Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 6, 2013

Tahun lepas saya sertai seminar yang diadakan oleh Islamic Parenting Network. Seminar Mengajar Anak Mudah Menghafal Al-Quran. Banyak tip dan kaedah yang dikongsikan serta keperluan untuk mengajar anak menghafal pada usia kecil. Di sini saya bukan nak bercakap mengenai perkara tu tapi saya tertarik pada satu hadis mengenai Islam akan bangkit dari Timur yang telah disebut semasa seminar tersebut.


Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Beberapa minggu lepas ada program di masjid negeri Shah Alam. MasyaAllah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Rasa sebak pun ada, ramai anak-anak muda yang turut serta. Para muslimat pun ramai yang berniqab. Kalau dulu, jarang sangat nak tengok muslimat yang berniqab tetapi sekarang dah ramai. Pelajar tahfiz pun dah ramai. Ramai anak-anak muda yang berjubah, berserban. Sejuk mata dan hati yang memandang. Walaupun masih ada lagi yang terpesong tapi ramai juga yang bangkit menuju jalan Allah.

Bila bercakap pasal Islam akan bangkit dari Timur. Pernah terfikir tak, negeri manakan timur itu? Saya rasa tidak menjadi hal negeri yang mana; Malaysia, Indonesia, China dsbnya. Yang pasti kita adalah orang timur, kita berada dalam kelompok negeri Timur. Jadi ayuh bangun persiapkanlah anak-anak kita untuk menagih janji Allah ini. Jadikan zuriat keturunan kita adalah sebahagian yang memegang panji-panji hitam dari timur, kalau bukan kita maka jadikanlah anak-anak sebagai umat Islam yang dinantikan dan diberkahi. Moga Allah gerakkan hati kita untuk persiapkan Timur itu. Boleh baca juga mengenai kebangkitan dari timur kat sini atau sini.

Saya baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel. Setiap pagi ketika usia yanng masih kecil, ibu baginda akan membawa baginda naik satu bukit dan menunjukkan Kota Konstantinopel di seberang Laut Selat Bophorus. Kata ibunya, "Itulah adalah Kota Konstantinopel, Rasulullah pernah bersabda; Ia akan ditakluki oleh raja yang terbaik, askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik. Kamulah raja/pemerintah itu." Kata-kata semangat ini ditanam oleh ibunya, walau hakikat sebenar ibunya tidak pernah tahu siapa yang Rasulullah maksudkan. Semua berlaku dengan izin Allah, dengan mengerakkan hati seorang ibu dan bapa untuk membentuk pemerintah yang terbaik, maka secara langsung membentuk askar terbaik dan rakyat yang terbaik.

Jadi tidak mustahil jika kita atau zuriat keturunan kita adalah kelompok Timur yang Rasulullah maksudkan. Semua atas kehendakNya. Seperti "Law of Attractions", kita menarik kehidupan kita mengikut apa yang kita fikirkan. Begitu juga yang terjadi dalam kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, ibunya menarik kehidupan dan keinginan itu dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh seterusnya membentuk natijah dengan kehendak Allah S.W.T.

Walau apapun, jihad kita sekarang adalah membentuk anak-anak kita, generasi kita untuk menjadi Umat Islam yang dinanti dan diberkahi. Jika tidak, generasi dan zuriat kita akan turut hanyut dalam arus fitnah dajjal..Nauzubillahiminzalik. Allah memberi pilihan, kita yang memilih yang benar atau batil. Semoga kita sama-sama berjihad, bermujahadah untuk mencapai kemenangan akhirat. Sememangnya bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal harganya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita keranaNya. Moga zuriat keturunan kita, adalah zuriat yang mendirikan solat dan yang berjuang di jalan Allah. Semoga kita semua dapat berkampung di syurga nanti. Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment