Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

Thursday, August 18, 2011

Letih

Makin hari makin letih.. Mak mertua aku kata mungkin time aku nak bersalin da tak lama agi.. hihi.. takutnya!!. Letih sangat.. lepas solat subuh terus flat.. sampai tak iring cik somiku nak ke sekolah.. Peluk dan cium pun dengan mata tertutup!!

Dah bangun nak g kerja baru menyesal ikutkan sangat letih tu.. tak pernah aku tak iring dia sepanjang perkahwinan kami waima time kami gaduh pun.. Hope ini yang pertama dan yang terakhir la. Aku nak tunjukkan teladan yang terbaik untuk anak2 kami..

Sahur tadi pun lepas minum susu baru semangat nak masak. Tu pun masak sardin bersama nasi putih dengan roti salut telor. Kena kuatkan semangat tuk masak sebab kalu tak makan banyak time sahur takut baby lapar. Sian dia..

Pernah aku tapau time berbuka tuk lauk sahur.. tapi basi, serik aku.. Tu sebab letih cane pun aku kena bangun. Cik somiku ada jugak offer nak tolong masak, aku leh accept time weekend je.. kesian kat dia mengantuk time nak mengajar.. kalu aku ngantuk kat opis leh songlap masa tido kat surau jap, kalu dia nak tido kat mana?!!! Dah la GB dia stright persis pompuan monopaus walau masih dalam kategori muda!! Kang tak pasal2 kena observe.

Monday, August 15, 2011

Last Checkup

Arini pegi last checkup kat Klinik Kesihatan Cheng.. Arini jugak da masuk minggu ke-38..Minggu depan dan seterusnya da kena direct ke GH Melaka.. Maknanya kena mintak tolong my parent in law agi la tuk hantarkan aku nanti.. takpe la aku tengok pun dorang macam enjoy je temankan aku.. sama2 excited nak dapat cucu pertama dalam keluarga cik somiku..

Hope sumenya selamat la walaupun baru2 nie aku dikejutkan dengan dua insiden iaitu air ketuban kurang dan baby berat kurang.. tapi lepas checkup dengan expert MO sumenya ok.. so hope sume ok until aku deliver..

Arini berat aku berkurang!! Tapi aku takde la worried sangat sebab melalui pembacaan sebelum nie lepas 36week berat akan berkurang atau takkan naik langsung. It's normal according to expert. Ada jugak tanya member2 opis dorang cakap aku da dekat nak bersalin..hehe.. nie yang buat aku takut nie, tapi kena hadap jugak kan.. Pray and wish me luck ok sesume..!!

Persiapan terakhir

Arini dapat tilam dari member opis aku @ member wife dia sebenarnya..Made in Kuala Pilah.. sib baik dapat jugak sebelum aku bersalin..



Persiapan lain insyaallah da lengkap yang memana aku tau la.. the rest tunggu la hari nak pakai nanti, baru tau benda tu perlu aku beli..