Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 18, 2011

Letih

Makin hari makin letih.. Mak mertua aku kata mungkin time aku nak bersalin da tak lama agi.. hihi.. takutnya!!. Letih sangat.. lepas solat subuh terus flat.. sampai tak iring cik somiku nak ke sekolah.. Peluk dan cium pun dengan mata tertutup!!

Dah bangun nak g kerja baru menyesal ikutkan sangat letih tu.. tak pernah aku tak iring dia sepanjang perkahwinan kami waima time kami gaduh pun.. Hope ini yang pertama dan yang terakhir la. Aku nak tunjukkan teladan yang terbaik untuk anak2 kami..

Sahur tadi pun lepas minum susu baru semangat nak masak. Tu pun masak sardin bersama nasi putih dengan roti salut telor. Kena kuatkan semangat tuk masak sebab kalu tak makan banyak time sahur takut baby lapar. Sian dia..

Pernah aku tapau time berbuka tuk lauk sahur.. tapi basi, serik aku.. Tu sebab letih cane pun aku kena bangun. Cik somiku ada jugak offer nak tolong masak, aku leh accept time weekend je.. kesian kat dia mengantuk time nak mengajar.. kalu aku ngantuk kat opis leh songlap masa tido kat surau jap, kalu dia nak tido kat mana?!!! Dah la GB dia stright persis pompuan monopaus walau masih dalam kategori muda!! Kang tak pasal2 kena observe.

Monday, August 15, 2011

Last Checkup

Arini pegi last checkup kat Klinik Kesihatan Cheng.. Arini jugak da masuk minggu ke-38..Minggu depan dan seterusnya da kena direct ke GH Melaka.. Maknanya kena mintak tolong my parent in law agi la tuk hantarkan aku nanti.. takpe la aku tengok pun dorang macam enjoy je temankan aku.. sama2 excited nak dapat cucu pertama dalam keluarga cik somiku..

Hope sumenya selamat la walaupun baru2 nie aku dikejutkan dengan dua insiden iaitu air ketuban kurang dan baby berat kurang.. tapi lepas checkup dengan expert MO sumenya ok.. so hope sume ok until aku deliver..

Arini berat aku berkurang!! Tapi aku takde la worried sangat sebab melalui pembacaan sebelum nie lepas 36week berat akan berkurang atau takkan naik langsung. It's normal according to expert. Ada jugak tanya member2 opis dorang cakap aku da dekat nak bersalin..hehe.. nie yang buat aku takut nie, tapi kena hadap jugak kan.. Pray and wish me luck ok sesume..!!

Persiapan terakhir

Arini dapat tilam dari member opis aku @ member wife dia sebenarnya..Made in Kuala Pilah.. sib baik dapat jugak sebelum aku bersalin..



Persiapan lain insyaallah da lengkap yang memana aku tau la.. the rest tunggu la hari nak pakai nanti, baru tau benda tu perlu aku beli..

Thursday, July 21, 2011

Bilik anak bujang



Nie bilik bakal anak bujang kami.. doakan semoga kami sume selamat yea.. agi sebulan lebih.. da rasa segala macam nie..

BIRU!! nape biru.. sebab kami suka dengan wane biru.. bukan sebab kami bakal menimang cahaya mata lelaki.

Dan kalau yang keluar nanti gegirl pun still boleh pakai wane macam nie.. sejak bila pulak warna melambangkan gender nie..yea tak..

Yang pastinya ma aku nanti xsuke dengan wane nie.. dia suke wane ijau.. hehe.. Ketua Muslimat PAS katakan..

Set lemari tu kami beli kat tesco je.. yang display je.. sbb yang baru da abis.. dpt diskaun 50% la.. de sikit comot.. tapi cik somi da lap, alhamdulillah da ilang.. Cadar tu pun kami beli kat tesco jugak, pun dengan harga murah..

Ntah kenapa lately slalu kami dpt barang diskaun.. rezeki kami anak beranak kot.. ALHAMDULILLAH..

Moga2 anak bujang kami dapat menjaga barang2 tu sampai ke akhir hayat.. walau murah tapi tinggi valuenya bagi kami.. Ibu n Ayah dia..Dalam kekempisan budget, kami masih sempat spend tuk keperluan dia..

Belajar puasa

Arini belajar puasa di minggu ke-34 pregnancy. Sahur dengan nasi tomato dan susu.. hope cukup la tuk arini.. lebih2 agi ditemani cik somi..

Cik somiku kata, kalu letih tahan sampai kul 12 je pun takpe.. belajar2 je puasa..
Waktu sekarang menghampiri 12, dan aku masih belum rasa apa2. Mungkin berkat puasa di bulan Syaaban dan ditemani cik somi pulak..

