Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

Ingatkan Pasar Malam..

Semalam pergi Mahkota Parade untuk cari tempat makan ' Western Food'..Masa nak parking kat belakang MP terlihat ada orang tengah pasang khemah jualan dan juga ada khemah yang sudah siap dipasang bersama-sama dengan barang jualan masing2.

Sebelum masuk ke MP, kitaorang jenjalan dulu kat area situ, saja meninjau mana tahu ada benda menarik yang boleh dibeli. Jalan punya jalan, tengok punya tengok, kami bersembang dengan salah seorang penjual kat situ, dan terbuka la cerita yang ini bukan pasar malam tapi inilah 'UPTOWN DATARAN PAHLAWAN'..hehe, tak sia2 ronda2 kami malam nie.

Sebelum nie dengar2 cerita pasal uptown nie, skang dah jejakkan kaki, lain kali boleh la bawak adik beradik aku kesini. Ingatkan kat melaka memalam takde tempat nak bawak berjalan, upenya ada..sama macam KL, Shah Alam dan Klang..

Waktu operasi:

Jumaat, Sabtu dan Ahad
(6.00 Petang hingga 2.00 Pagi)

Gambar tak dapat nak snap sebab tak bawak kamera dan niat dihati hanya nak jalan-jalan cari makan, rupa-rupanya jalan-jalan jumpa uptown..Okey lah tuh!!

No comments:

Post a Comment