Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

Persediaan 2

Ada satu malam tu sebelum tidur menyembang ngan cik somiku.. aku tanya nanti anak nak pakai bedak apa..?

Dia kata pakaikan 'simply ct' la.. adoyai.. memang xleh tanya soklan serius kalu time dia ngantuk.. mesti jawapannya melangkaui jangkaan..

Last day for DUPHASTONE

Arini ari terakhir kena amik duphastone yang da aku makan selama lebih kurang 22pregnancy. Ubat nie kena makan 2 kali sehari..

Lepas nie kena makan supplement lain pulak. Cik somi dah belikan produk kelapa dara kat sekolah dia.. nasib baik dalam bentuk tablet. So nanti rutin pengambilan supplement akan aku amalkan sehingga aku selamat bersalin nanti.

Saturday, April 23, 2011

Rezeki berganda

Rezeki berganda untuk keluarga mertua aku kerana bakal menimang cucu kedua selepas anak aku..INSYAALLAH.. Biras aku diberitakan mengandung 3 bulan selepas menunggu lama juga macam aku iaitu selama 5 tahun. Rezeki dari ALLAH TAALA untuk kami sekeluarga.

Semoga biras aku berjaya lalui frasa baru untuk kami ini. AMIN!!

Persediaan 1

Minggu lepas ari jumaat sempena cuti Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah kami tidur dirumah mak di Bertam. Malam tu kami diberi bantal baru.. dan kelakarnya bantal tu mak mertua aku buatkan @ beli untuk kegunaan aku masa berpantang nanti.

Aku bertanya dengan adik ipar yang bagi kami bantal tu.. kak kt berpantang kat rumah mak ker? dia kata.. yea la.. kat mana lagi takkan kat kelantan kot..hehe.

Yang kelakarnya dalam kepala kami nie belum ada pun lagi destinasi pilhan untuk aku berpantang nanti. Yang selalu ada dalam kepala aku nie hanya nak berpantang dirumah sendiri disamping ditemani ma dari kelantan. Itu sahaja..

Tapi memandangkan due aku pun dalam bulan puasa atau hari pertama raya.. aku redhakan la kalau aku dijaga oleh mak mertuaku dalam seminggu tu.. sebabnya takkan ma aku nak datang beraya kat sini kot.. conpem kena hentam ngan adik badik aku yang lain.. sebab dorang sume balik tahun nie.. aku sorang je beraya dirumah mertua..

Thursday, March 3, 2011

3.3.2011

Arini buat pemeriksaan kali ke-4 kat Mahkota Medical Centre. Baby dah melebihi 13 minggu dan tarikh jangkaan bersalin juga berubah menjadi 4 September 2011.

Peristiwa lucu arini.. bila discan baby kelihatan tangannya bersilang ke bawah kepala macam orang tengah berfikir.. dan masa tu memang tangan aku dalam keadaan gitu bila tengah berbaring sambil perut discan oleh doktor.. dia ngikut aku ler tu..hehe.. anak ibu!!

Wednesday, March 2, 2011

300

Cewaahh.. tajuk macam filem bollywood la pulak..

Alkisahnya aku dapat duit cash RM300.00..

Sebab dan siapa yang baginya:

Aku bagi no tipon Mr Yap kat boss aku sebab dia berminat nak beli grand livina macam kami..

Dan sebelum nie pulak Mr Yap memang suh aku war2 kan kat tempat keje sesapa yang nak beli keta keluaran Nissan suh contact dia.. so aku pun kasi la.. dengan harapan dapat la payung ke.. box kekecik ke dari Nissan..

Tak sangka lak bila Mr Yap kasi aku 300 gedebuk.. katanya sebagai motivator tuk aku dan tolong dia tambah customer..

Tiada kata seindah bahasa yang dapat aku luahkan melainkan ALHAMDULILLAH dengan kurniaan ILAHI melalui Nissan..

Thursday, January 6, 2011

Ujian

Arini keta kena langgar dengan motor. Tapi budak yang langgar tu takde la lari. Dia bagi kerjasama bila aku mintak IC, No Pone and No Plate..

Bila aku inform huby aku pasal benda nie..dia cakap dia da tak sedap hati masa dia mandi pagi tadi..dia marah aku apsal pepandai ajak adik tido umah..pastu pepagi nak hantar balik..kalu time skolah cuti takpe la..nie tak time skang nie memang jalan sibuk..aku pun cakap balik bukan aku yang ajak..dorang yang nak ikut..takkan aku cakap tak boleh pulak..

Lagipun benda nie bukan dari kecuaian aku..kecuaian orang lain..kena la terima nie sume..TUHAN hanya nak menguji setakat mana iman kita bila menerima musibah..dan TUHAN juga tahu kekuatan setiap hambanya..

Pastu dia suh ayah dia datang tengokkan..lepas ayah dia cakap sikit je..tak kemek pun..dia ok sikit..tengok la apa nak jadi petang nanti..bila dia da tgk sendiri kecacatan 'bini' dia tuh..