Birthday For My Beloved Wife, From your truly, deeply n faithfully, Husband"


Panjang gile wish word ateh kek tu, rajin pulak baker nie layan kehendak huby aku.
 

Thursday, July 18, 2013

Sedeyyy

Sedihhhhhh baca nukilan Noor Dayana 1st wife Ashraf Muslim.. :(

Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah... Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Monday, July 1, 2013

Tidak sia-sia

Usai solat subuh hari nie, panjang aku berdoa. Kalau biasa, aku doakan untuk kedua ibu bapa dan keluarga. Hari nie aku berdoa lebih untuk diri aku sendiri. Sebabnya hari nie 1hb. Hari untuk closing. Biasa dihari2 closing cmni banyak betul dugaan untuk aku. Printer out cartride la, letter head gone la, consignment not arrived la, mcm2 laa..

Sudah sediakan diri untuk terima apa sahaja dugaan dihari pertama bulan JULAI nie, aku mulakan kerja dengan lebih berhati2, menconggak2 kesilapan closing sebelum ini untuk avoid again mistake.

Dan seperti yang diduga, here is coming. Bukan dalam skope closing yang biasa aku buat tiap2 bulan, tapi ini dari suround environment pula. Tidak apa.. aku terima..

Sesungguhnya doaku dimakbulkan ALLAH hari nie. Dapat tengok siapa kawan siapa lawan..

Adakah aku marah??? Jawapannya TIDAK.

Cuma ia lebih membuka pintu hati untuk melihat seseorang bukan dari kesilapannya yang terdahulu.. tetapi berhati2 dengan orang yang tidak membuat kesilapan sebelum ini..

Monday, June 24, 2013

Cuti JEREBU

Hari ni seluruh sekolah di Selangor, Wilayah dan Melaka  dapat cuti peristiwa.. Keadaan jerebu sangat kritikal so PM nasihatkan sekolah ditutup.. jadi anak-anak sila duduk rumah diam-diam.. bukan pegi jenjalan sana sini ok?
Orang umah aku yang bercuti arini pun xmo jaga anak. Bila da tengahari baru message:

pelayaran king khadijah

Nie yang buat saya sayang sayang sayang sayang awak nie..heeeeeeeeee
 
Sebab PM tak bagi cuti kat orang tua macam haku.. so kenalah jugak masuk office.. masuk office rasa tenang je.. sebab kena aircond kan.. sejuk jer.. rasa nak amik bantal sambung tido.. heheh..