Baby nie pun sedari sahur tadi da comunicate dengan dia bahawa dia kena temankan ibu puasa hari nie..

'anak ibu kena kuat tau.. nanti lagi 2 minggu kita nak menghadapi bulan ramadhan dan anak ibu dah nak melihat dunia.. walaupun kita berpuasa anak ibu kena terus grow.. nanti ibu kena marah pulak kalu weight turun mse nak checkup minggu depan..'

Wednesday, June 29, 2011

First Night at TBS Phase 2

Actually malam semalam lagi kami da cuba tido dirumah baru. Semalam adalah malam kedua. Malam pertama tu biasalah bagi aku kalu tido tak lena. Bukan sebab tempat tu ada 'cerita'. Tapi sebab bertukar tempat tido. So malam tadi more better. Tak macam cik somiku tido kat mana2 pun sama baginya.. tetap maintain tido 'mati'..hehe..

Alhamdulillah set bilik tido king sangat memuaskan hati kami. Berbaloi-baloi.. Dan tugas memasukkan kain baju juga almost done. Tapi tu baru baju cik somiku.. untuk kain baju aku sume masih dalam kotak.. kecuali maternity dress je masukkan kat situ.. mungkin dalam pantang nanti akan masukkan sume baju2 yang berkenaan.

Arini akan tiba perabot jati pula.. tak sabar rasanya memandangkan ini kali pertama kami mmebeli perabot sedemikian.. Hopefully dapat tahan sepanjang hayat!!..hehe..

Friday, June 17, 2011

Antara kehendak dan keperluan

Minggu nie minggu tough untuk kami suami isteri. Kami terpaksa buat pilihan yang tepat untuk kemudahan dan keselesaan di masa depan. Ceritanya bermula bila secara officialnya kami mendapat kunci untuk rumah baru ari sabtu lepas. Selepas budget dibentangkan, kami mendapati savings kami selama ini tak dapat menampung semua keperluan untuk rumah baru.

Aku tanpa berfikir panjang mencadangkan supaya kekurangan tu kami tampung dengan menjual emas yang kami beli selama ini termasuk bongkah emas yang menjadi kesayangan cik somiku. Tapi cik somi tidak bersetuju dengan alasan dia masih ada jalan lain untuk kami selesaikan masalah nie.

Selepas berbincang.. akhirnya kabinet dapur rumah baru idaman aku terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Takpe la kalau itu jalan terbaik yang dapat somi ku buat untuk masa ini. Atleast kami tidak bergolok bergadai untuk penuhi keperluan 'yang tidak perlu' bak kata dia buat masa nie.

Dan yang penting juga duit yang lebih tu dapat kami settlekan sume utang kredit kad selama nie. Semalam juga secara rasminya kami bebas dari segala hutang kredit kad dan kad2 tu jugak sudah dipotong untuk mengelakkan kami 'swipe' diwaktu 'terluang'.. ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH kerana memberi kami petunjuk dan hidayah!!

Saturday, May 21, 2011

Mertua menunaikan umrah

Tarikh Pergi: 13 May 2011
Tarikh Balik: 26 May 2011

Semua adik beradik suami melapangkan waktu untuk hantar mak n ayah ke KLIA. Termasuk jugak ibuku. Terima kasih MA sudi datang untuk hantar besanmu itu..hehe..

Nanti bekerjasama menjaga aku n baby dalam pantang nanti yea...

Rutin harian kami turut berubah, setiap hari kena jengah bebudak bertiga tu.. senang je nak jaga dorang, sume da beso2.. ari bekerja kami tido dirumah sendiri, ari cuti termasuk public holiday kami tido ngan dorang..

Hope mak n ayah mendapat umrah yang mabrur.. dan diterima oleh ALLAH TAALA.

Sebelum berangkat aritu, dah pesan dekat mak n ayah doakan aku senang bersalin dan mendapat baby yang sihat semuanya.. Semoaga ALLAH TAALA makbulkan DOA kami.. AMIN..

Tuesday, April 26, 2011

Persediaan 2

Ada satu malam tu sebelum tidur menyembang ngan cik somiku.. aku tanya nanti anak nak pakai bedak apa..?

Dia kata pakaikan 'simply ct' la.. adoyai.. memang xleh tanya soklan serius kalu time dia ngantuk.. mesti jawapannya melangkaui jangkaan..

Last day for DUPHASTONE

Arini ari terakhir kena amik duphastone yang da aku makan selama lebih kurang 22pregnancy. Ubat nie kena makan 2 kali sehari..

