Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

Keta aku hilang..?!

Semalam kami ke Masjid Tun Khalil Yaakob untuk solat terawih malam pertama..Mula tu seronok plan macam2..tapi kesudahannya sedikit muram..terimalah hakikat kita hanya merancang kan..DIA yang menentukan..

Ceritanya bermula apabila kami berpakat untuk hanya mengerjakan solat terawih 8 rakaat shj, lepas itu balik dan buat solat witir kat rumah. Tapi masa hubby aku cakap tu aku ingat kalau masjid tu buat lebih dari 8 rakaat lah (20 rakaat). Tau2 je lepas 8 rakaat tu, Imam tu terus buat solat witir. Aku apalagi carry on je lah xyah sambung kat rumah..

Lum abis imam baca doa aku dah terpacak kat tempat letak keta, tapi aku tengok tempat kami letak keta tu dah kosong. Terkejut gila aku..tapi macam tak percaya pulak keta aku hilang..Puas mencari didalam yang memang sempit sebab masjid tengah renovate..pencarian aku sampai ke luar pagar tapi keta aku memang xde..

Masa aku berura-ura nak mintak pertolongan aku terlihat lambaian seseoarang iaitu suamiku dari luar pagar..tapi kenapa muka dia masam..tak tunggu aku pulak tu lepas lambai terus blah je menghala ke jalanraya..aku ekori dia dari jauh dan nampaklah keta aku dah siap parking kat tepi jalan..

Bila tengok je muka hubby aku masam tahulah aku, aku dah wat salah malam nie, sib baiklah aku lum mintak maaf sempena ramadhan nie..Salah aku ialah aku dah mungkir janji..kan kami dah janji untuk wat 8 rakaat pastu wat solat witir kat rumah..hehe..sorry la bang, saya terexcited lah, maklumlah malam pertama kan..

Suami aku marah bukan apa, kalau dia tahu aku terus solat witir dia pun sama leh carry on, tapi dia dah keluar tapi aku belum kuar2 lagi, nak masuk balik dah segan..itu yang dia marah tu..hehe..kelakau la permulaan ramadhan aku tahun nie..

No comments:

Post a Comment