Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 23, 2013

Hajah Nik Som binti Raja Sarih (1924-2013)

Petang raya pertama bersamaan 8 August 2013, nenek saya pergi meninggalkan kita semua menemui penciptaNya. Al-fatihah untuk Hajah Nik Som binti Raja Sarih. Berusia 89 tahun, Alhamdulillah dihari baik malam Jumaat pula, nenek yang kami gelarkan 'chek' meninggal pada pukul 8.30 malam.

Aku dapat tahun tentang pemergian chek daripada kak ngah aku. Masa tu aku baru je sampai ke rumah mak ngah (mak sedara suami sebelah ayah). Biasa kalu berjalan kat rumah baru aku check telefon, segala bunyi sms n panggilan aku biarkan, tapi malam tu, bole pula tengah makan2 sekut raya, datang rajin nak check tefon. Tengok2 ada 10 miss call dari kak ngah.

Entah kenapa, dapat je tahu tentang pemergian chek, hati aku melonjak nak balik kelantan, nak tengok wajahnya buat kali terakhir. Mulanya banyak jugak halangan dari 'sini'. Kononnya jalan kat karak jammed teruk la, pastu ada pulak kata kalu balik pun belum tentu dapat jumpa la, hari dah malam la, bahaya katanya. Tapi Alhamdulillah lepas 'meeting' berdua dalam kereta, kata sepakat diperolehi. Kata suamiku, kalau kini dia berada ditempat aku, menerima berita pemergian neneknya semasa sedang beraya di kelantan, dia pun akan bergegas balik macam yang kami sepakat lakukan sekarang.

Balik la kami malam tu, bertolak dari Melaka pukul 11.00 malam, sampai kat senawang, suami da xleh drive sbb mengantuk. Nak stop kat R&R mata aku tak mengantuk, last2 aku amik keputusan tuk sambung perjalanan kami sementara suami aku lelapkan mata kejap. Sampai kat tol sungai besi lepas bayar tol, dia terbangun. Stop tukar driver lagi. Sampai kat highway karak, kete xbanyak pun. Syukur lagii..Dan kami selamat sampai kampung pukul 5.00pg. Cukup 6 jam perjalanan. Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah.. syukur sangat2.

Balik yang sungguh bermakna, bukan aje dapat tengok wajahnya buat kali terakhir malah dapat mandikan dan kapankan dia sekali. Walau airmata macam air hujan dimusim tengkujuh xmo benti, aku berjaya juga manfaatkan kepulangan aku kali nie. PUAS rasanya. Tapi xdapat tengok jenazah waktu dimasukkan ke liang lahad, sebab faqih tetiba demam panas.

Balik dari kubur bergegas kami bertiga ke klinik 24jam. Demam faqih 39'c. OMG..Lepas tu pergi pulak stesen KTM, tukar tiket ketapi. (nnti aku cite pasal tiket ketapi nie). Balik ke rumah bergilir dukung faqih, cik abang kecik nie xmo dok langsung! Bertuah punyer budak.. Petangnya cik yam (adik ma @ chek meninggal kat rumahnya) datang, ajak kami ke perak esoknya tuk majlis bertunang nik mat anaknya. Kami surrender wehh, ponatt tak terkate.

Paginya bertolak balik melaka jam 5.00pg, sbb kuar sekali ngan rombongan ke perak. Maka rekod peribadi kami tercipta lagi, hanya 24j ada dibumi Cik Siti Wan Kembang! Syiokkk

No comments:

Post a Comment