Our First Baby:

Lilypie First Birthday tickers

My birthday:

My hubby birthday:

How long we have been married:

  • Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 22, 2010

Suami pun sama..

Hari ahad yang lepas iaitu tanggal 20 June 2010, suamiku menyatakan hasrat untuk turut sama berdiet bersamaku..Tiada paksaan malah pelawa pun tidak dari aku, sebab bukan prinsip aku nak mengatur-atur hidup orang. Lebih-lebih dia adalah suamiku. Tapi kalau keinginan ini datang dari diri dia sendiri, aku apa lagi semestinya menjadi penyokong setia untuknya.

Berat yang ditimbang pada hari itu 106kg. Nak dijadikan cerita, hari ini 22 June 2010 suamiku menyatakan hasrat untuk membatalkan diet kerana tidak sanggup menghadapi cabaran hari ketiga yang semestinya menunya sama, cuma ditukar cara masaknya. Selepas mandi hari ini, suamiku mengajak untuk menimbang beratnya sebelum dia kepasar malam. Dan hasilnya memang tidak kami jangka. Berat terkini 104kg. Maknanya 4 kilo dalam masa 3 hari.

Dengan ini juga suami aku membatalkan hasrat untuk tidak berdiet dan bersemangat kembali untuk meneruskan diet hingga mencapai berat ideal.. semoga mendapat berat yang abang idam-idamkan..

No comments:

Post a Comment