Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 9, 2010

Kemaafan sebelum bermulanya Ramadhan..

Bermula hari nie aku sudah mula mengirimkan kata maaf untuk adik beradik ku, adik2 ipar, mak dan ayah mertua dan last sekali esok untuk Ma yang melahirkan aku dan Suamiku.. Saja untuk aku memilih hari terakhir untuk mereka berdua kerana mana tahu sebelum esok aku ada melakukan kesalahan lagi..

Tahun ini SMS dan Email menjadi pengantara antara aku dan mereka semua..

Dan tahun ini juga aku berazam untuk memulihkan kembali hubungan aku dan biras sebelah suamiku..Tambahan pula sebelum nie iaitu sebelum pertemuan kami hujung minggu lepas kami sudah mula hendak berbual-bual, walau tidak serancak seperti hubungan biras yang lain..aku gembira..

Dan hari nie juga aku ada menghantar sms kepadanya yang berbunyi ' Sempena Ramadhan lusa, kkt nak pohon kemaafaan diatas segala kesalahan yg telah kkt buat, samada sengaja atau tidak sengaja..semoga Ramadhan yang kita akan jalani nanti mendapat keberkatan dariNya'..

Tidak lama kemudian sms balasan kuterima darinya iaitu 'ITS HARD TO FORGIVE WHAT U HAVE DONE TO ME'..

Ingin sekali aku menelofon birasku ini tetapi panggilan aku tidak berjawab, dan sms aku yang berbunyi ' I NEED EXPLANATION WHAT I HAVE DONE TO YOU' juga tidak dibalasnya..

Aku sebenarnya kesiankan dia..Hidup hanya dengan suami..Mak ayah sendiri sudah membuangnya..apatah lagi adik beradik..semuanya sudah menjauhkan diri..Ini semua bukan sebab orang lain, ini sebab mulut dia sendiri..dan yang menjadi mangsa aku..sebab aku walau macam mana orang marah sekalipun aku tetap akan datang dekat orang tu sampai dia ok dengan aku..gila ke aku..Apa aku kena buat sekarang..?!

YA ALLAH YA TUHANKU, LEMBUTKAN LAH HATI DIA UNTUK MENERIMA AKU..

No comments:

Post a Comment