Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

Surat untuk sue..

Sue sebenarnya sakit dik..dapatkanlah khidmat kaunseling sebelum terlambat..kkt takut benda yang sue takutkan terjadi..kkt bukan menyokong jauh sekali nak mendoakan..tapi kalau ikutkan perangai sue..lelaki mana yang tahan..asal gaduh sikit mintak 'CERAI'..kesabaran angah ada tahapnya..

Sue pun belajar agama dan khatam al-quran kan..mesti lebih tahu bahawa'setiap ujian yang diturunkan adalah untuk menguji hambanya..jangan sesekali menyalahkan orang sekeliling..muhasabah diri sendiri..itu antara u and your hubby..nothing to do with us..

Kkt dah malas nak layan sue..karenah sue..mungkin doa kkt mohon ALLAH TAALA untuk satukan kita tidak dimakbulkan kerana ianya lebih BAIK UNTUK SEMUA..

*Aku draft je surat nie..tak send pun..malas sebenarnya..sebab walau apa pun yang aku cakap bukan dia nak dengar pun malah sebaliknya pula..so..lebih baik aku diamkan diri..

I'm Shock

Arini aku dapat email dari biras aku..mula tu aku suka bila tengok sendernya..tapi bila tgk kat headingnya tanda soal aku mula rasa tak sedap hati..sebab pagi nie aku ada comment kat pic FB husband dia merangkap adik ipar dia..tapi aku cuma tambah ayat 'THE BOOM' selepas adik ipar aku kata 'THE BEST'..aku bukak email tu tapi aku suruh opismate aku baca dulu..nak baca? nah..baca lah..

"terkejut...
semakin meluat tengok drama kkt.
kalau bole nak balik melaka, x nak langsung terserempak...hilang mood
memg terbantut, memg hati panas.
kkt memg pandai berdrama,dr dulu sampai sekrg...
last call dulu..kkt mention alg...suh call sue la apala...sume sue rasa tipu
TIPU..mmg kkt x boleh dipercayai....
penuh dgn hasad dengki...
sue pun x takut kalau msg nie alg baca...sbb memg alg baca pun
kalu kkt tipu pun sue mana tau
mcm biasa ayat sumpah...
sudah lah...
x boleh ke biar kami laki bini aman.
sue tau
kkt memg org pertama akan tepuk tangan kalu kami CERAi
mmg yg itu yg kkt nakkan...
mmg x seng tgk kami laki bini baik
kalau x, kenapa sanggup tikam sue.(dulu)
yg sue ..kkt nak cerite,yg sendiri simpan...yg sue biar org tau...yg sendiri sorok...
apa nie...
cukup2la
drama mengelak bila nak bayar, mengelak itu ini bila kuar ngan family...
dah lah...meluat dgn drama tu...
bagus juga sbb laki sue pun dgn sendiri dah perasan drama tue...
jgn nak tunjuk baik ...kalu rase akan susahkan org...
puas rasanya...

* Yang buat aku malas nak pikir dan layan benda nie (tp tension gak) sebab part last tu dia ckp..'Puas Rasanya..'..Nampak sangat budak nie tengah bermasalah..gaduh agi la tu..dia email aku semata-mata nak sakitkan hati aku..dan aku sakit ati ke? sakit ati jugak la memula tu..tapi lepas dapat advice dari mmbr2 opis..aku semakin okey skang..cuma aku tengah fikir nak cite ngan hubby aku ke tak benda nie..sebab dia macam cabar aku jek...

Thursday, December 23, 2010

Menarik tentang holiday kali nie..

Actually idea untuk holiday ke negeri pantai timur nie datang dari suamiku..sebabnya..lately (1 or 2years back) kami selalu pergi ke tempat2 nie secara berasingan..Maknanya aku pergi dengan bebudak opis..dia lak dengan trip sekolahnya..hehe..

Tapi 2008 kita holiday sama2 kat terengganu sama2 what..tapi takpe la..dah hajat dia tunaikanlah..leh jugak jenguk my mum walaupun tak sampai 12 jam singgah Kuala Krai..

Yang menariknya..dia bawak pergi SEMUA tempat yang dia pernah pergi masa trip sekolahnya..dan aku pulak dengan bangganya pula hanya dapat pergi dua tempat yang aku pernah pergi dengan bebudak opis..dan itupun secara tidak sengaja..

