Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

Kursus di Straits Meridian Hotel, Melaka




Kursus ini diadakan bermula 8 hingga 9 June 2010. Semua AA disemua cawangan wajib menghadirinya. Walaubagaimanapun teman sepejabatku aina tidak dapat menyertai kerana anaknya ketiadaan pengasuh..

Hari pertama aku dan kak ayu bertolak awal dari rumah iaitu kira-kira pukul 7.15am, Sampai disana pada pukul 7.45am. Dan sempatlah kami bersarapan dengan sopan kerana kelas bermula pada pukul 8.30am. Sarapan arini untuk aku hanya amik sedikit mee goreng dan buah-buahan berserta air oren untuk minuman. Pukul 5pm kelas berakhir, setengah jam awal dari yang dijadualkan..

Walaupun berkursus tetap kena datang opis sebelah petangnya atas permintaan bos.. Pukul 8pm baru balik rumah. Arrrghh penatnyaa...

Hari kedua pula, selepas mendapat review berkenaan dengan site visit dan presentation berkumpulan yang akan diadakan pada sebelah petang, minum pagi dulu sebelum seterusnya ke site visit iaitu hospital melaka. Terpaksa berjalan kaki lah pulak sebab kumpulan kitaorang taknak bawa kereta masing-masing dengan alasan hospital tu dekat je..huhhu, padan muka korang, sape suh kedekut nak bawa keta..rasakan..

Balik kehotel dihantar oleh kawan salah sorang ahli kumpulanku..nasib baik kakak nie ramai member kat spital melaka..Sebelum makan tengahari kumpulan aku sudah bersiap sedia dengan layout untuk presentation petang nie..



Waktu presentation dapatlah tengok gelagat AA site lain wat present.. ada yang kelakar, ada yang sempoi, ada yang belum bersedia dan untuk group aku alhamdulillah kira boleh la..So ini la semua namelist untuk group aku (GROUP. 3)



Selesai sudah aku berkursus selama dua hari ini. Semoga ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi selama dua hari dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pekerjaan dan kehidupan seharianku..

See you next post..

No comments:

Post a Comment