Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

Penyewa baru..

Rumah aku dekat Bandar Baru Klang dah ada penyewa. Dorang akan start duduk in August, tapi dah bayar deposit satu bulan sewa bersama deposit api dan air hari ahad lepas. Alhamdulillah penantian ini berakhir jua. Dan berakhir jua dalam bulan ini, bulan JULAI. My lucky month..

Dorang yang menyewa nie adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin, kerja kat Kuala Lumpur. BBK dengan KL ikutkan tak jauh sangat bagi yang tidak gemar dengan hiruk pikuk kota metropolitan tu. Dulu pun suami aku pernah ulang alik dari BBK ke KL masa dia bekerja di Mid Valley Bangsar sebagai System Engineer tu. Dan aku pun selalu menemaninya di hujung minggu sambil melepak kat MPH Bookstore dalam Mid Valley tu.

Harap2 dorang akan menyewa lama la dengan kami. Dah dekat 5 bulan dah rumah tu tak berpenghuni. Semenjak adik aku pindah kerja kat kelantan..

Dan harap2 juga dorang akan jaga rumah pertama kami itu dengan baik seperti menjaga rumah sendiri.

Pintu masuk, gambar dari dalam:


Ruang tamu:


Pintu gerbang yang memisahkan dapur dengan ruang tamu (Purple: Kitchen Green: Hall):

No comments:

Post a Comment