Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 21, 2013

Jadual Mengepam

Dalam satu hari ada 24 jam. 8 jam kerja, 8 jam di rumah, 8 jam malam.

mulakan mengepam sebaik saja bangun tidur/lepas solat subuh. so lebih kurang gini jadualnya :-

sesi 1 - 6 pagi

sesi 2 - 8/9 pagi
sesi 3 - 10/11 pagi
sesi 4 - 12/1 tengah hari
sesi 5 - 2/3 petang
sesi 6 - 4/5 petang

dapat satu sesi pam 10-15 minit pun jadi. tak perlu menyorok ke mana pun, bersenjatakan shawl/jaket/nursing poncho, pam sambil buat kerja. dah siap pam, masukkan corong dengan botol tu dalam cooler bag, susu perahan masukkan dalam plastik atau botol storage. tak perlu ke pantry tumpang fridge ke apa sebab dalam cooler bag dah standby 3-4 icepack.

balik rumah, uruskan apa patut, susukan anak, sebelah lagi pam, kalau anak boleh bagi kejesama tak usik pam.

malam sebelum tidur, buat lagi satu sesi.

tengah malam bangun, minum air, pergi shi-shi, on fesbuk, buat power pumping, 10 minit kanan, 10 minit kiri, sampai lengkap sejam.

lepas tu baring balik, susukan anak balik.

kena ingat ya, tujuan mengepam adalah untuk menstabilkan bekalan susu dan bukannya untuk membanyakkan susu sepanjang masa. sebab apa? sebab bab banyak mana kita dapat - ini dah jadi urusan Tuhan Yang Maha Kaya. kita kena rajin usaha saja.

tak cukup susu/takut susu takde untuk anak sebab dah pam?

sila buang jauh-jauh pemikiran sedemikian. kenapa?

1. tak ada faedah apa untuk diri sendiri kecuali mempengaruhi pengeluaran susu lantas memberhentikan produksi sebab you are what you think.
2. penyusuan susu ibu konsepnya adalah the more demand you make, the better supply you will make. so maintain demand, maintain la supply. yang penting supply berterusan, BUKANNYA banyak.

tak percaya? sila uji.

pam sampai lembik & bila dipicit dengan jemari pun, takde susu yang keluar. sila bagi anak nenen serta-merta dan lihat apa berlaku.

No comments:

Post a Comment