Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Tuesday, April 26, 2011

Persediaan 2

Ada satu malam tu sebelum tidur menyembang ngan cik somiku.. aku tanya nanti anak nak pakai bedak apa..?

Dia kata pakaikan 'simply ct' la.. adoyai.. memang xleh tanya soklan serius kalu time dia ngantuk.. mesti jawapannya melangkaui jangkaan..

Last day for DUPHASTONE

Arini ari terakhir kena amik duphastone yang da aku makan selama lebih kurang 22pregnancy. Ubat nie kena makan 2 kali sehari..

Lepas nie kena makan supplement lain pulak. Cik somi dah belikan produk kelapa dara kat sekolah dia.. nasib baik dalam bentuk tablet. So nanti rutin pengambilan supplement akan aku amalkan sehingga aku selamat bersalin nanti.

Saturday, April 23, 2011

Rezeki berganda

Rezeki berganda untuk keluarga mertua aku kerana bakal menimang cucu kedua selepas anak aku..INSYAALLAH.. Biras aku diberitakan mengandung 3 bulan selepas menunggu lama juga macam aku iaitu selama 5 tahun. Rezeki dari ALLAH TAALA untuk kami sekeluarga.

Semoga biras aku berjaya lalui frasa baru untuk kami ini. AMIN!!

Persediaan 1

Minggu lepas ari jumaat sempena cuti Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah kami tidur dirumah mak di Bertam. Malam tu kami diberi bantal baru.. dan kelakarnya bantal tu mak mertua aku buatkan @ beli untuk kegunaan aku masa berpantang nanti.

Aku bertanya dengan adik ipar yang bagi kami bantal tu.. kak kt berpantang kat rumah mak ker? dia kata.. yea la.. kat mana lagi takkan kat kelantan kot..hehe.

Yang kelakarnya dalam kepala kami nie belum ada pun lagi destinasi pilhan untuk aku berpantang nanti. Yang selalu ada dalam kepala aku nie hanya nak berpantang dirumah sendiri disamping ditemani ma dari kelantan. Itu sahaja..

Tapi memandangkan due aku pun dalam bulan puasa atau hari pertama raya.. aku redhakan la kalau aku dijaga oleh mak mertuaku dalam seminggu tu.. sebabnya takkan ma aku nak datang beraya kat sini kot.. conpem kena hentam ngan adik badik aku yang lain.. sebab dorang sume balik tahun nie.. aku sorang je beraya dirumah mertua..