Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 4, 2012

Rutin Harian

Dulu masa bujang, percaturan idup main hentam je. Kalau sarapan, kalau rajin ada la roti bakar bersalut telor. Kalau malas alamt kedai la jawabnya. Pastu status bujang da jadi isteri. Berubah la sikit hal makan2 nie. Tu pun sbb hubby suka makan kat rumah. Tapi kalau badan tak sihat, boleh jugaklah dia ku ajak ke kedai.

Lama memegang status isteri tanpa kehadiran anak, tahun lepas status aku berubah lagi. Kini sudah bergelar ibu pula. Lagi la berubah kan percaturan idup kita. Masa dalam pantang ritu, kekok jugak, mana nak jaga anak, mana nak kemas rumah, mana nak masak. Last2 sepanjang tempoh berpantang, tunggu je suami bawak balik makan. Rumah pulak sebelum dan selepas hubby balik sekolah dia kemaskan. Kerja aku jaga anak je.. seronok la kejap. Pastu terfikir sampai bila.. xsyok la macam nie, at least tugas masak tu aku kena buat..

Maka sedikit demi sedikit, aku mula belajar mengadjust masa. Masa baby baru 2 bulan lebih, banyak ari jugak la kantoi. Kantoi yang bermaksud kami masih makan kedai @ pasar malam or mak mertua aku bekalkan. Dalam ati tetap tekad nak masak tuk suami, pastu pulak fikir, lagi beberapa bulan baby pulak nak kena prepare makan. Bertitik tolak dari situ, aku semakin pandai menyesuaikan diri.

Sekarang nie aku berbangga dengan diri aku sendiri!!. Pagi tadi misalnya, boleh buat sarapan tuk suami, boleh buat bekal tuk anak, dan last sekali bekal tuk diri sendiri. Sebenarnya minggu nie aku berjaya bersarapan hasil dari tangan aku sendiri. Takde menyinggah mana2 kedai. Hooreyy..

Sosej bersayur tuk ayah..

Bubur nasi bersama labu tuk anak..

Mee goreng tuk ibu..

No comments:

Post a Comment