Lepas nie kena makan supplement lain pulak. Cik somi dah belikan produk kelapa dara kat sekolah dia.. nasib baik dalam bentuk tablet. So nanti rutin pengambilan supplement akan aku amalkan sehingga aku selamat bersalin nanti.

Saturday, April 23, 2011

Rezeki berganda

Rezeki berganda untuk keluarga mertua aku kerana bakal menimang cucu kedua selepas anak aku..INSYAALLAH.. Biras aku diberitakan mengandung 3 bulan selepas menunggu lama juga macam aku iaitu selama 5 tahun. Rezeki dari ALLAH TAALA untuk kami sekeluarga.

Semoga biras aku berjaya lalui frasa baru untuk kami ini. AMIN!!

Persediaan 1

Minggu lepas ari jumaat sempena cuti Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah kami tidur dirumah mak di Bertam. Malam tu kami diberi bantal baru.. dan kelakarnya bantal tu mak mertua aku buatkan @ beli untuk kegunaan aku masa berpantang nanti.

Aku bertanya dengan adik ipar yang bagi kami bantal tu.. kak kt berpantang kat rumah mak ker? dia kata.. yea la.. kat mana lagi takkan kat kelantan kot..hehe.

Yang kelakarnya dalam kepala kami nie belum ada pun lagi destinasi pilhan untuk aku berpantang nanti. Yang selalu ada dalam kepala aku nie hanya nak berpantang dirumah sendiri disamping ditemani ma dari kelantan. Itu sahaja..

Tapi memandangkan due aku pun dalam bulan puasa atau hari pertama raya.. aku redhakan la kalau aku dijaga oleh mak mertuaku dalam seminggu tu.. sebabnya takkan ma aku nak datang beraya kat sini kot.. conpem kena hentam ngan adik badik aku yang lain.. sebab dorang sume balik tahun nie.. aku sorang je beraya dirumah mertua..

Thursday, March 3, 2011

3.3.2011

Arini buat pemeriksaan kali ke-4 kat Mahkota Medical Centre. Baby dah melebihi 13 minggu dan tarikh jangkaan bersalin juga berubah menjadi 4 September 2011.

Peristiwa lucu arini.. bila discan baby kelihatan tangannya bersilang ke bawah kepala macam orang tengah berfikir.. dan masa tu memang tangan aku dalam keadaan gitu bila tengah berbaring sambil perut discan oleh doktor.. dia ngikut aku ler tu..hehe.. anak ibu!!

Wednesday, March 2, 2011

300

Cewaahh.. tajuk macam filem bollywood la pulak..

Alkisahnya aku dapat duit cash RM300.00..

Sebab dan siapa yang baginya:

Aku bagi no tipon Mr Yap kat boss aku sebab dia berminat nak beli grand livina macam kami..

Dan sebelum nie pulak Mr Yap memang suh aku war2 kan kat tempat keje sesapa yang nak beli keta keluaran Nissan suh contact dia.. so aku pun kasi la.. dengan harapan dapat la payung ke.. box kekecik ke dari Nissan..

Tak sangka lak bila Mr Yap kasi aku 300 gedebuk.. katanya sebagai motivator tuk aku dan tolong dia tambah customer..

Tiada kata seindah bahasa yang dapat aku luahkan melainkan ALHAMDULILLAH dengan kurniaan ILAHI melalui Nissan..

Thursday, January 6, 2011

Ujian

Arini keta kena langgar dengan motor. Tapi budak yang langgar tu takde la lari. Dia bagi kerjasama bila aku mintak IC, No Pone and No Plate..

Bila aku inform huby aku pasal benda nie..dia cakap dia da tak sedap hati masa dia mandi pagi tadi..dia marah aku apsal pepandai ajak adik tido umah..pastu pepagi nak hantar balik..kalu time skolah cuti takpe la..nie tak time skang nie memang jalan sibuk..aku pun cakap balik bukan aku yang ajak..dorang yang nak ikut..takkan aku cakap tak boleh pulak..

Lagipun benda nie bukan dari kecuaian aku..kecuaian orang lain..kena la terima nie sume..TUHAN hanya nak menguji setakat mana iman kita bila menerima musibah..dan TUHAN juga tahu kekuatan setiap hambanya..

Pastu dia suh ayah dia datang tengokkan..lepas ayah dia cakap sikit je..tak kemek pun..dia ok sikit..tengok la apa nak jadi petang nanti..bila dia da tgk sendiri kecacatan 'bini' dia tuh..

Good Luck BOSS

Semoga boss sentiasa success dalam setiap lapangan yang diceburi..

Jangan takut dilanda ombak kalu berumah ditepi pantai..begitulah perumpamaan dalam dunia bisnes..persiapkan diri..kuatkan semangat..jangan patah usaha..