Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 9, 2010

Beban ini kupikul sendiri..

Beban nie aku kena pikul sensorang sebab suamiku dan keluarga sebelah suami sudah tidak mengizinkan aku berhubung dengan dia lagi..Tapi aku kesian kan dia..sampai bila dia nak menarik diri dari kami semua..Hidup dengan suami je..Itupun sebab kami yang sabarkan suaminya..kalau tak dah lama dorang divorce..Itupun dia kata kami yang galakkan suami dia tinggalkannya..Memang gila perempuan nie..

Suami mana yang tahan kalau semua hal rumahtangga nak diceritakan pada Mak dan Ayah, kengkawan dan orang sekeliling, masa tengah baik berpeluk sakan depan orang, bila bergaduh satu dunia nak diberitahunya..Tapi bila cerita dah terbongkar aku dituduhnya menjaja cerita..Dia tak ingat bukan aku sorang tempat dia diajak bercerita..Nasib baik aku ada saksi, dan semua saksi @ pendengar cerita dia berpihak pada aku..Itupun dikatanya aku pandai bermain kata..

Kalau aku pandai bermain kata, suka menjaja cerita kenapa kau masih cari aku setiap kali kau ada masalah dengan suami kau..Kenapa masih ada sms berbaur ugutan kau hantar pada mak dan ayah..sekarang nie dorang masih menyimpan semua sms yang kau hantar tu..Sabar dorang ada hadnya..sekali lagi kau buat pasal dorang akan tunjukkan kat suamikau apa yang kau buat selama nie..dan juga apa yang kau dah buat pada aku..

Aku menjadi menantu kesayangan mak ayah bukan dengan taktik kotor macam kau..aku menjadi diri aku sendiri..Menjadi kakak ipar kesayangan adik2 pun dengan cara yang sama..bukan dengan wang ringgit..bukan dengan harta benda..kerana aku bukan orang berduit macam kau..

No comments:

Post a Comment