Contohnya macam Teluk Cempedak..padahal aku baru pergi tahun lepas dengan bebudak opis..siap stay sana agi..kat 'Hyatt Regency'..tapi bila lalu buat dek jek..macam tak pernah sampai..tapi bila hubby aku park kat depan kedai cenderamata (tempat aku beli souvenier tuk dia aritu) baru aku teringat..' Haa..inilah kedai yang tie belikan abang baju tahun lepas'hehehe..lepas tu bila pandang belakang..'haa..tulah tempat tie stay aritu'..NANGIS KEJAP HUBY AKU!!!..


Sama gak dengan ANA IKAN BAKAR PETAI.. masa singgah pasar malam kat Pantai Sepat..huby aku tanya kat sorang adik tu..kat sini mana tempat makan sedap2..dia suh pegi Tanjung Lumpur..masa tu tak pasan lagi..bila jalan nak ke tanjung lumpur tu nampak ANA IKAN BAKAR PETAI..aku cakap ngan huby aku..nie cawangan baru tempat pantai wat tahlil tahun lepas kot..pastu..bila da masuk kawasan dalam sikit baru nampak tempat nie ANA IKAN BAKAR PETAI..dan macam biasa la dialog aku..'haa..nielah tempat pantai wat tahlil tahun lepas..huhu..


low betul 'memory' aku..tapi ok la tu..atleast aku masih ingat nama2nya..cuma tak reti nak maping jek..

Monday, December 20, 2010

Lost Weight Mission

Today starting to lost weight again after holiday..2kg increase during my holiday is a big NO actually..because to lost back 2kg after that it's hard..People easy to speak out..but to do that i'm struggle you know..only my huby know what i mean..

So..firstly today..i'm bring all kinds of food (carbo and sweet)that i can't take to office..so that i can't see at home..even the plastic bag..huhu..

Secondly..start breakfast with boil egg and 'lontong without nasi impit'..and for lunch..still waiting my hubby to pick me..

Cuti cuci baju..

Aku mula bercuti dari cuci baju tuk kami bermula dari hari kami sampai melaka jumaat lepas..cuti cuci je..jemur, angkat dan lipat masih aku..cuma suami aku tolong angkatkan air je..aku takleh angkat berat..baru lepas berurut di Kuantan aritu..

Tapi leceh la..aku lebih suka kalu sume aku buat..nanti kang suami aku lambat sikit angkat air aku da merungut..dia tu bukannya nak tunggu air dlm baldi penuh..aku yang kena tunggu..da penuh kena panggil dia..kalu dia tengah tengok tv kena tunggu sampai kuar iklan baru dia nak bergerak..adoii..

Nanti la aku nak cari alternatif lain..tuk senangkan aku..

Sambung tugas..

Sekarang nie aku dah mula kerja semula..malam tadi aku dah setkan jam pukul 6.00pagi tuk bangun..lauk pun da siap2 kuarkan dari tmpt beku..igt nak masak..tapi camana ntah boleh terlangsung sampai kul 7.00pagi..sib baik aku dengar huby aku tgh kayuh beskal senam dia..kalu tak mau aku amik el arini..mcm yang aku hajatkan malam tadi..

Malas betul aku nak datang kerja arini..malas nak jumpa boss sebenarnya..aku takde beli pape tuk dia..tuk member2 lain ada la sikit2..mesti dia tanya..

Tup2 datang opis member cakap boss ke indon..adoi..kalu tau kul 7.00pagi aku da terpacak sini..walau waktu tu aku baru bangun..hehe..

Kerja banyak nieh..tapi aku tak tau nak mula dari mana..kena settlekan dlm minggu nie jugak..sebab minggu depan de kursus pulak..

'mood kerja datanglah'..ku seru..

Monday, December 13, 2010

Celina Suria Dewi binti Ahmad Zadri

Sempat aku jumpa kawan lama aku nie..orangnya sepelik namanya..anak kacukan melayu dan mamak nie memang lawa orangnya..persis model..tapi sedikit tak bernasib baik dalam kehidupan..apa2 pun aku sayang sama ko beb..

Sikit pun ko tak berubah..masih gila2 walau da de 2 orang anak..tentiu beb temankan aku malam nie..walaupun sekejap tapi bermanafaat..nanti kita jumpa lagi ea..

Aku akan dan akan sentiasa ingatkan kau beb sebab banyak benda yang kau ajar aku..

Ko ajar aku masak rendang kilat..rendang yang bahan2nya main campak je tapi sedap..

Ko ajar aku shopping barang2 cantik tapi harganya murah..

Ko ajar aku jangan bagi muka dgn lelaki..(part yang diah tak suka pasal ko..hehe..)

dan banyak lagi benda yang ko ajar aku..dan aku akan sentiasa ingat selagi aku masih bernyawa..