Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

Antara kehendak dan keperluan

Minggu nie minggu tough untuk kami suami isteri. Kami terpaksa buat pilihan yang tepat untuk kemudahan dan keselesaan di masa depan. Ceritanya bermula bila secara officialnya kami mendapat kunci untuk rumah baru ari sabtu lepas. Selepas budget dibentangkan, kami mendapati savings kami selama ini tak dapat menampung semua keperluan untuk rumah baru.

Aku tanpa berfikir panjang mencadangkan supaya kekurangan tu kami tampung dengan menjual emas yang kami beli selama ini termasuk bongkah emas yang menjadi kesayangan cik somiku. Tapi cik somi tidak bersetuju dengan alasan dia masih ada jalan lain untuk kami selesaikan masalah nie.

Selepas berbincang.. akhirnya kabinet dapur rumah baru idaman aku terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Takpe la kalau itu jalan terbaik yang dapat somi ku buat untuk masa ini. Atleast kami tidak bergolok bergadai untuk penuhi keperluan 'yang tidak perlu' bak kata dia buat masa nie.

Dan yang penting juga duit yang lebih tu dapat kami settlekan sume utang kredit kad selama nie. Semalam juga secara rasminya kami bebas dari segala hutang kredit kad dan kad2 tu jugak sudah dipotong untuk mengelakkan kami 'swipe' diwaktu 'terluang'.. ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH kerana memberi kami petunjuk dan hidayah!!

No comments:

Post a Comment