Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 16, 2012

Sakit

Tak pernah sakit semenjak kehadiran Ahmad Faqih Hilman, malam tadi diserang food poisoning. Apalagi atas dan bawah la keluar. Semalam rasanya takde la aku makan benda bebukan. Cuma breakfat n luch benda yang sama iaitu kueh tiaw goreng. Pastu ada amik sesikit lauk kak ayu, kari ayam n sayur campur.

Masa tengah muntah tuk kali kedua, cik somi ketuk pintu toilet nak mintak urut belakang katanya. Ishh mana boleh, tengah kuar atas n bawah nie, malu la i.hehe..

Lain betul sakit bila da ada anak nie. Bukan kesakitan yang aku nak kongsikan, tapi macamana nak solve nak hadap benda nie. Risau kalau2 tengah muntah2 tu anak bangun. Takut dia takleh sabar nunggu aku abis buang.. adoyai..

Pastu pulak bila diajak ke klinik rasa macam taknak pergi sebab nak dokong dia pun da tak larat. Walau hanya ribakan dia kat peha, rasa cam bisa sangat. Biarla dok rumah, atleast cik somiku leh uruskan anak, sementara aku uruskan diri aku sdri. Sib baik start membuang lepas anak da tido. Baik pulak dia tak bangun2, da la dua hari nie dia tidor sendiri. Tak mau da didodoi skang. Mungkin dia leh rasa ibu dia dilanda kecemasan malam nie.. so dia da bersedia.. nie semua KEHENDAK YANG MAHA ESA YANG PALING SEMPURNA. Allahuakhbar!!

Semalam pukul 2.30 pagi baru tidor sampai la pukul 5 bangun mengepam. Ingat malas jugak nak mengepam, tapi kesian pulak anak ibu takde susu 'fresh' bila ditinggalkan pagi nie. Walau tak dapat banyak macam biasa mungkin sebab muntah2 n berak2, dapat jugakla untuk dia sekali minum. nanti topop ngan EBM. Bila agi nak abiskan stok tu. Nanti minggu depan da start nak makan, mesti minum susu pun da tak sebanyak sekarang.

Pagi nie bila mak mertua aku bercerita, aku main angguk2 geleng2 jek. Sampai dia nak tapaukan nasi lemak ngan kueh pun aku geleng. Mesti dia rasa lain.. nanti sik somi balik biar la dia cerita. Aku da letih sangat. Sampai opis kul 7.25, terus masuk surau rehar. Lutut goyang weh nak naik tangga. Sampai skang nie pun rasa nak tercirit agi..

No comments:

Post a Comment