Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 24, 2013

Undi

Sebagai pengundi aku inginkan harga MINYAK TURUN, BN tak mahu turunkan harga MINYAK. PR bersungguh2 nk turunkan harga minyak. So sebagai pengundi AKU AKAN UNDI PR .....
.
┈┈┈┈┈┈▕▔╲
┈┈┈┈┈┈┈▏▕
┈┈┈┈┈┈┈▏▕▂▂▂
▂▂▂▂▂▂╱┈▕▂▂▂▏PAS di JIWA
▉▉▉▉▉┈┈┈▕▂▂▂▏PKR di HATI
▉▉▉▉▉┈┈┈▕▂▂▂▏DAP di MATA

Pro??

Sama ada kite ni dari golongan ini,

Pro-breastmilk mahupun tidak
Pro-homemade mahupun tidak
Pro-gentle birth mahupun tidak
Pro-vaccine mahupun tidak

Hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik buat kita. Dan sudah pastinya setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Takdenyalah ibubapa yang nak bunuh anak sendiri. Hehe.

Maka, saya memilih untuk berlapang..

Thursday, April 18, 2013

Bowling time

Dah lama tak main bowling, semalam tetiba je ada orang ajak main bowling. Penat sebenarnya.. tapi layankan jugalah, lepas dijanjikan akan ke Mydin lepas tu, so ok la, ACCEPTED.

Wahh.. semangat plop!
 
Ayah ngan anak punyai raut yang hampir sama


Add caption

Wednesday, April 17, 2013

Gold Coast Morib

Untuk cuti bagi negeri melaka bandaraya bersejarah baru2 nie, kami berholiday ke Gold Coast Morib. Follow kami pada hari berkenaan ialah member2 sekolah suami, Kak Ina dan Wan sekeluarga.

Bertolak dari Melaka pukul 8.00 pagi sampai sana lebih kurang 10.30 pagi. Terlalu awal kerana check in dijadualkan pada pukul 3.00 petang. Tapi sebelum kesana kami da survey dengan pihak hotel yang kami boleh masuk waterpark untuk 2 hari. Jadi sampai2 je sana, terus amek tiket tuk aritu.

Masuk je waterpark nya, kami isi perut dulu yang kosong sebab meamng sebelum bertolak tak bersarapan pun. Sarapannya kami bawak dari rumah je, iaitu Beehon goreng dan aneka nudget dan ayam goreng. Alkisahnya masa tengah makan tu, kami ditegur oleh kawalan keselamatan kerana tidak boleh makan kat kawasan taman air sebenarnya. Tapi lepas slow talk dia benarkan sekejap dan juga kena pastikan kebersihan dijaga.

Tapi pelik betul kat sini, dari pengawal keselamatan ke front desk semuanya budak2 indon. Housekeeping tu jangan cakap la. Tapi muka sume cam malay, kalu bercakap je kantoi..heee

Best kat sini, dengan hanya RM198.00 dapat bilik studio suite dengan 2 breakfast, 2 dinner dan 2 tiket waterpark. Biliknya sangat puas hati sebab siap ada jakuzi. Boleh muat kami ber3 uolls!!
Pegi jangan tak pegi yea..

Thursday, March 28, 2013

Pesanan tuk diri sendiri :)

Pagi nie terasa nak buat pesanan tuk diri sendiri..

Ps: Dah la.. Jangan shopping online lagi, jamu mata bole :)

Pss: Dah la.. Jangan tengok katalog tupperware lagi, nanti kena beli :)

Psss: Dah la.. Jangan p google mainan faqih lagi, sudah dua bakul kat rumah tu :)

Terdetik nak buat pesanan nie sebab hari nie baru gaji, dan baru saje lunaskan sume hutang piutang yang rutin tu. Lepas da settle sume, tengok balance masih banyak lagii. Ituuuuu yang kena wat pesanan cengini..

Wednesday, March 27, 2013

Puding Caramel

For Caramel Sauce:

2 senduk gula

1/4 cawan air

For Pudding:

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat manis

3 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar tepung kastad

1 sudu kecil esen vanilla

1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant

3 1/2 cawan air

: Cara-cara :

For Caramel Sauce

1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api

3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding

1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)

2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih

3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api

4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi

5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!


Tuesday, March 26, 2013

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

Anak perempuan saya umur 12 tahun da...n sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak....

Astaghfirullah, adakah ini kafarah atas dosa2 ku..Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah...

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Bantulah aku Ya Allah..

Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Ayuh! ajak anak kita solat...

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 (mohon rujuk al-Quran)

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ


"Rabbij 'alni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

InsyaAllah... Jom Amal..