Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Ayam golek @ Tesco cheng

Selalu kami beli ayam golek kat bukit rambai, tapi kali nie saja nak merasa ayam golek kat tesco nie. Agipun harga dia jauh lebih murah seekor baru RM8.99. Berbanding ngan bukit rambai RM16.00.

Pastu kat tesco ada banyak pilihan, ada percik, blackpaper, berempah dan madu. Kebetulan hari tu ayam golek yang siap dah abis. Jadi kenalah kami tunggu 1/2 jam. Tunggu pun tunggu lah asalkan sedap dan murah. Agipun makan panas2 agi sedap.

Gambar nie aku ambil masa menuggu tu. Saja je snap gambar my hubby banyak2, dia kan skang nie makin lawa lepas berat dah turun nie..





Klinik kerajaan yang lembab nak ******..

Kami ke Klinik Kesihatan Peringgit untuk amik result medical checkup yang telah kami buat dua minggu lepas. Kami sampai kat sana pukul 2.30petang. Lepas ambik no kami tunggu sehingga ke pukul 4petang.No kami masih belum dipanggil. Pukul 4.15petang suami aku dah hilang sabar, dia terus masuk kebilik doc..Nak tahu apa kata doc tu..

Dia kata camni: 'Kami dah nak panggil nie, tunggu abis budak2 nie dulu (budak kolej kejururawatan melaka). Apalagi terus la suami aku ******. Padan muka doc ngan assistant dia tu. Macam tak reti buat keje, macam baru je kerja. Lain kali biar dorang tak wat camni lagi. Giliran tetap giliran, kalu tak baik toksah wat sistem penggiliran. Dengar macam kami tak professional, tapi sesape pun bila kesabaran dah nipis macam2 leh jadi.


Jubah pertama abang..

Sukanya ati dia dapat jubah pertama dari ayahanda tercinta..Nanti kita beli lagi yea, pakai untuk raya pun ok jugak..



Uptown Dataran Pahlawan

Semalam lepas balik dari OT, kami ke uptown dataran pahlawan. Banyak barang yang berkenan macam handbag, beg sandang lelaki, t-shirt, dan kain pasang. Manakala gerai yang mesti kami jenguk dan masuk pulak ialah gerai 'spek mata'. Tapi duit tak bawak banyak, jadi lebih banyak cuci mata dari membeli.

Kat sini 'spek mata' yang berharga RM15.00 diberi pulak percuma satu 'spek mata' yang berharga RM10.00. Maknanya untuk dua2 tu hanya perlu bayar RM25.00..Kami tak beli pun sebab barang macam tak berkualiti dan tak banyak patern baru.

Suami aku dah berkenan ngan t-shit nie..



Beg yang tak jadi beli sebab harga tak berkenan..

Brother's Sale

Semalam ke Brothers sale kat Malim. Banyak barang yang berkenan tapi kewangan tidak mengizinkan dan budget untuk kereta bulan nie pun dah habis malah sedah melebihi budget.

Tapi dek kerana dah berkenan sangat aku belilah juga benda alah nie, 'Neck Pillow'




Yang nie kami punyer..





Monday, July 26, 2010

Never give up..

Location: Food Court, Tesco Cheng.
Date:26 July 2010.
Time:6.00pm.

Me with chiken chop..


Hubby with lamb chop..


Saya: Abang ada sorang isteri je kan sekarang nie dan sampai bila2..?
Abang: Yea, buat masa sekarang dan Insyaallah sampai bila2..tapi akan datang tak siapa tahu kan..hehehe(gelak jahat)
Saya: Senang tak dapat isteri macam saya..?
Abang: Tengok keadaan, tapi alhamdulillah la..
Saya: Apa keinginan dia yang susah sangat abang nak penuhi..?
Abang: Dia nak baju raya sampai nangis2..macam tak penah dapat baju raya, padahal baru tahun nie rancang nak jimat belanja dengan tak beli baju raya..
Saya: lain-lain..?
Abang: Ye lah, tahun nie kita beli baju raya yang dah siap..puas hati!!

*Moral of the story, keep trying to get what u want and never give up until u get it!!

Saturday, July 24, 2010

Swimming time..

Seperti yang dirancang dari minggu lepas, kami ke Kompleks Renang Markas Garison untuk aktiviti renang.



Kat kem terendak nie ada dua kolam renang. Yang kami pergi arini Kolam Renang Olimpik..



Kat sini kolamnya besar, tapi kena bayar sikit..



Hanya gambar kolam jek aku leh paparkan kat sini, sebab 'king' dalam pakaian renangnya sangatlah awwww..