Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 4, 2010

Keizinan suami..

Bercakap mengenai keizinan.. samaada keizinan daripada ibu bapa, adik beradik hatta suami seringkali mendapat reaksi yang sama dari semua pihak. Iaitu MESTI. Dahulu sebelum mendirikan rumahtangga aku sering meminta izin dari FAMA sebelum melakukan sesuatu. Dan sekarang pula sudah bergelar isteri kepada seseorang, dia pula menjadi tempat untuk aku memohon keizinan..

Sehari dua ni, banyak benda yang aku mohon dari suamiku..Bermula dari membeli kain ela dari boss, menjadi ahli tupperware, meletak dak pete diluar rumah dan yang terbaru staff outing di Terengganu.

Masa mula2 kawin dulu kami sering berbalah bila benda yang dihajati tidak tercapai..Tapi bila usia perkahwinan kami menginjak ke 6 tahun tidak lama lagi, situasi berkenaan mula berubah. Aku menyedarinya apabila menyuarakan keinginan untuk menjadi ahli tupperware baru2 ni. Bermula dari kata 'tidak boleh', diikuti pula 'suka hati' dan akhirnya sekali ayat power 'abang izinkan' dari mulutnya akhirnya aku berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli tupperware.

Begitu juga dengan staff outing nanti. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya pagi tadi selepas sembahyang subuh berjemaah dia mengizinkan aku pergi..Tiada lagi perbalahan kerana aku kini semakin cerdik meladeninya..Tidak lagi menjadi pendesak macam budak2, tiada lagi suara tinggi untuk mencapai apa yang dihajati..Tapi diganti pula dengan rajukan manja tapi tidak lama, muka monyok tapi tidak masam dan akhirnya sekali berdiam diri tapi bercakap..

Rupa-rupanya benda tue semua menjadi perhatian suamiku dalam diam. Yea lah takkan nak tengok bini berkeadaan begini lama2 kan. lagipun benda tu semua masuk akal dan tidak keterlaluan. Sebab tu keizinan diberikan pada aku..Terima kasih 'YA TUHAN' KAU lembutkan hati suamiku..

No comments:

Post a Comment