Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 1, 2013

Surat untuk sue..

Assalamualaikum..

Apa khabar sue saat ini?!

Tentunya sue sedang berduka lara kan.. Di kejauhan ini, hanya doa yang mampu kak kt panjatkan moga2 segala belenggu dan masalah yang membelit sue dan angah saat ini terurai dengan smooth. Hendak menalipon, bimbang makin menambah masalah, dan dikata mengambil kesempatan pula.

Kehadiran orang ketiga dalam hidup berumahtangga amat2 kita semua kaum wanita hendak menjauhinya. Namun, jika kita dipilih untuk menjadi salah satunya, ambiklah ia sebagai dugaan yang harus kita terima dengan hati yang terbuka. Sikap menyalahkan antara satu sama lain saat ini tidak relevan rasanya. Baiklah masing2 melapangkan dada dan selesaikan sendiri tanpa campur tangan orang tua.

Cukup2 la kita menyusahkan mereka membesarkan kita sedari kecil. Cuba atasi permasalahan sendiri. Kerana rumahtangga kita, kita yang membinanya. Tanggungjawab kita untuk mengemudinya macamana.

No comments:

Post a Comment